buy now

Friday, August 19, 2011

modul f6 2011



PELAKSANAAN ICE-BREAKING/UNFREEZING/TA’ARUF/SUAI MESRA
KURSUS PENINGKATAN PROFESSIONALISME GURU-GURU TINGKATAN ENAM
(SET 1)


AKTIVITI FOLDER/ FAIL ALATAN CATATAN
Langkah 1:
a) Semua peserta berada dalam kedudukan menghadap ke depan (pentas) dalam keadaan duduk atas kerusi.
b) Peserta berada dalam baris-baris mengikut kesesuai jumlah peserta.

Langkah 2:
a) Fasilitator menayangkan gambar “berjabat tangan” dilayar.
b) Fasilitator mengucapkan TAHNIAH kerana:-
i) terpilih menjadi peserta kursus
ii) hadir menepati masa dan etika kerja
iii) terpilih menjadi guru tingkatan 6
iv) terpilih mengajar pelajar-pelajar peringkat pra universiti
Ice Breaking/Ampang pecah Komputer, projector LCD, pembesar suara

Langkah 3:
a) Fasilitator bertanyakan gambar yang dipaparkan.
b) Fasilitator bertanyakan soalan ”Mengapa air di dalam gelas hanya diisi separuh gelas? Tidak kosong dan tidak penuh”.
c) Fasilitator merumus idea dari peserta.
d) Fasilitator merumuskan bahawa peserta telah mempunyai ilmu dan pengalaman sedia ada.
e) Sesi ini merupakan sesi perkongsian pintar.
Komputer, projector LCD, pembesar suara

Langkah 4:
a) Untuk menjadi juara kita mesti sihat dan cergas.
b) Untuk menjadi sihat kita perlukan pernafasan dengan segar.
c) Pernafasan dijana oleh jantung yang sentiasa berdegup.
d) Fasilitator memimpin peserta menarik nafas sebanyak 3 kali.
e) Tarikan nafas kali ke 3, fasilitator menyanrankan peserta menahan nafas mengikut kemampuan.
f) Pernahkah peserta terfikir bil yang pernah dituntut oleh Tuhan?
Komputer, projector LCD, pembesar suara

Langkah 5:
1. Fasilitator bertanyakan gambar yang dipaparkan.
2. Setiap insan cenderung menjadi juara.
3. Juara akan menerajui kepimpinan bertaraf dunia.
4. Itulah yang dinamakan LINGKARAN JUARA Komputer, projector LCD, pembesar suara

Langkah 6:
1. Fasilitator meminta peserta mengubah kedudukan dalam bentuk bulatan .
2. Fasilitator meminta peserta mengatur kedudukan mengikut keadaan yang rendah di sebelah kanan dan paling tinggi berada di sebelah kanan.
3. Fasilitator meminta peserta mengatur kedudukan mengikut susunan abjad, A di sebelah kanan dan Z di sebelah kiri. Pembesar suara Membentuk ’Lingkaran Juara’
Langkah 7
1. Fasilitator mengedarkan sekeping kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasilitator mengarahkan setiap peserta melipat kertas menjadi empat
bahagian yang sama besar untuk mementuk kad perniagaan.
3. Setiap peserta diminta untuk menuliskan nama, alamat pejabat,
nombor telefon dan e-mail.
4. Peserta diminta untuk memberikan kad perniagaan kepada 4 orang rakan tetapi tidak boleh meminta kad perniagaan daripada rakan. Pembesar suara, kertas A4 (mengikut bilangan peserta)
Langkah 8
1. Fasilitator mengarahkan supaya peserta membentuk 2 barisan lurus mengikut jantina.
2. Fasilitator memberikan gula-gula kepada ketua kumpulan mengikut jumlah ahli kumpulan.
3. Ketua kumpulan membahagikan gula-gula untuk dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan.
4. Setiap kumpulan akan menerima gula-gula yang berbagai jenis. Peserta diminta untuk menyuapkan gula-gula ke mulut rakan dalam ahli kumpulan.
5. Peserta akan menyanyikan lagu ’Kasih Sayang’ beramai-ramai dengan iringan muzik. Lagu Kasih Sayang Pembesar suara, gula-gula (berbagai jenis, mengikut bilangan peserta), pembesar suara, lagu kasih sayang Sebarang lagu yang berbentuk ’Kasih Sayang’
Langkah 9
1. Fasilitator menyarankan kepada peserta untuk membina tepuk sorak kumpulan.
2. Fasilitator menyerahkan kepada peserta untuk memilih ’penghulu’ dan ’penghuluwati’. Pembesar suara



