Friday, September 9, 2011

format penyelidikan......



Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!
Latarbelakang
Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk mempersembahkan laporan/ kertas kerja/ projek kajian/ tesis/ disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar/ kolokium/ simposium/ persidangan/penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal/ buku/ majalah ilmiah
ISU
Pelajar-pelajar Tingkatan Enam perlu didedahkan dengan kaedah menyediakan satu persembahan penulisan ilmiah yang baik sebagai persediaan awal dan latihan untuk mereka menyampaikan idea-idea mereka secara lebih ilmiah
dan matang.
IMPLIKASI
Wujud keperluan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Tingkatan Enam yang bakal menjadi pembimbing pelajar membentang kertas kerja kolokium
KURSUS ORIENTASI
GURU TINGKATAN ENAM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
MALAYSIA
merupakan satu langkah persediaan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru pembimbing pelajar yang bakal membantu pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah.

IMPAK

KOLOKIUM PELAJAR TINGKATAN ENAM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
dapat menyediakan dan mempersembahkan hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti
definisi
Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan akademik untuk mempersembahkan sesuatu ide/ konsep/ kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dll dalam penulisannya.
(APA, 2001)


Penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda/ Laporan Projek Sarjana/ Tesis/ Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan
(UTM, 2001)

Karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:
1. penulisannya berdasarkan hasil penelitian;
2. pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;
3. perbincangannya melibatkan masalah yang cuba
diselesaikan;
4. menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan
penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan;
5. Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur,
jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada
kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca
(Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, Jakarta 1995)
Seorang penulis karangan ilmiah perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan dalam:
1. masalah yang diteliti,
2. Kaedah penelitian,
3. Teknik penulisan bahan ilmiah,
4. Penguasaan bahasa yang baik.
Kertas kerja/bentuk penulisan ilmiah
1. Kerta Kerja
Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu
3. Kertas Projek, Tesis dan Desertasi
Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi.
Kertas Projek - untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda,
Tesis - untuk mendapatkan Ijazah Sarjana/ Master
Disertasi - untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran
Laporan
Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau gagasan dari seseorang kepada orang lain.
Laporan yang disampaikan secara tertulis dan berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan ataupun peninjauan merupakan satu bentuk penulisan ilmiah.

Format laporan kajian
1. Kertas dan Saiz : Kertas simili 70 atau 80 gram berwarna putih
dan bersaiz A4
2. Jidar/ Margins : 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.
3. Huruf/ Fonts : Times New Roman 12pt
Courier 12pt
Arial 12pt
4. Jarak antara baris : Satu setengah langkau (1.5 spacing)
5. Muka surat
- menggunakan no. roman i, ii, iii… bagi isi kandungan, sinopsis/ exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dll
- menggunakan no. 1, 2, 3 untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan/ lampiran

Halaman Judul i
Isi kandungan ii
Abstrak iii
1.0 Pengenalan 1
1.1 Matlamat Kajian
1.2 Objektif Kajian
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Batasan Kajian
2.0 Sorotan Kajian 4
3.0 Metodologi Kajian 6
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Persampelan
3.3 Instrumentasi
3.4 Prosedur Kajian
3.5 Kaedah Analisis Data
4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 11
4.1 Demografi
4.2 .................
5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan 20
Rujukan
Lampiran Tajuk

