buy now

Wednesday, October 19, 2011

awat payah sangat nak masuk maklumat

'Light Amplification Stimulated Emission Radiation' atau lebih dikenali sebagai laser' membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada ransangan atau stimulasi pancaran radiasi. Bincangkan manfaat penggunaan laser dalam kehidupan manusia.

Skema Pemarkahan

Bil Idea Huraian
1. A. Manfaat
Perubatan Pembedahan mata. la mengurangkan darah dan menyembuhkan kesakitan dengan cepat.
Aplikasi 'dermatology' (berkaitan kulit), laser digunakan untuk merawat kulit atau mernbuang tanda-tanda pada pada kulit seperti tahi lalat.
Mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut Ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan dengan penggunaan laser.
Pembedahan biasa dapat mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa.
2. Keselamatan Membetul bidikan senjata
Dalam ketenteraan laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru berpandu.
Mengesan kelajuan kenderaan.
Pihak polis menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan.
Sistem penggera
Dari segi keselamatan pula, banyak
penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang baik.
Sistem pengimbasan
Mengesan barang berbahaya atau senjata contohnya di lapangan terbang.
3 Teknologi dalam IT Penghantaran maklumat dalam sistem komunikasi lebih cepat.
Menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya.
Cahaya laser dikatakan mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum adalah 2.99979 x 10 m/s) membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.
4. Teknologi dalam pengurusan Mengimbas imej dengan lebih jelas.
Cahaya laser juga digunakan dalam pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokonduktif (seperti kamera merakarn imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima.
Berbeza dengan mesin fotokopi, ia mengimbas maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.
Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser mengimbas kod bar tersebut dan diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis kod barang tersebut.
5. Hiburan Penggunaan cahaya laser sebagai pertunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. - Aplikasi laser dalam VCD dan CD
Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar
lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk filem atau lagu.
6 Perindustrian Dalam industri perkilangan, laser digunakan untuk memotong, menggerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan. Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu memberikan ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
Menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Pengggunaannya membolehkan pengusaha pengindustrian logam mendapat keuntungan yang banyak kerana kerja pemotongan logam dapat dilakukan dengan cepat / tiada pencemaran.
7












8



Penyelidikan & Pembangunan







Pertanian
Penyelidikan kepentingan laser dalam pelbagai bidang.
Kerajaan telah mengenalpasti beberapa bidang baru yang perlu diberi keutamaan dalam kegiatan R & D. Kegiatan-kegiatan ini ditakrifkan sebagai bidang R & D berteknologi tinggi dan kegiatan-kegiatan yang strategik. Kegiatan-kegiatan teknologi tinggi termasuklah bidang teknologi laser.
Penggunaan laser sebagai sumber tenaga alternatif.
Penggunaan laser meratakan sawah padi. Ketidaktentuan cuaca yang seringkali berlaku pada masa sekarang menyebabkan teknik merata sawah dilakukan dalam keadaan basah dengan menggunakan traktor yang dipasang dengan back bucket dan land leveller serta berpandukan laser beam. Teknik tembak laser pada sistem pembiakan ternakan dan tumbuhan juga meningkatkan produktiviti ternakan dan tumbuhan tersebut.
la mempercepatkan proses kematangan dan bilangan produktiviti semakin meningkat.




.

Jawapan 4 + 0

No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...