buy now

Friday, August 19, 2011

team building

Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!

TEAM BUILDING
(SET 1)

Tajuk : Aksi Istimewa
Potensi Diri : REBT
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Peserta dapat bertolak ansur, tolong menolong dalam membuat
sesuatu kerja
2. Peserta lebih yakin dalam perhubungannya dengan orang lain
dalam menjalankan tugas
3. peserta akan menghayati apa yang dimaksudkan ”positive
thinking, you are what you think you are”.
Peralatan : Tiada

Langkah-Langkah:
1. Peserta-peserta telah dibahagi kepada 4 kumpulan, kumpulan-kumpulan ini akan bersaing antara satu sama lain.
2. Kumpulan-kumpulan diminta duduk dalam bulatan
3. Kumpulan diminta dalam masa lima saat melantik seorang ketua kumpulan dan berdiri, dituruti dengan setiausaha dan juru kira kumpulan. Jika lambat tindakan kumpulan akan didenda dengan memotong markah.
4. Setiausaha diminta mengambil 4 helai kertas A4 dari fasilitator dan menyerah sehelai kertas tersebut kepada juru kira kumpulan.
5. Seterusnya setiausaha dan juru kira diminta menulis nombor kumpulan disetiap helaian kertas A4 tersebut.
6. Pertandingan kumpulan bermula, fasilitator memberi soalan kuiz dimana setiap kumpulan akan memperolehi markah berdasarkan seberapa banyak jawapan betul yang diberi yang perlu dijawab dalam masa 1 minit. Jawapan mesti ditulis oleh setiausaha kumpulan:
a. Tuliskan nama bandar DiRaja negeri-negeri di Malaysia (100 markah – 1 betul )
b. Tuliskan nama pasukan-pasukan dalam EPL musim 2010-2011 (200 markah )
c. Tuliskan nama penuh, menteri besar dan ketua menteri, negeri-negeri di Malaysia. ( 300 markah )
7. Fasilitator akan membaca kutipan markah yang diperolehi.
8. Seterusnya dalam masa lima saat, hantar seorang peserta paling gemuk dalam kumpulan. Fasilitator akan menentukan markah yang perolehi untuk peserta paling gemuk. Seterusnya, peserta paling kurus, paling tinggi, paling rendah, peserta paling tampan, peserta paling cun, suara paling kuat dan aksi kokok ayam jantan paling best.
9. Setelah semua markah diperolehi, pungutan markah akan diumum, fasilitator akan membuat rumusan kecil bagi menerangkan falsafah aktiviti berkaitan dengan Rational Emotive Behavioural Therapy.


Tajuk : Terapi Aerobik + Benang Hikmat
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam
kalangan ahli
2. Memupuk sifat kepimpinan, rasa tanggungjawab dan kesabaran
yang tinggi
Peralatan : Kerusi plastik (12), belon (50) dan benang jahit (6 gulung), PA System, CD Aerobik.










Langkah-Langkah :
1. Aktiviti senam robik
- memanaskan badan
- fasa aerobik (4 lagu)
- cooling down
2. Ahli kumpulan perempuan diikat dengan benang dan benang tersebut disambungkan dengan ahli kumpulan lelaki dari kumpulan yang sama.
3. Setiap kumpulan dikehendaki menjunjung 2 buah kerusi (1 lelaki; 1 perempuan) yang di atasnya terletak belon yang berisi air.
4. Fasilitator mengarahkan ahli bergerak ke satu laluan yang telah ditetapkan (laluan yang sukar dan berhalangan)
5. Markah akan ditolak sekiranya di dalam perjalanan tersebut benang terputus (untuk kali yang kedua) atau belon terpecah.
(nilai belon setiap satu = 2500 markah; nilai benang yang tidak putus = 5000)
6. Kumpulan yang berjaya sampai ke garisan penamat tanpa benang putus dan belon tidak pecah akan diberi markah sebanyak 10 000
7. Fasilitator akan melambungkan belon ke udara; sekiranya berjaya ditangkap dengan selamat akan mendapat markah bonus setiap satu tangkapan bernilai 1000 markah sehingga belon itu pecah.


