buy now

Saturday, January 23, 2010

Kemalangan Pelajar F6

Pelajar tergelincir digilis bas pesiaran



ANGGOTA polis menenangkan ahli keluarga Mohd Nasir yang maut dalam kemalangan dengan bas di Jalan Kongkong, di Masai, semalam.



JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan enam yang menunggang motosikal untuk ke sekolah maut dengan separuh badannya hancur digilis bas pesiaran dalam kemalangan di Jalan Kongkong berhampiran Tanah Perkuburan Kristian di Masai, semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, Mohd Nasir Rosli, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah dari paras pinggang ke bawah selepas digilis oleh bas pesiaran yang tidak membawa penumpang.

Ketua Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Asisten Superintendan Suffian Abdullah, berkata kejadian ketika mangsa yang menunggang motosikal Honda C70 dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 dari rumahnya di Kampung Cahaya Baru.




“Mangsa dikatakan cuba masuk semula ke laluannya selepas memotong sebuah kenderaan lain di depannya tetapi beliau tergelincir dan gagal mengawal motosikal sehingga terjatuh di laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah bas pesiaran dari arah bertentangan tidak dapat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan menyebabkan beliau digilis mengakibatkan bahagian bawah badan mangsa hancur,” katanya.

Katanya, bas pesiaran tanpa penumpang itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 32 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar penumpang.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut ahli keluarga dan dikebumikan petang semalam.

2 comments:

  1. salam cikgu..tak sangka cikgu juga trut prihatin terhdap nasib pelajar lain yg trkne musibah..walaupun kejadian ni brlaku d jb tp cikgu tetap still ambil tahu..terharunye saya
    cikgu salmah u`re d best saya suka cra cikgu..salam pra-u dri saya zamir pelajar pra-u SAB JB..salam perpaduan dan salam 1 malaysia jugak..huhu

    ReplyDelete
  2. TK kerana masuk blog cikgu. Cikgu akan masuk apa saja yang berkaitan dgn pelajar praU. Salam 1 Malaysia

    ReplyDelete

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...