Penggunaan bahasa
Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif.
Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.
Perenggan
Untuk menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan :
1. Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka
• Pengantar
• Menarik minat dan perhatian pembaca
• Penyiapan fikiran pembaca kepada masalah yang akan dihuraikan
• Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
2. Perenggan penghubung
• Mengandungi persoalan yang akan dikemukakan.
• Analisa masalah
• Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara
logik
3. Perengganpenutup
• Rumusan
• Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung
• Ringkas, padat dan pendek
Pemilihan topik
Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu.
Dalam memilih topik perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut :
1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas;
2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis;
3. Topik tersebut dikenal baik oleh penulis;
4. Bahan pendukung penulisan dapat diperoleh dan cukup memadai;
Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu tajuk
Topik ialah pembicaraan dalam keseluruhan penulisan yang akan dihuraikan sementara tajuk ialah nama bagi sebuah penulisan
PERINGATAN:
1. Tajuk merupakan satu-satunya bahagian
tulisan seseorang yang dibaca oleh orang lain
2. Tajuk perlu menggambarkan maksud
keseluruhan topik perbicaraan
3. Tajuk biasanya tidak melebihi 12 patah
perkataan
4. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat
dan padat
5. Tajuk hendaknya tidak mengandung
singkatan atau akronim;
soroton kajian
Setiap kegiatan ilmiah, khususnya penulisan ilmiah selalu dimulai dengan melihat kajian-kajian yang lepas.
Literatur yang dicari dan dipelajari tentunya mengenai subjek yang telah ditentukan sebagai topik penulisan.
International Federation of Library Association and Institution mendefinisikan perpustakaan sebagai suatu tempat yang mempunyai koleksi (buku dan terbitan cetak atau noncetak, serta sumber informasi dalam komputer) yang disusun secara sistematik untuk keperluan penggunanya.
Kerangka
KERANGKA PENULISAN
Kerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun dalam komposisi yang terpadu secara sistematik
FUNGSI
Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut.
Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut.
Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat.
FRujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:
(i) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem
Harvard)
(ii) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman
(Sistem APA)
ormat dan rujukan

Sistem Pengarang dan Tahun
(a) Meletakkan tahun penerbitan dalam
kurungan selepas nama pengarang yang
dirujuk.
contoh:
“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti”

Sistem Pengarang dan Tahun
(c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis.
contoh:
“Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).”
Sistem Pengarang dan Tahun
(d) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al perlu ditulis.
contoh:
“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.”
Kesimpulan
Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