Tajuk : Terapi Aerobik + Langkah-Langkah Taekwando
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Mewujudkan semangat kerjasama dan bersatu dalam kumpulan
2. Menjana kecerdasan minda dan kecerdasan fizikal
Peralatan : Tiada

Langkah-Langkah:
1. Aktiviti senam robik
- memanaskan badan
- fasa aerobik (4 lagu)
- cooling down
2 Semua peserta dikehendaki melaksanakan 5 jurus taekwando mengikut arahan fasilitator.
3 Fasilitator menggunakan sebutan huruf vokal A (ap) E (ep) I (ip) O (op) dan ”Aiyaa (gaya ular senduk)
4 Fasilitator menyebut nombor 1 (bermaksud ap dengan menarik kedua tangan kebelakang), 2 ( bermaksud ap dengan menumbuk kedua-dua tangan ke hadapan) dan 3 (ip bermaksud silang tangan kedada) dan 4 (ip dengan mengisyaratkan tangan kiri dan tangan menghala keluar) aiyaa (gaya seperti ular senduk) yang akan dilakukan oleh semua peserta.
5 Fasilitator mengadakan pertandingan gaya taekwando dengan memilih salah seorang peserta dari setiap kumpulan untuk bertanding.
6 Peserta yang berjaya melaksanakan arahan tersebut dengan tepat menjuarai pertandingan tersebut.
Juara = 1000markah
Naib Juara = 700
Ketiga = 500


Tajuk : Terapi Aerobik + Main Peranan
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam
kalangan ahli
2. Mewujudkan sikap kesepakatan dalam membuat keputusan
3. Bertolak ansur dan menerima sesuatu keputusan dengan hati
yang terbuka
Peralatan : Wisel

Langkah-Langkah :
1. Aktiviti senam robik
- memanaskan badan
- fasa aerobik (4 lagu)
- cooling down
2. Fasilitator akan menunjukkan aksi hakim, pemburu dan harimau.
3. Aktiviti diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan.
4. Setiap kumpulan akan memilih aksi yang akan dipertandingkan.
5. Contohnya : Jika satu kumpulan memilih aksi hakim dan satu kumpulan lagi memilih harimau maka harimau dikira sebagai pemenang.
Jika satu kumpulan memilih aksi harimau dan satu lagi memilih aksi pemburu, maka aksi pemburu dianggap sebagai pemenang.
Jika aksi kumpulan pemburu dan satu lagi memilih aksi kumpulan hakim, maka aksi pemburu adalah pemenang.
6. Fasilitator memulakan pertandingan dengan memilih kumpulan tertentu. untuk bertanding, manakala kumpulan lain bertindak sebagai penonton
7. Pertandingan diadakan mengikut format kalah-mati. Kumpulan 1 vs kumpulan 2, kumpulan 3 vs kumpulan 4, kumpulan 5 vs kumpulan 6.
Pemenang antara kumpulan 1 vs kumpulan 2 akan lawan pemenang kumpulan 3 vs kumpulan 4.. Pemenang antara kumpulan 5 vs kumpulan 6 mendapat bye.. Seterusnya perlawanan akhir adalah antara pemenang yang ada.
8. Pemenang ditentukan oleh fasilitator berdasarkan aksi yang ditunjukkan oleh kumpulan


TEAM BUILDING
SET 2

Tajuk : Terapi Aerobik + Belatuk dan Belalang
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam
kalangan ahli
2. Melahirkan peserta yang mampu merancang strategi dan
kreativiti secara berkumpulan
Peralatan : Tiada

Langkah-Langkah :
1. Aktiviti senam robik
- memanaskan badan
- fasa aerobik (4 lagu)
- cooling down
2. Setiap peserta perlu mendengar arahan daripada fasilitator yang akan
menyebut “bela…. (belalang atau belatuk)
3. Fasilitator akan menyebut perkataan yang bermula dengan bela…tetapi tidak menyebut belalang atau belatuk tetapi belacan, belanak, belalai, belalang, belaian.
4. Kumpulan yang disebut akan dikejar oleh kumpulan yang satu lagi
5. Pemenang dipilih melalui bilangan peserta yang paling ramai berjaya ditangkap.








