Saturday, January 2, 2010

PERLAKSANAAN KURIKULUM F6

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan. Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif dan matlamat penubuhannya.


DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

  1. Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :-
  • Opsyen pengkhususan mereka.
  • Pengetahuan dan kepakaran.
  • Pengalaman bertugas.

  1. Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :-
  • Mata pelajaran opsyen
  • Dua mata pelajaran elektif

  1. Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap :-
  • Kelayakan akademik dan ikhtisas
  • Pengetahuan
  • Pengalaman
  • Kemahiran

  1. Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran & pembelajaran yang boleh meningkatkan :-
  • Minat pelajar
  • Pencapaian pelajar

  1. Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui :-
  • Idea-idea individu
  • Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

DASAR 2 : PENEMPATAN PELAJAR

  1. Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah.
  2. Semua pelajar akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi seimbang dari aspek :-
  • Jantina
  • Bangsa dan agama

  1. Semua pelajar Ting 6R akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :-
  • Jurusan pilihan pelajar, Bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan kecemerlangan, berdasarkan pencapaian SPM tahun sebelumnya.
  • Kelas-kelas akan menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai tahap potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan perbezaan pengambilan mata pelajaran tambahan juga diambil kira.

  1. Semua pelajar yang terlibat dengan Peperiksaan Awam mengikut jurusan :-
  • Kumpulan Pelajar Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang. ( Ke arah Pencapaian Kualiti )
  • Kumpulan Pelajar Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah Pencapaian Kuantiti )
  • Kumpulan Pelajar Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan untuk membantu pencapaian kuantiti )

  1. Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas berdasarkan kriteria berikut :-
  • Pencapaian akademiknya
  • Keseimbangan jantina dalam sesuatu jurusan
  • Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu jurusan

DASAR 3 : PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS

Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut :-

  • Keperluan strategi sekolah
  • Kepakaran yang dimiliki setiap guru
  • Pengalaman mengajar setiap guru
  • Minat atau permintaan seseorang guru

DASAR 4: PENYEDIAAN FOLIO KURUKULUM( REKOD MENGAJAR)

4.1 Semua guru diwajibkan menyediakan FOLIO rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi perkara berikut :-

  • Butiran Peribadi
  • Rancangan Pengajaran Tahunan
  • Rancangan Pengajaran Harian
  • Senarai Buku Rujukan
  • Senarai Nama Pelajar
  • Maklumat Aktiviti Penilaian

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut :-

  • Hendaklah ditaip.
  • Disediakan mengikut format ( Minggu / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Catatan ).
  • Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan
  • Sesi penggal pertama perlu disediakan sebelum minggu ketiga bulan Januari.
  • Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.
  • Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga bulan April. Diserahkan kepada Guru Besa untuk pengesahan.

4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria :-

  • Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran
  • Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan aktiviti
  • Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran

4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut :-

  • Pada setiap hari Jumaat
  • Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari
  • Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku rekodnya

DASAR 5 : LATIHAN MURID

5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang boleh diperolehi dari :-

  • Kedai Koperasi Sekolah
  • Dibalut dengan pembalut plastik
  • Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
  • Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap mata pelajaran utama berikut :-

  • Pengajian Am
  • MUET
  • Mata pelajaran lain

5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis :-

  • Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris )
  • Tarikh ( Dengan lengkap dan kalendar Islam )
  • Arahan Latihan

5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-

  • Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku
  • Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar
  • Kepelbagaian bentuk dan format latihan
  • Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
  • Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata pelajaran utama
  • Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar

5.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan berikut :-

  • Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera
  • Diperiksa dengan teliti
  • Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah
  • Diberikan komen yang membina
  • Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan
  • Dicatitkan tarikh pemeriksaan
  • Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan untuk pengesahan Guru Besar atau Guru Kanan

5.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-

  • Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar
  • Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja

DASAR 6 : PENILAIAN

6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan system seperti berikut :-

  • Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target )
  • Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun )
  • Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos
  • Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober
  • Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran utama
  • Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut :-

  • Pemerhatian
  • Penghasilan Kerja Buku Latihan


DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

7.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori berikut :

  • Bermula dari 6 RendahTahun hingga Enam Atas
  • Bagi setiap mata pelajaran utama
  • Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar
  • Diwujudkan fail bagi setiap kelas

7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara berikut :-

  • Matlamat dan Objektif
  • Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti
  • Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan
  • Analisis Pencapaian
  • Post Mortem dan Penambahbaikan

DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

  1. Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama.
  2. Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran.
  3. Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang pelajar yang mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.
  4. Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.
  5. Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada 2 orang pelajar yang mencapai pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti sukan.
  6. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada 2 orang pelajar yang aktif dalam aktiviti persatuan dan beruniform.
  7. Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada 2 orang pelajar atau pasukan yang mencapai tahap tertinggi ( peringkat negeri atau kebangsaan ).
  8. Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada 2 orang pelajar yang mempunyai kriteria berikut :-
  • Disiplin yang tinggi
  • Berbudi bahasa
  • Rajin ke sekolah
  • Berketrampilan sebagai pemimpin

  1. Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( UPSR ).
  2. Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:-
  • Semua Penerima Anugerah
  • Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
  • Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
  • Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
  • Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang
  1. Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KURIKULUM

Pengurusan Kurikulum Tingkatan 6 telahpun menggariskan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat berikut adalah :-

    1. Penguasaan isi kandungan semua mata pelajaran diakhir persekolahan..
    2. Pelajar berkebolehan menggunakan kemahiran belajar yang didedahkan bagi memenuhi keperluan pencarian ilmu .
    3. Menguasai seberapa banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris diakhir persekolahan tingkatan 6 melalui penguasaan MUET yang baik
    4. Menguasai teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
    5. Menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan bermula dari semesta 1 tingkatan 6 rendah bagi semua mata pelajaran utama ( Pengajian Am, MUET dan 3 mata pelajaran lain)
    6. Mencatatkan keputusan dalam peperiksaan awam ( STPM & MUET ) seperti berikut :-
      1. 80% Lulus Keseluruhan ( Semua Mata pelajaran ) pada setiap tahun.
      2. 20% Bilangan pelajar yang mendapat 5P setiap tahun.
    7. Tiada murid yang gagal memperolehi sekurang-kurangnya 1 prinsipal .
    8. Semua murid lulus MUET dan Penilaian Kerja Amali.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

1. Pengurusan Tenaga Pengajar

  • Memilih guru-guru yang benar-benar sesuai bagi mengajar sesuatu kelas atau mata pelajaran.
  • Menggalakkan guru menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan dalam proses P&P mereka.
  • Memberikan peluang kepada guru-guru mendalami atau mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel atau penyertaan dalam seminar-seminar.
  • Mengadakan kursus dalam setiap kali balik atau selesai menghadiri sebarang kursus.
  • Meminimakan bilangan mata pelajaran yang mereka ajar.
  • Mengagihkan tugas mengajar secara seimbang dan adil kepada semua guru.

2. Pengurusan Pelajar

  • Memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 30 orang dalam sesuatu kelas.
  • Pelajar dalam kelas adalah seimbang dari segi tahap pencapaian akademik.
  • Pelajar dalam kelas adalah berdasarkan pencapaian semasa Peperiks SPM bagi lima mata pelajaran utama mengikut hirarki berikut :-
    • Bahasa Melayu
    • Matematik/Matematik Tambahan
    • Sains/fFzik/Biologi/Kimia/Teknikal
    • Mata pelajaran elektif (Ekonomi Asas/Geografi/Perdagangan/Mata pelajaran lain)
  • Pelajar-pelajar ini akan dikumpulkan ke dalam kelas Cemerlang, Lulus dan Potensi Lulus setiap kali selepas diadakan penilaian pada MAC, MEI dan OGOS. Jadual Kedatangan tidak diubah.

3. Sistem Penilaian

  • Sekolah melaksanakan penilaian secara formal sebanyak 4 kali setahun iaitu seperti jadual berikut :-
    • Penilaian Satu ( MAC ) ………… Menentukan TOV dan Sasaran
    • Pertengahan Tahun ( MEI ) ……. Melihat pencapaian pelajar
    • Penilaian Dua ( OGOS ) ……….. Melihat pencapaian pelajar
    • Akhir Tahun ( OKTOBER ) …… Pencapaian pelajar sebenar
      bertujuan penganugerahan

      • Mewujudkan unsur-unsur penilaian berterusan dan daya saing yang sihat dikalangan pelajar melalui kaedah :-
    • 10% markah dari penilaian satu dicampurkan 90% markah dari pertengahan tahun bagi tujuan Pelaporan Pertengahan Tahun.
    • 10% markah dari penilaian dua dicampurkan 90% markah dari penilaian akhir tahun bagi tujuan Pelaporan Akhir Tahun.
  • Guru-guru dipertanggungjawab sepenuhnya bagi menggubal soalan-soakan bagi setiap peringkat penilaian dengan peranan penting dimainkan oleh setiap Panitia yang terlibat.
  • Analisa Keputusan Penuh perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata pelajaran.

