buy now

Wednesday, January 13, 2010

contoh kolokium

Kolokium Teknologi Hijau
30 Oct 2009
Satu kolokium bersama pelajar-pelajar Program Pra Universiti(PPU) telah diadakan di Dewan Kuliah 1 pada 6 Oktober 2009. Kolokium yang bertajuk teknologi hijau dibentangkan oleh 3 pelajar dari PPU LS1 dan dibimbing oleh guru Pengajian Am, En. Mohammad Yassir Bin Hamidun. Matlamat kolokium ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga PPU tentang kepentingan teknologi hijau dan menunjukkan beberapa teknologi terkini yang berkaitan. Selain itu, pelajar PPU dapat menambah pengetahuan dalam subjek Pengajian Am kertas 2 laras sains iaitu berkenaan bidang sains dan teknologi dan berguna dalam peperiksaan STPM akan datang.
Read more
Minggu Kitar Semula
30 Oct 2009
Minggu kitar semula telah diadakan pada 28 September 2009 hingga 2 Oktober 2009. Program ini adalah kerjasama tidak langsung antara Persatuan Pencinta Alam SMK Cochrane dan Pasukan BPMyscience. Sesi perasmian telah diadakan pada waktu perhimpunan dan disaksikan oleh pelajar-pelajar. Antara objektif minggu kitar semula ini adalah:
1. Memupuk sikap mengitar semula
2.Memupuk sikap prihatin terhadap alam sekitar
3. Mengubah pandangan warga cochrane terhadap kerja-kerja mengumpul barangan kitar semulaSehubungan dengan itu, bagi menggalakkan lagi penyertaan pelajar dalam kempen kitar semula ini, satu pertandingan mengumpul barangan kitar semula telah diadakan. Sebelum pertandingan dimulakan, sesi penerangan diberikan oleh wakil pasukan BPMyscience tentang syarat-syarat dan kriteria pertandingan kepada ketua-ketua kelas.
Sepanjang minggu tersebut, penerangan setiap hari diberikan oleh wakil pelajar mengenai kesedaran memelihara alam semula jadi dan tips-tips mengurangkan kesan jejak karbon dalam kehidupan seharian.
Tong-tong kitar semula juga diletakkan di kawasan kantin untuk menggalakkan pelajar mengitar semula bahan-bahan yang telah ditetapkan.
Kerjasama yang diberikan oleh pelajar amat menggalakkan dan pemenang-pemenang telah ditentukan. Syabas kepada kelas yang berjaya dan semoga budaya kitar semula menjadi amalan kita.
Read more
Papan Kenyataan BPMyscience
30 Oct 2009
Papan kenyataan BPMyscience telah diwujudkan bagi meletakkan info-info terkini program-program BPMyscience dan tips-tips hijau yang boleh dilakukan oleh pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Papan kenyataan ini juga diletakkan di tempat laluan utama pelajar iaitu berhampiran dengan kantin dan tapak dewan terbuka.
Pasukan BPMyscience sedang mengemaskini papan kenyataan
Antara maklumat-maklumat yang diletakkan di papan kenyataan
Read more
Penghijauan Sekolah
30 Oct 2009
Program penghijauan sekolah telah bermula sejak SMK Cochrane berpindah ke tapak sekolah yang baru pada tahun 2004. Atas kesedaran untuk menghijaukan persekitaran sekolah dan mengurangkan pengeluaran karbon di kawasan sekolah banyak penambahbaikan telah dilakukan sejak tahun 2004 hingga sekarang. Contoh perbezaan persekitaran sekolah dapat dilihat melalui perbezaan gambar tahun 2004 dan tahun 2009 di bawah.
TAHUN 2004
TAHUN 2009
Tujuan sekolah melakukan usaha penambahbaikan yang berterusan ini tidak lain adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif sekaligus merangsang suasana belajar di kalangan pelajar. Tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis dan rupa bukan sahaja mencantikkan persekitaran, malah menyumbangkan pengeluaran gas oksigen yang membantu fokus dan pembelajaran pelajar serta mewujudkan suasana nyaman dan menyegarkan. Beberapa inisiatif lain telah diwujudkan untuk meningkatkan lagi kesedaran pelajar terhadap pentingnya alam sekitar iaitu dengan mengadakan taman angkat bagi setiap persatuan. Contohnya Taman Ar-Rabhi yang diselia oleh Persatuan Pendidikan Islam dan Taman Herba yang diselia oleh Persatuan Kemahiran Hidup.
