buy now

Wednesday, January 13, 2010

beza simposium dan kolokium


Soalan : Apa perbezaan antara simposium dan kolokium?
Di sini saya ingin menerangkan secara ringkas perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut.
SIMPOSIUM
Kamus Dewan mendefinisikan simposium sebagai pertemuan antara para cendekiawan, pakar dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya.
Wikipedia menjelaskan simposium dengan panjang lebar. Sila baca di sini.
KOLOKIUM
kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan.
Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya Colloquium ialah :
A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist of a single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to colleagues who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask questions and to evaluate the work presented. Colloquia help to provide scholars with the opportunity to face and respond to criticism in the early stages of the development of new ideas.
In legal parlance, colloquium is used when the identity of a plaintiff in a defamation suit is not expressly stated, but people know who the tortfeasor was attempting to defame.
Secara keseluruhan, kelihatan seolah-olah tidak ternampak perbezaan antara kolokium dan simposium. Tetapi, Jika diteliti, Simposium lebih bersifat terbuka kepada umum, topik perbincangannya juga pelbagai serta perbincangan itu selalunya akan berakhir di situ tanpa resolusi atau ketetapan yang segera.
Manakala kolokium pula lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan dalam kalangan ahli akademik atau golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-wenangnya disebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui ketetapan atau resolusi akhir.
*Sila maklumkan jika terdapat kesalahan tafsiran atau penambahan makna pada istilah ini.
Kamus Dewan edisi Empat mendefinisikan kolokium sebagai perjumpaan atau persidangan utk membincangkan perkara yg biasanya bersifat ilmiah; berkolokium menghadiri atau menyertai kolokium: kami juga ingin ~, berseminar dsb kalau ada kesempatan; mengkolokiumkan membincangkan sesuatu perkara, isu dsb dlm kolokium: utk menghimpunkan dan menerbitkan hasil kajian yg telah dikolokiumkan demi memperkaya kepustakaan Melayu.
Dalam konteks Tingkatan Enam, kolokium ialah persembahan hasil penyelidikan para pelajar dan hasil tersebut dibincangkan dalam kolokium. Semasa kolokium warga sekolah dialu-alukan untuk turut serta bagi sama-sama membincangkan hasil sesuatu penyelidikan.
Posted by Mohamad Ruzi at 10:41 PM

No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...