4.0 Pengurusan Pelajar

  • Memastikan guru melaksanakan proses P&P secara maksimum.
  • Memastikan proses P&P tetap berjalan walaupun ketiadaa guru, dengan cara melaksanakan jadual guru ganti.
  • Proses P&P tidak diganggu dengan mesyuarat-mesyuarat.
  • Menggalakkan guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam melaksanakan proses P&P.
  • Menggalakkan guru menetapkan kuantiti latihan yang diberikan kepada murid bagi setiap mata pelajaran utama.
  • Menyediakan rancangan pengajaran tahunan mengikut peringkat penguasaan pelajar
  • Melaksanakan Konsep Pembelajaran Masteri dan Minimum Adequate Slybus.

5.0 Melaksanakan Pelbagai Program Berterusan

  • Melaksanakan Program Pemantauan Head Count
  • Melaksanakan program “Walking Dictionary” bagi membolehkan murid menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
  • Melaksanakan Program HELP bagi pengajaran Pendidikan Jasmani,dan Pendidikan Seni. Program ini melibatkan arahan-arahan yang mudah dalam P&P dituturkan dalam Bahasa Inggeris oleh guru.
  • Melaksanakan Program Pembelajaran Berbantukan Pusat Sumber Sekolah.
  • Melaksanakan Program “Talking Board” semasa proses P&P dikelas bagi kebanyakan mata pelajara.
  • Melaksanakan Program “Kelas Bimbingan” bagi membimbing murid yang lambat menguasai kemahiran, diluar jadul waktu.

6.0 Menambah Kemudahan Fizikal Dan Peralatan Pembelajaran

  • Berusaha mewujudkan bilik-bilik pembelajaran khas untuk Bahasa Inggeris ( SAL ) dan Bilik Matematik.
  • Menambah bahan-bahan pengajaran & pembelajaran melalui perancangan dan maklumat dari Panitia Mata Pelajaran.
  • Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran bukan formal melalui Program Keceriaan Sekolah seperti :-
    • Lukisan Mural
    • Pelabelan Peralatan Dan Sudut-Sudut
    • Penulisan Kata-kata Hikmat di kelas atau sudut-sudut tertentu.

7. 0 Program Penetapan Sasaran Pencapaian

7.1 Konsep

Semua pelajar yang belajar di sekolah ini telah ditetapkan sasaran tertentu untuk mereka capai bagi semua mata pelajaran utama untuk semua aliran dari 6R hingga 6Atas.

7.2 Matlamat

  • Supaya semua pelahar berusaha seberapa daya untuk mencapai tahap yang ditetapkan.
  • Sebagai satu Sasaran Kerja Tahunan bagi semua guru, dengan harapan guru sedar ada hala tuju yang hendak dicapai semasa melaksanakan proses P&P.
  • Sebagai satu program untuk membuat perancangan yang lebik baik dimasa-masa akan datang.
  • Sebagai satu program untuk membabitkan ibubapa atau penjaga supaya lebih memberikan perhatian terhadap pencapaian atau pembelajaran anak-anak mereka.

8.0 Pemantapan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

8.1 Pemantapan penitia

  • Panitia Mata Pelajaran merupakan elemen penting dalam pengurusan kurikulum yang berkesan.Oleh itu peranan panitia mata pelajaran perlu digerakkan secara aktif dan berfokus melalui aktiviti-aktiviti atau perancangan berikut :-
    • Mengadakan mesyuarat secara berkala. Sama ada secara formal atau tidak formal.
    • Mempunyai perancangan tahunan yang memfokuskan kepada aktiviti pemantapan keilmuan guru-guru.
    • Menyelaraskan aktiviti-aktiviti utama dan program-program berterusan yang dirancang.
    • Membuat kajian tindakan berdasarkan kajian kes-kes yang dialami.
    • Mengesyorkan apa-apa program baru yang perlu dilaksanakan untuk peningkatan minat dan kebolehan murid dalam sesuatu mata pelajaran.

8.2 Penghargaan

Memberikan penghargaan kepada murid merupakan satu aspek motivasi yang berkesan dalam usaha memupuk semangat murid-murid. Oleh itu pelbagai bentuk penghargaan perlu diamalkan oleh guru atau sekolah. Diantaranya adalah :-

  • Penghargaan berbentuk kata-kata perangsang ditulis dalam buku latihan murid.
  • Pemberian barang-barang kepada murid yang menunjukkan peningkatan prestasi boleh dilaksanakan oleh guru-guru.
  • Penghargaan berbentuk keistimewaan tertentu diberikan kepada murid yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran mereka.

