buy now

Wednesday, February 3, 2010

sahsiah

Jadual 17: Program Jati Diri dan Pembangunan Sahsiah

Bil Program/Aktiviti Pengisian Program/Aktiviti
1 Kem Jati Diri
(Pelajar 6 Atas) Di Etno Botani, Gua Musang, Kelantan melibatkan
165 pelajar, perjalanan pergi-balik dengan keretapi,
berkhemah dan melakukan aktiviti lasak seperti
mendaki gua batu kapur, meneroka gua gelap,
abselling dan flying fox.
Pengisian kuliah kerohanian dan gerak kerja
kokurikulum (pertandingan mengikut unit)

2 Kem Jati Diri
(Pelajar 6 Bawah) Di Bukit Bakar, Machang, Kelantan melibatkan 168
Pelajar, berkhemah dan melakukan aktiviti lasak
seperti 2 jam trekking Bukit Bakar.
Pengisian kuliah kerohanian dan gerak kerja
kokurikulum (pertandingan mengikut unit).

3 Sahsiah Murni
(Insaniah) Dilaksanakan pada hujung minggu setiap hujung
bulan yang melibatkan kumpulan kecil pelajar,
20 -30 orang; pengisian kuliah kerohanian dan
jati diri.

4 Mentor-Mentee Kumpulan 5 – 6 pelajar di bawah bimbingan semua
tenaga pengajar Prauniversiti KERISMA,
perjumpaan tiap hari Isnin (Perhimpunan Khas)

5 Ziarah Keluarga 2 – 3 tenaga tenaga pengajar melawat keluarga pelajar
menghadapi masalah kewangan, motivasi rendah,
konflik keluarga, masalah pembelajaran dan lain-lain.

6 Aktiviti Kewarganegaraan Kempen Kebersihan, Gotong Royong, Derma Darah, Kerja Amal, Lawatan, Perbincangan Rakan Sebaya.

7 Kem Kepimpinan Pengawas Kem Kepimpinan Kerisma – perkhemahan peringkat
sekolah dan daerah, pengisian kerohanian dan
kepimpinan.

8 Kem Pengurusan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) Diadakan tiap 2 minggu sekali di sekolah, masa 4 jam; pengisian pengurusan piliharaya, pengurusan persatuan dan etika.

9 Solat Berjemaah/
Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Usrah Dilaksanakan tiap hari, mengikut kumpulan 30 – 40
pelajar; imam, bilal dan lain-lain di kalangan pelajar
sendiri.

10 Majlis Ilmu Program 1+1=100, pelajar membentangkan satu topik yang boleh menambahkan ilmu daripada seorang pelajar satu isu akan menjadi 100 ilmu, dibuat semasa perhimpunan GERKO, mengikut jadual yang ditetapkan.
11 Majlis Konsaltasi Perjumpaan Guru-Ibubapa-Pelajar mengikut kumpulan kecil, setiap kali selepas ujian/peperiksaan.
12 Sudut Rukun Negara dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Pelajar mempersembahkan isi/isu berkaitan dengan pernyataan dalam Rukun Negara dan penghayatan sejarah kemerdekaan Negara, menulis essei, drama, pentomin dan sebagainya.
13 Hari Guru Peringkat Sekolah Sambutan bersama pelajar dan guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru, persembahan pelajar dan penulisan essei Tema Hari Guru 2009.
14 Sambutan Hari Raya dan Hari Kebesaran Islam Sambutan dan penyediaan keperluan makanan, persembahan pelajar, dan penghayatan mengenai hari kebesaran Islam, ceramah, dialog dan soal jawab.
15 Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni Dilaksanakan sebulan sekali, melukis mural, poster, penulisan essei, pertandingan mengikut tingkatan.
16 Amalan Membaca Al-Quran dan Tazkirah Pagi Dilaksanakan setiap hari Rabu, pelajar secara beramai-ramai membaca Al-Quran di Musalla At-Taqwa, dikawal selia oleh kaunselor dan guru.
17 Kempen Membaca dan Budaya Ilmu Sepanjang masa, disediakan ruang membaca seperti di kantin KERISMA, bilik tutorial dan di sepanjang lorong, pelajar akan mencatat judul buku yang dibaca.
18 Kempen Penampilan Pelajar Pelajar digalakkan mencerminkan diri masing-masing, sentiasa kemas dan mengikut peraturan sebagai pelajar, dipantau oleh guru dan diumumkan pemenang setiap bulan semasa perhimpunan Prauniversiti.
19 Kempen Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan Didahagukan kawasan untuk dijadikan kawasan angkat kepada sekumpulan pelajar, dipertandingkan dan diumumkan kumpulan pemenang pada setiap 3 bulan.
20 Amalan Memberi dan Menjawab Salam Sepanjang masa, berterusan, amalan mulia yang dituntut oleh Islam.

(Sumber: Fail Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Prauniversiti KERISMA, 2009)

No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...