contoh kajian tindakan



Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!
Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas
oleh
Safani Bari
Hamdan Mohd Ali
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi Kajian ini merupakan kajian tinjauan mengenai pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani suaian yang dijalankan di sekolah-sekolah pendidikan khas. Sampel yang terlibat dalam kajian ialah 36 orang guru di sekolah menengah di Wilayah dan Selangor. Kajian melibatkan pemerhatian dan temubual terhadap pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani di tujuh buah sekolah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Dapatan kajian menunjukkan hanya 50% daripada guru yang mengajar pendidikan jasmani pelajar khas mempunyai mempunyai latihan khusus dalam pendidikan jasmani, tiada format yang standard digunakan di antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain, pelajar khas di sekolah percantuman mengikuti aktiviti yang sama dengan pelajar biasa, jumlah masa pengajaran pendidikan jasmani juga berbeza-beza dan kebanyakan guru mengajar pendidikan jasmani mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh guru.
ABSTRACT
Physical education activities are very essential for all school students including those with special needs. Students with special needs face multiple dificulties which comprises of physical, social and mental disabilities and disadvantages. Through physical activites some form of theraphy takes place can reduce stress among the students. Activities which incorporate some kinetic aspects and physical locomotions will help the students in releasing muscular and physical tensions and accelerates the nerve and sensor responses. This is an observational study on how adapted physical education acitivities are conducted in special schools. Thirty six secondary school teachers in Selangor and the Federal Territory of Kuala Lumpur are identifed as samples. Data on how physical education is handled is gathered through interviews and observations. A total of seven schools are involved. All the respondens and teachers involve in the teaching of physical education to the special needs students. The finding shows that only 50% of the teachers teaching physical education classes have specialized training in physical educaiton. There is no standard format of teaching among the schools. Special students in
2
integrated schools took part in the same physical education activites as their normal counterparts. The total time spent on physical education differs among the schools and the teachers taught physical education as they see fit.
Pendahuluan
Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan keperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas ialah murid-murid yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan juga termasuk murid-murid pemulihan. Matlamat pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapt berdikari dan berjaya dalam kehidupan (Jabatan Pendidikan Khas, 1997). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran melibatkan kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku, sosial, penguasaan bahasa lisan, membaca, matematik, berdikari serta meningkatkan kemahiran fizikal.
Program Pendidikan Murid Khas
Program perkolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi tiga jenis iaitu program sekolah khas, program sekolah percantuman dan program sekolah inklusif. Program sekolah khas ialah program persekolahan yang menempatkan satu kategori (kecacatan) murid berkeperluan khas atau menyamai konsep persekolahan segregasi. Contohnya murid-murid bermasalah pendengaran di tempatkan belajar di sebuah sekolah khas untuk mereka (Faridah & Safani, 2000). Sekolah ini di tadbir dan diajar oleh guru-guru yang dilatih khas dan berasingan dari sekolah biasa yang lain. Kaedah pengajaran dan aktiviti ko-kurikulum juga disediakan khusus untuk keperluan dan kesesuaian murid berkenaan.
Program sekolah percantuman juga dikenali sebagai program integrasi. Dalam program ini murid-murid berkeperluan khas di tempatkan belajar di sekolah biasa bersama-sama murid normal. Walau bagaimanapun murid-murid berkeperluan khas belajar secara berasingan daripada pelajar normal. Mereka hanya berkongsi kemudahan fizikal sekolah dan pentadbiran sekolah adalah sepenuhnya di bawah pentadbiran biasa. Seorang penyelaras dilantik untuk mengurus hal ehwal pendidikan dan ko-kurikulm pelajar khas.
Program ketiga iaitu program inklusif, program ini menempatkan murid-murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan murid normal. Mereka di tempatkan dalam kelas yang sama dengan murid normal dan diajar oleh guru kelas biasa. Dalam program ini murid-muird berkeperluan khas mengikuti kurikulum yang sama dengan murid normal. Ciri-ciri yang diambilkira sebelum menempatkan murid-murid khas ke dalam program inklusif ialah mereka perlu mencapai tahap pencapaian akademik yang hampir sama dengan murid biasa. Mereka boleh di tempatkan belajar bersama-sama murid normal dalam semua matapelajaran atau pun dalam matapelajaran tertentu sahaja (Faridah & Safani, 2000).
Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Dan Masalah Pelajar Khas
Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan
3
satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.
Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.
Subjek pendidikan jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar di semua sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum Merdeka lagi. Walau bagaimanapun tahap pengajaran telah menurun secara mendadak selepas kemerdekaan terutamanya pada tahun 1970an (Hamdan Mohd Ali, 2002). Antara masalah yang dikenal pasti ialah pengabaian subjek pendidikian jasmani kerana tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari masyarakat sekolah dan masyarakat ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan guru tidak jelas dengan matlamat pendidikan jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu Bakar Miskon 1987, Daud Salleh 1985, Chee Swee Ming 1985). Begitu juga dengan dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah-sekolah khas, walaupun terdapat garis panduan yang yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Pendidikan khas 1979-1991 tetapi sehingga kini belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).
Pendidikan jasmani suaian merupakan satu kursus wajib yang telah diperkenalkan untuk semua bakal guru ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan khas yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bakal-bakal guru diberi kursus secara teori dan amali mengenai pendidikan jasmani yang diubahsuai untuk golongan khas. Lebih seribu orang guru yang mempunyai pendedahan dalam subjek pendidikan jasmani suaian telah dikeluarkan oleh UKM sejak kursus ini diperkenalkan pada tahun 1995. Walau bagaimanapun tidak terdapat ‘follow-up’ dan pemantauan terhadap pengajaran guru dalam dan pelaksanaan program dalam bidang ini. Tambahan pula, walaupun di Malaysia banyak penyelidikan telah dibuat mengenai pendidikan
4
jasmani, seperti yang dijelaskan diperenggan di atas, malangnya penyelidikan yang mengkhusus kepada pelaksanaan pengajaran-pembelajaran pendidikan jasmani suaian untuk murid berkeperluan khas adalah di peringkat permulaan.
Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal. Ini adalah kerana situasi di Malaysia, umpamanya, tidak banyak kemudahan yang sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah samada di sekolah atau pun di luar. Sementara golongan normal dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah, golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta.
Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian dan kepentingannya kepada pelajar khas
Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (de Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat, melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sekolah merupakan salah satu institusi pengajian formal. Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan.
Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ialah untuk mengkaji dari aspek pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani suaian di sekolah, kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, mengenalpasti masalah pelaksanaan dari aspek keperluan tenaga pengajar serta kesesuaian kemudahan dan peralatan pengajaran pendidikan jasmani suaian di sekolah-sekolah menengah khas.
Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan melalui pemerhatian dan temubual. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan senarai semak yang mengandungi borang maklumat sekolah, kelas pendidikan jasmani dan kegiatan aktiviti fizikal yang dilaksanakan di sekolah. Borang maklumat ini selain merupakan
5
borang untuk mendapatkan maklumat tentang sekolah dan kegiatan di sekolah tadi, juga merupakan alat yang mempunyai soalan-soalan berbentuk terbuka bagi mendapatkan maklumat lain seperti latarbelakang guru pendidikan jasmani, jenis-jenis aktiviti dan permainan yang melibatkan pelajar khas, kemudahan dan peralatan sukan khusus untuk pelajar berkeperluan khas, masalah pengajaran kelas pendidikan jasman dan huraian tentang aspek modifikasi/suaian dalam pengajaran dan pengajaran pendidikan jasmani.
Responden Kajian
Responden kajian terdiri daripada guru sekolah menengah yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran kelas pendidikan jasmani dan juga guru yang terlibat secara langsung aktiviti fizikal di luar waktu kelas formal yang melibatkan pelajar khas. Sepuluh buah sekolah menengah telah terpilih untuk kajian ini, 7 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di negeri Selangor. Sekolah yang dipilih melibatkan 5 buah sekolah percantuman dan 2 buah sekolah khas yang hanya menempatkan pelajar-pelajar khas.
Analisis Data
Data kajian dianalisis menggunakan statistik diskriptif. Min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk membincangkan dapatan. Aspek perbincangana menumpukan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, masalah pelaksanaan dari aspek tenaga pengajar serta kesesuaian kemudahan dan peralatan pengajaran pendidikan jasmani di sekolah-sekolah khas. Hasil temubual dianalisis dan digunakan untuk menyokong di dalam dapatan kajian.