PELAKSANAAN ICE-BREAKING/UNFREEZING/TA’ARUF/SUAI MESRA
KURSUS PENINGKATAN PROFESSIONALISME GURU-GURU TINGKATAN ENAM
(SET 2)


AKTIVITI FOLDER/FAIL ALATAN CATATAN
LANGKAH 1
a. Semua peserta berada dalam keadaan duduk di atas lantai, 2 barisan lelaki dan 2 barisan perempuan mengadap ke depan.
b. Fasilitator memberikan taklimat dan mukadimah ringkas sebelum memulakan aktiviti.
LANGKAH 2
a. Fasilitator memulakan aktiviti dengan meminta peserta mengosok tangan, gosok tangan dan menyentuh pipi, gosok tangan dan menyentuh dahi.
b. Fasilitator meminta peserta mengosok tangan dan dengar arahan tepuk baru tepuk tangan. Fasilitator memberi arahan tepuk selaras dengan aktiviti tepuk, jika peserta tertepuk dengan hanya melihat geraklaku fasilitator tanpa arahan fasilitator, peserta akan didenda.
c. Fasilitator akan memberi rumusan bahawa jika ada tekanan(denda), peserta akan memberi focus.
LANGKAH 3
a. Fasilitator menamakan barisan 1(lelaki), 2(lelaki), 3(perempuan), 4(perempuan), dan terus meminta barisan tersebut mengangkat tangan kanan bila disebut nama barisannya.
b. Fasilitator menyebut nama barisan, bila disebut nama barisan ahli kumpulan mesti mengangkat tangan dengan pantas. Pertandingan antara barisan bermula. Jika ada peserta yang terangkat tangan sedangkan fasilitator tidak menyebut nama barisannya, individu tersebut akan didenda.
c. Peserta berjaya apabila setiap peserta memberi fokus.
LANGKAH 4
a. Fasilitator meminta barisan 1 dan 2 serta barisan 3 dan 4 mengadap antara satu sama lain dalam keadaan bersila, lutut bertemu lutut.
b. Fasilitator meminta peserta bersalam, memperkenalkan diri, suai kenal antara satu sama lain. Seterusnya cium tangan kawan dengan mulut, gosok pangkal peha, urut telinga dan peluk antara satu sama lain.
c. Seterusnya fasilitator meminta peserta mencium dahi kawan dengan mulut. Fasilitator akan memerhati tanpa menilai baik buruk atau betul salah tindakan peserta-peserta.
d. Fasilitator membuat rumusan....keselesaan dalam kalangan ahli, keikhlasan dan kerjasama kunci kejayaan seseorang.












LANGKAH 5
a. Peserta diberi nilai sen pada tiap-tiap barisan, bermula dengan 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Fasilitator akan memberi satu nilai, contohnya, RM1,25, peserta diminta bergerak untuk mencari nilai kumpulan tersebut, bagi yang gagal membentuk kumpulan yang mempunyai nilai tersebut akan didenda.
b. Setelah tiga pusingan nilai, fasilitator akan membuat rumusan dan falsafah aktiviti ini.
Kertas kecil yang tercatat nilai 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen dengan warna yang berbeza dan di belakang kertas tersebut tertampal double sided tape
LANGKAH 6
a. Fasilitator akan meminta peserta bergerak untuk mencari peserta yang mempunyai bilangan adik-beradik yang sama ramai. Masa diberi satu minit sahaja.
b. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan adik beradik sama ramai.
c. Fasilitator meminta peserta yang mempunyai bilangan adik-beradik paling sedikit dan paling ramai untuk bertemubual.
d. Seterusnya fasilitator akan meminta peserta mencari peserta lain yang mempunyai bulan kelahiran yang sama dengannya dan berkumpul dalam satu kumpulan.
e. Fasilitator menemubual peserta yang menyambut ulang tahun kelahirannya sama ada pada hari tersebut atau tarikh yang paling hampir.
f. Fasilitator mengajak peserta lain untuk menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada peserta yang menyambut ulang tahun hari kelahirannya.
LANGKAH 7
a. Fasilitator meminta kumpulan mencadangkan seorang penghulu dan seorang penghuluwati.
b. Penghulu dan penghuluwati diminta membahagikan peserta kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai pelbagai jantina, kaum dan peringkat umur .
c. Fasilitator akan membuat rumusan falsafah aktiviti yang telah dijalankan.



No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...