Tajuk : Terapi Aerobik + 1Malaysia
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Mewujudkan semangat kerjasama berpasukan dan tolong
menolong
2.Mewujudkan kesefahaman dan interaksi antara peserta dan
dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
Peralatan : gam (6), pembaris (6), kertas merah (1 rim), gunting (6), pensil 2
dozen), kertas kuning (1 rim), lambang bulan dan bintang

Langkah-Langkah :
1. Aktiviti senam robik
- memanaskan badan
- fasa aerobik (4 lagu)
- cooling down
2. Bahagikan kelompok kepada 2 kumpulan.
3. Beri setiap kumpulan sehelai kertas putih dan sehelai kertas biru
4. Kumpulan A diberi sebotol gam, pembaris dan kertas merah
5. Kumpulan B sepasang gunting, sebatang pensil, kertas kuning dan lambang bulan dan bintang
6. Kelompok dikehendaki membuat bendera Malaysia sebaik dan setepat yang mungkin
7. Kelompok tidak dibenarkan menggunakan alat-alat lain selain dari yang diberi
8. Masa yang diberi 15 minit
9. Kumpulan A dan B dipisahkan agak berjauhan antara satu sama lain
10. Terpulang kepada kelompok menggunakan budi bicara untuk mendapatkan alat dari rakan-rakan yag lain
11. Setelah tamat kelompok memberi pendapat dan berbincang (10 m)





Tajuk : Terapi Aerobik + Envelope Games
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Sikap sentiasa ingin membantu dan tidak mementingkan diri
2. Memupuk sikap tidak meminta-minta
Peralatan : Envelope (6 helai saiz A4), sekeping poster bendera Malaysia,
Gunting (6), gam (6 botol), kertas mahjung (20 helai)

Langkah-Langkah :
1. Aktiviti senam robik
- memanaskan badan
- fasa aerobik (4 lagu)
- cooling down
2. Fasilitator mengedarkan sampul surat yang mengandungi keratan poster kepada setiap kumpulan
3. Keratan poster ini mencukupi untuk setiap peserta di dalam kumpulan.
4. Fasilitator mengarahkan peserta menjadikan bahan ang dimiliki oleh setiap individu dalam kumpulan itu menjadi bermakna kepada kumpulan.
5. Ahli dikehendaki mencantum keratan poster menjadi sesuatu yang bermakna kepada kumpulan
6. Setiap kumpulan tidak dibenarkan meminta keratan poster dari kumpulan lain.

** Fasilitator boleh membenarkan peserta memberi keratan poster kepada kumpulan lain.





Tajuk : Terapi Aerobik + Si Buta Sayang
Masa : 1 jam
Objektif : 1. Peserta mendengar arahan dengan tepat dan melaksanakan
tugasan dengan baik
2. Mewujudkan keyakinan diri dan memberikan kepercayaan
kepada orang lain serta bersedia untuk dibantu oleh orang lain
Peralatan : Kertas A4 gabungan titik (1 rim), kain hitam tutup mata (6 m) dan
pen (30 batang)

Langkah-Langkah:
1. Aktiviti senam robik
- memanaskan badan
- fasa aerobik (4 lagu)
- cooling down
2. Setiap kumpulan diberikan kertas A4 yang mempunyai lukisan titik
3. Seorang daripada ahli kumpulan akan memberi arahan dan peserta lain
akan ditutup mata
4. Ketua kumpulan memberi arahan kepada ahli untuk menyambungkan
titik-titik garisan tersebut.
5. Kumpulan yang menang adalah kumpulan yang cepat dan dapat membuat
lukisan yang cantik berdasarkan titik-titik.


No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...