Dapatan Kajian
Jumalah sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah 7 buah sekolah iaitu terdiri daripada 2 buah sekolah menengah khas dan 5 buah sekolah menengah khas program percantuman. Terdapat seramai 36 orang guru yang mengajar pendidikan jasmani kepada pelajar khas. Hanya 50% (18) daripada guru-guru tersebut adalah guru-guru pendidikan jasmani memiliki kelayakan. Tidak semua daripada mereka pernah mengikuti kursus secara khusus mengajar pendidikan jasmani suaian. Terdapat 28 % (10) adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan jasmani yang berkelayakan mengajar murid biasa dimana di dalam kelas tersebut terdapat pelajr-pelajar berkeperluan khas. Seramai 6% (2) guru pendidikan jasmani yang berkelayakan mengajar pendidikan jasmani di sekolah biasa mengajar pendidikan jasmani di sekolah khas walau bagaimanapun mereka telah banyak mengikuti kursus-kursus pendidikan jasmani yang berkaitan dengan golongan berkeperluan khas.
Dari segi pelaksanaan, dapatan kajian melalui pemerhatian dan temubual mendapati tiada format pengajaran yang standard digunakan antara sekolah yang terlibat dalam kajian, kebanyakkan guru mengajar mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh mereka. Pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani juga didapati longgar iaitu mengikut budi bicara guru yang melaksanakannaya. Aktiviti dalam pendidikan jasmani dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku panduan aktiviti pendidikan jasmani pelajar normal. Oleh yang demikian, aktiviti yang disediakan adalah
6
berdasarkan budi bicara guru terlibat. Hal ini berlaku kerana didapati tidak ada pemantuan pengajaran pendidikan jasmani oleh pihak kementerian, guru yang mengajar tiada pendedahan atau latihan. Bilangan pelajar khas dalam sekolah percantuman adalah minoriti dan mereka kurang diberikan perhatian oleh pihak sekolah dalam aktiviti berbentuk fizikal.
Kajian juga mendapati guru pendidikan jasamani yang mengajar pelajar biasa tidak mengadakan ubahsuaian pengajaran untuk pelajar khas. Kaedah permainan juga adalah mengikut kaedah permainan pelajar-pelajar normal. Begitu juga dengan perlatan yang digunakan, kebanyakannya menggunakan peralatan biasa yang digunakan oleh pelajar normal. Penglibatan pelajar-pelajar khas menjalankan aktiviti yang sama dengan murid biasa terhad dan mereka berfokus dalam kumpulan mereka sahaja dengan menjalankan aktiviti mengikut kupayaan mereka sendiri. Jumalah waktu pengajaran pendidikan jasmani juga berbeza di antara sekolah. Walaupun kebanyakan sekolah menjalankan pengajaran sebanyak 2 kali dengan 40 minit setiap sesi pengajaran tetapi terdapat 2 buah sekolah melaksanakan 60 minit sekali satu minggu dan 2 buah sekolah mengajar 2 kali iaitu 30 minit setiap sesi pengajaran. Terdapat juga 2 buah sekolah yang melaksanakan waktu pengajaran pendidikan jasmani yang berbeza dengan kelas biasa iaitu 2 x 30 untuk kelas khas dan 2 x 40 minit untuk pelajar biasa.
Jenis permainan dalam pendidikan khas yang dilaksanakan terbahagi kepada dua. Bagi sekolah-sekolah program percantuman jenis permainan yang dilaksanakan untuk murid-murid khas adalah sama seperti yang dimainkan oleh pelajar normal. Ini adalah disebabkan majoriti pelajar di sekolah adalah pelajar normal. Begitu juga alat permainan yang digunakan adalah alat permainan yang biasa digunakan oleh pelajar normal. Manakala bagi sekolah khas, hanya pelajar bermasalah penglihatan menggunakan jenis permainan yang berlainan. Walau pun memainkan permainan yang sama tetapi beberapa pengubahsuaian di rancang oleh guru dalam melaksanakan permainan ini seperti dalam permainan ping pong, bola sepak, catur dan karum. Begitu juga ubahsuaian dilakukan di dalam gimasium untuk peralatan yang diguanakan agar tidak membahayakan keselamatan pelajar.
Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani kepada pelajar-pelajar khas yang disuarakan oleh guru-guru di sekolah percantuman dan sekolah khas adalah seperti berikut:
i. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan
ii. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif
iii. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas
iv. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal
v. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas
vi. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas
vii. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas
viii. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif
ix. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.
Faktor-faktor tersebut merupakan beberapa halangan yang menyebabkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani atau walau pun guru-guru menyedari pentingnya aktiviti ini kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung kerana faktur-faktur keselamatan kawasan aatau perlatan yang hendak digunakan tidak bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar sekiranya digunakan.