Thursday, December 31, 2009

Penyelidikan dan Kolokium Prauniversiti

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memartabatkan Tingkatan 6 mulai tahun lepas (2009). Antara langkah tersebut adalah dengan melantik guru-guru khusus yang mengajar pelajar tingkatan 6. Beberapa perjawatan telah diwujudkan seperti, Penolong Kanan Tingkatan 6, Guru Akademik Tingkatan daripada Gred DG44 hingga DG52, Guru Kokurikulum, dan Guru Amali. Selain itu, budaya belajar pelajar Tingkatan 6 juga sudah diubah dengan memperkenalkan konsep kuliah dan tutorial. Pelajar-pelajar juga mesti menjalankan penyelidikan dan menyampaikan hasil penyelidikan itu dalam kolokium. Selain itu, nama Tingkatan 6 itu juga diubah dengan panggilan Prauniversiti. Guru-guru Prauniversiti juga digalakkan untuk dipanggil sebagai pensyarah iaitu sama taraf dengan pensyarah Kolej Matrikulasi dan juga Institut Pendidikan Guru.

Bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan martabat prauniversiti ini, pelajar-pelajar prauniversiti sepatutnya menjalankan penyelidikan dan kolokium. Hal ini bertepatan dengan usaha untuk mendedahkan mereka kepada budaya dan sistem belajar di universiti nanti. Penyelidikan dan kolokium yang perlu dijalankan oleh pelajar tingkatan 6 ini merupakan sesuatu yang baharu tetapi memberikan manfaat yang banyak kepada pelajar. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar sudah didedahkan dengan kaedah penyelidikan dan kolokium sebelum memasuki universiti lagi. Jadi, pelajar-pelajar lebih terdedah dengan imput-imput penting yang berkaitan dengan penyelidikan, membuat rujukan, dan menjalankan penyelidikan yang berkaitan rapat dengan budaya di universiti. Pelajar-pelajar ini pastinya tidak akan menghadapi masalah apabila melanjutkan pengajian ke menara gading nanti.

Bagi guru-guru Prauniversiti pula, selain diminta untuk menyelia atau membimbing pelajar-pelajar untuk menjalankan penyelidikan, mereka juga perlu menjalankan kajian tindakan iaitu satu kajian setahun. Oleh itu, guru-guru juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu penyelidikan yang mungkin pernah dipelajari semasa di universiti dahulu. Guru-guru bolehlah mencari bahan-bahan ataupun rujukan yang pernah digunakan semasa menjalankan penyelidikan di universiti dahulu iaitu untuk memenuhi keperluan pengijazahan sama ada pada peringkat sarjana muda, sarjana, atau doktor falsafah.

Oleh hal yang demikian, pada peringkat permulaan untuk melaksanakan penyelidikan dan kolokium ini, sudah tentu terdapat masalah untuk menyesuaikan diri. Selain itu, masih terdapat juga guru dan pelajar yang masih belum jelas tentang konsep penyelidikan dan kolokium yang dimaksudkan itu. Dengan berdasarkan permasalahan tersebut, saya ingin berkongsi maklumat tentang penyelidikan dan penulisan ilmiah yang akan dijalankan oleh pelajar dan juga guru. Sebenarnya beberapa buah negeri sudahpun memperkenalkan satu bentuk atau format penulisan ilmiah yang perlu dihasilkan selepas menjalankan penyelidikan. Walaupun terdapat sedikit perbezaan, tetapi format tersebut bolehlah diguna pakai kerana menepati ciri-ciri penyelidikan ilmiah yang sebenar. Format yang telah digunakan di beberapa buah negeri itu adalah seperti yang berikut:

Format Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah Prauniversiti

Jumlah Halaman (15 - 25)

Halaman Judul
Isi kandungan
Abstrak (Ada kalanya versi Bahasa Inggeris turut disertakan pada muka surat berikutnya)
Teks (body)
1.0 Pengenalan/ Latar belakang Kajian
2.0 Definisi Konsep/ Operasional
3.0 Kajian / Tinjauan Literature
4.0 Matlamat Kajian
5.0 Objektif Kajian
6.0 Persoalan Kajian (jika ada)
7.0 Hipotesis Kajian (jika ada/ jika statistik inferensi digunakan)
8.0 Kepentingan Kajian
9.0 Skop dan Batasan Kajian (jika ada)
10.0 Kaedah/ Metodologi Kajian
11.0 Analisis Data Kajian
12.0 Dapatan Kajian dan Rumusan
13.0 Cadangan
14.0 Penutup
Rujukan/Bibiliografi
Lampiran

Sekurang-kurangnya dengan adanya format contoh ini, para guru dapat memberikan bimbingan dan menyelaraskan penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang dibimbingnya itu. Hal ini seterusnya akan membantu pelajar untuk menjalankan penyelidikan dengan baik dan menghasilkan satu penulisan ilmiah yang berkualiti. Selamat menjalankan penyelidikan.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...