TAMAN AR-RABHI
TAMAN HERBA
Aspek pengetahuan juga diambil kira dalam kempen penghijauan sekolah ini contohnya bagi Taman Herba diletakkan tag nama bagi setiap pokok yang ditanam dan diwujudkan satu papan kenyataan khas yang menerangkan secara terpeinci jenis pokok dan manfaat yang boleh diperoleh daripadanya. Semoga aspek kesedaran yang berterusan terhadap penghijauan sekolah ini akan mendatangkan kesan dan impak yang mendalam terhadap penghayatan pelajar terhadap alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Read more
Program 'School Link' di SMK Cochrane
19 Oct 2009
Program School Link Di SMK Cochrane Program ini telah diadakan pada 5 ogos 2009 yang lalu bertempat di bilik muzik. Para pelajar dari kelas 4P dan 4D bersama pasukan BPMyscience didedahkan mengenai penggunaan sumber tenaga semulajadi yang ada bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Secara keseluruhannya, program ini memberikan banyak manfaat dan pendedahan yang terbaik kepada pelajar-pelajar yang mengikutinya. Berikut merupakan hasil soal selidik dari pelajar-pelajar mengenai program yang telah dijalankan ini.
Daripada hasil soal selidik tersebut menunjukkan beberapa perkara yang memberangsangkan mengenai penerimaan pelajar terhadap program yang telah dijalankan.
Didapati dari segi kandungan program sejumlah 95% peserta menyatakan bahawa program ini berada pada paras sederhana hingga sangat baik. Ini diikuti oleh aktiviti yang dijalankan sejumlah 85% (sederhana hingga sangat baik), kualiti penceramah 95%, masa program 68% (sederhana hingga sangat baik), Adakah anda belajar sesuatu 84% (sederhana hingga sangat baik), Adakah anda ingin menjadi lebih peka terhadap alam sekitar 87% (sederhana hingga sangat baik), dan keseluruhan program 84% (sederhana hingga sangat baik). Seramai satu pertiga responden amat setuju bahawa program ini menyedarkan mereka untuk menjadi lebih peka kepada alam sekitar iaitu sebanyak 32%. Ini merupakan satu kejayaan yang bermakna untuk program ini kerana peratusan ini adalah yang tertinggi dari peratusan dalam kategori sangat baik. Ternyata program yang telah dijalankan meninggalkan kesan yang agak mendalam kepada pelajar disamping program-program BPMyscience yang lain yang telah dijalankan sepanjang tahun di SMK Cochrane. Namun terdapat juga penambaikan yang boleh dilakukan oleh pihak BP dan Persatuan Alam Sekitar bagi meningkatkan kualiti dan mutu modul program ini. Antaranya dari segi masa penyampaian kerana terdapat 18% responden menyatakan masa yang ada agak lama dan dari segi kepelbagaian aktiviti kerana 11% responden menyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan boleh diperbaiki. Perkara ini juga sebenarnya hasil dari keadaan persekitaran pada ketika itu yang kurang sesuai kerana pada sebelah tengahari keadaan mendung dan hujan renyai-renyai turun menyebabkan aktiviti melibatkan penggunaan tenaga solar tidak dapat dijalankan dengan lebih sempurna. Syabas diucapkan kepada pihak Persatuan Alam Sekitar dan pihak BP atas ilmu yang telah diberikan. Semoga Yang Maha Esa membalas segala jasa-jasa yang telah dicurahkan. Terima kasih daun keladi, Panjang Umur Jumpa Lagi. Read more
Photo Albums
View all photos




SMK CochraneCheras,W.Persekutuan Kuala Lumpur, 55100 Tel: 03-9285 7387Fax:
SMK COCHRANE BP MYSCIENCE ..
Target: USD 0.00
0% raised
Powered by Elevyn

Copyright 2008 BP Legal Notice Privacy Statement-->

No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...