7
Penutup
Di kebanyakan sekolah di Malaysia, jumlah pelajar yang perlu ditangani oleh guru pendidikan jasmani adalah terlalu ramai untuk pengajaran-pembelajaran yang kondusif. Kesannya, tugas pengajaran pendidikan jasmani diagih-agihkan kepada guru-guru yang tidak mendapat sebarang latihan rasmi dan mencukupi dalam bidang pendidikan jasmani. Angka mereka yang tidak terlatih ini biasanya jauh lebih besar daripada guru pendidikan jasmani yang berkelayakan di sekolah-sekolah yang ditemuduga. Sebagai contoh, di sebuah sekolah di Selangor, nisbah guru yang bertauliah mengajar pendidikan jasmani ialah tiga orang berbanding sembilan belas orang yang tidak bertauliah. Ini bermakna apabila tiada guru yang berkelayakan mengajar subjek ini, pengajaran diserahkan bulat-bulat kepada guru yang tidak berkelayakan.
Pelajar-pelajar berkeperluan khas yang serba kekurangan dalam pelbagai aspek kurang mendapat perhatian, terutamanya di dalam program kelas percantuman. Bilangan pelajar biasa yang terlalu ramai dan di tambah dengan pelajar berkeperluan khas bersama-sama mereka menyebabkan pengajaran pendidikan jasmani tidak berkesan. Masalah-masalah ini menyebabkan pelajar-pelajar khas kurang mendapat perhatian. Lagi pun mereka tidak dapat menyaingi kemahiran pelajar-pelajar biasa dalam pelbagai kemahiran sukan di sekolah dan menyebabkan kehadiran mereka tidak menunjukkan sebarang kesignifikanan kepada sekolah Berbeza dari program pendidikan jasmani di sekolah khas, kebanyakan pelajar khas dalam program percantuman akan mengikuti pelajaran pendidikan jasmani bersama-sama pelajar normal. Kehadiran mereka juga dilihat kurang penting kerana bilangan mereka kecil.
Pendidikan jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan individu tadi secara timbal balik (Heller, 2000). Aktiviti fizikal terancang menjadi lebih penting kerana banyak kecacatan yang dialami oleh pelajar khas seperti kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu pergerakan dan menghadkan pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Otot-otot yang kurang sempurna ini sepatutnya perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi optimum bagi membantu mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Aktiviti pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami. Selain itu aktiviti pendidikan jasmani juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan peralatan yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.
Guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu mempunyai sikap penyabar dan positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang mempunyai pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti merancang kelas supaya pelajar ini berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, mengubah suai persekitaran untuk mengegalakkan mobiliti dan pergerakan dan mengelak pergerakan yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu guru pendidikan jasmani perlu mampu
8
mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom seperti kulit yang tercedera atau jangkitan urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang mempunyai pelajar sawan. Guru perlu membuat perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu menekan jiwa pelajar. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru ini perlu mengingatkan pelajar untuk mengambil medikasi terlebih dahulu dan dengan cepat mengenalpasti tanda-tanda dan simptom distres semasa aktiviti (Heller, 2000; Jansma & French 1994; Pangrazi & Darst, 1994).
Program aktiviti fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994).
Rujukan
Abd Wahab Hashim.1998. Senario masa kini dan rancangan masa depan pendidikan khas di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abu Bakar Miskon. 1987. Persepsi guru-guru bukan opsyen pendidikan pendidikan jasmani yang mengajar pendidikan jasmani terhadap pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah. Latihan Ilmiah. University Pertanian Malaysia, Serdang.
Auxter, D., Pyfer, J. & Huettig, C. 1989. Adapted physical education and recreation. St. Louis, Missouri. Mosby-Year Book, Inc.
British Sport Council 2000. British Government Document.
Cheah Swee Ming. 1985. Isu-isu pendidikan jasmani. Jurnal Pendidikan. 11:14-18.
Daud Salleh. 1985 Perancangan pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah luar bandar. Latihan Ilmiah. Universiti Pertanian Malaysia. Serdang.
De Vries. 1995 Pendidikan jasmani dan kesihatan-satu delima. Kertas kerja Seminar Pendidikan Jasmani dan Sukan menjelang tahun 2000. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. UPM.
Englert, C. S., Tarrant, K. L. & Mariage, T. V. 2000. Defining and redifining instructional practice in special education: Perspectives on good teaching. Teacher education and special education, 15(2): 62-68.
Faridah Serajul Haq & Safani Bari. 2000.Ke arah meningkatkan profesionalisme guru-guru pendidikan khas. Pendidikan guru alaf baru. Prosiding kolokium ke 7. Fakulti Pendidikan UKM. hlm. 268-278.
Hamdan Mohd Ali. 2002. Th

contoh pendahuluan kajian



Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!


Topik 1: Pendahuluan
1. PengenalanKepadaKajian
2. Mengenalpastimasalahkajian
3. TinjauanLiteratur

Objektif: Padaakhirsesiinipesertadapat
• mengenalikonsepasaskajiandalampendidikan
• mengenalpastimasalahkajiandalampendidikan
• mengenalicara-caramembuattinjauanliteratur
Masa: 1 jam
Tajuk Prosedur Bahan/Sumber
a. PengenalankepadaKajian
i. DefinisiKajian
ii. TujuanKajian
iii. Jenis-JenisKajian
iv. Proses Kajian Aktiviti 1: PengenalanKepadaKajian
• Fasilitatormemberi input tentangtopik
• Fasilitatormenggunakanartikel-artikelkajiansebagaipanduanuntukpenerangan.
• Fasilitatormengemukakanbeberapasoalanberkaitandengantopik
Edaran:
• Power Point: PengenalankepadaKajian
• Artikelkajiankuantitatif
• Artikelkajiankualitatif
b. Mengenalpastimasalahkajian
i. Pernyataanmasalah
ii. Objektifkajian
iii. Persoalankajian Aktiviti 2: Mengenalpastimasalahkajian
• Fasilitatorberkongsimaklumattentangtopikdenganmerujukkepadaartikel-artikelkajian
• Pesertamengenalpastimasalahkajian
• Pesertamembinapersoalankajaindanfasilitatormemberimaklumbalas Edaran:

• Power PointMengenalpastiMasalahKajian
• Artikelkajiankuantitatif
• Artikelkajiankualitatif
c. TinjauanLiteratur
i. Konseptinjauanliteratur
ii. Kepentingantinjauanliteratur
iii. Bacaanberkaitanmasalahkajian
1. Teori/konsepberkaitanmasalahkajian
2. Kajianlepasberkaitanmasalahkajian Aktiviti 3: TinjauanLiteratur
• Fasilitatormenerangkankonsepdankepentingantinjauanliteratur
• Pesertamengenalikandunganbacaan-bacaanberkaitanmasalahkajian Edaran:
• Power PointTinjauanLiteratur
• Artikelkajiankuantitatif
• Artikelkajiankualitatif

contoh kajian kes

Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!


Budaya Organisasi Yang Meningkat Inovasi: Satu Kajian Kes di Syarikat Perisian
Komputer
ROZIHAN BINTI ABDUL AZIZ
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
Abstrak
Kajian kes di sebuah organisasi perisian komputer tempatan ini bertujuan untuk memahami
budaya organisasi terkini dan mengetahui bagaimana organisasi membantu dalam meningkatkan
inovasi. Selain itu, kajian turut mendalami keperluan organisasi dalam mengeluarkan inovasi.
Kajian kualitatif ini menggunakan teknik pengumpulan data secara temubual semi struktur,
pemerhatian dan analisis data sekunder. Data temubual berkenaan ditranskrib dan dianalisis
menggunakan Teknik Analisis Perbandingan Berterusan. Bagi mendapatkan tema, proses
analisis data dilakukan berselang-seli dengan proses pengumpulan data sehingga mencapai
tahap ketepuan. Tema yang wujud berulang-kali dijadikan kategori. Sepanjang proses
pengumpulan dan analisis data, tema-tema tersebut diperkemaskan bagi membolehkan ia
mewakili sepenuhnya pengalaman ahli organisasi. Kajian menunjukkan bahawa budaya
organisasi memainkan peranan yang penting dalam inovasi. Nilai yang didukung seperti
ketiadaan formaliti dan fleksibiliti telah memudahkan aplikasi dan perkongsian pengetahuan.
Oleh itu, Maltrex boleh dilihat sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Nilai ini dapat dilihat
dengan jelas pada persekitaran kerja yang turut menyumbang kepada inovasi. Kajian juga
mendapati bahawa pembelajaran merupakan aspek penting yang dititikberatkan di kalangan
anggota organisasi. Data menunjukkan terdapat tiga jenis pembelajaran yang digunakan untuk
meningkat dan mengemaskinikan pengetahuan iaitu pembelajaran formal, pembelajaran non
formal dan pembelajaran informal.
Pengenalan
Globalisasi atau persejagatan adalah satu fenomena baru dalam dunia perdagangan dan
korporat. Istilah dunia tanpa sempadan memaksa integrasi ekonomi berlaku dengan
pantas dan menggambarkan arah aliran pelaburan modal, teknologi dan perkhidmatan
negara-negara yang berdagang. Serentak dengan itu, perubahan teknologi dan saluran
maklumat yang pantas mempercepatkan proses interaksi di antara negara, khususnya
antara syarikat yang terbabit dalam perdagangan. Fenomena ini secara tidak langsung
menggambarkan sesebuah negara itu perlu meningkatkan daya saing jika ingin
mempertahankan kedudukan di dalam pasaran.
Pernyataan Masalah
Persoalan penting ialah kemampuan daya saing syarikat tempatan untuk menghadapi
cabaran mendadak seterusnya menjamin pertumbuhan kukuh dan berjaya hingga boleh
menembusi pasaran baru di peringkat antarabangsa. Oleh itu, usaha mempertahankan
daya saingan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan organisasi supaya kelangsungan
organisasi mereka di pasaran terus dipertahankan.
Dalam mempertahankan daya saing, perancangan strategik perlu dirangka melalui
pertimbangan tertentu iaitu dengan melihat dinamisme dalaman untuk mencari kelebihan
yang ada dan disesuaikan dengan perubahan luaran yang berbentuk peluang. Langkah ini
perlu supaya dapat mencetuskan sesuatu yang berlainan dan menginovasikan produk atau
perkhidmatan kepada pelanggan. Menurut Levy (1998), globalisasi ekonomi telah
mewujudkan peluang dan cabaran yang luas bagi syarikat, terutama kepada firma
berteknologi tinggi, di mana selalunya perdagangan melibatkan pemilikan intelektual.
162
Fenomena ini menyebabkan Malaysia perlu bertukar kepada ekonomi berasaskan
pengetahuan atau k-ekonomi. K-ekonomi memerlukan tenaga pekerja terlatih yang
mempunyai kapasiti serta keupayaan mengoptimumkan penggunaan teknologi baru dan
menggabungkan secara berkesan kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan produk serta
perkhidmatan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Pertumbuhan ekonomi
berteraskan pengetahuan atau k-ekonomi adalah antara usaha meningkatkan nilai daya
kreativiti, inovasi dan memperbaiki nilai tambah pengeluaran yang sedia ada. Usaha
perlu dilakukan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan, menggunakan
teknologi, kemahiran, kreativiti dan inovasi sebagai pemacu utama yang mendorong
kecekapan daya saing sesebuah negara dalam persekitaran globalisisi dan liberalisasi.
(Ayob, 2000).
Bagi organisasi yang terlibat dalam teknologi maklumat, mempunyai kekuatan daya
saing merupakan cabaran yang hebat memandangkan kepantasan peredaran teknologi
maklumat. Organisasi terpaksa mengikuti peredaran semasa bagi mempertingkatkan
pertumbuhan organisasi serta kebolehan bersaing di peringkat global, di samping
memenuhi permintaan pelanggan. Levy (1998) menyatakan penting bagi syarikat
berteknologi tinggi memahami cara beroperasi di berbagai negara dan mengetahui
kekuatan dan kelemahannya agar firma kekal bersaing dan berjaya dalam perkampungan
global.
Bagi mencapai matlamat tersebut, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan.
Antaranya dari segi budaya organisasi. Kebanyakan perbincangan mengenai budaya
korporat berpusat kepada keperluan terhadap budaya ‘yang kuat’ untuk
mempertingkatkan prestasi dan pencapaian organisasi. Sathe (1985), membincangkan
bahawa budaya organisasi boleh dijadikan satu tanggungjawab. Ini kerana perkongsian
kepercayaan, nilai dan andaian akan selari dengan kehendak perniagaan dan memimpin
manusia untuk berfikir dan bertindak secara komersil. Terdapat keperluan budaya sebagai
komponen, dimasukkan ke dalam kerja sehari-hari. Dalam kata lain, budaya tersebut
akan merangsang proses penghasilan idea-idea baru dan penggunaan mereka sama ada di
dalam pasaran, dengan tujuan utama merubah pasaran, penyesuaian firma berpanjangan
dan mendapat kebaikan dari persaingan. Menurut Riggs (1983), syarikat berteknologi
tinggi mesti mencari budaya korporat yang menggalakkan dan menghargai kreativiti.
Globalisasi yang terhasil dari revolusi maklumat turut memberi kesan dari segi pekerja
organisasi itu sendiri. Negroponte (1995) menyatakan tentang keperluan untuk
menambah nilai dengan menggunakan informasi dan kreativiti. Semua ini menunjukkan
bahawa organisasi hari ini perlu meningkatkan pelaburan dalam kreativiti dan inovasi
untuk memastikan kejayaan berterusan.
Memandangkan Malaysia sedang giat mempelopori industri berteknologi tinggi seperti
perisian, maka adalah amat penting bagi sesebuah organisasi yang bergantung
sepenuhnya kepada intelektual manusia ini, mengetahui corak budaya yang dapat
membantu meningkat dan merangsang penghasilan inovasi-inovasi terbaru. Maka, sejajar
dengan itu, terdapat keperluan dalam membentuk sebuah budaya organisasi yang dapat
163
melahirkan idea-idea kreatif dan inovasi yang berperanan dalam meningkatkan
kemampuan dan daya saing organisasi di peringkat global.
Oleh itu, kajian kes ini berperanan untuk menerokai budaya organisasi di sebuah syarikat
perisian komputer bagi memahami budaya organisasi yang sesuai dalam melahirkan
kreativiti dan inovasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam literatur-literatur Barat.
Tambahan pula, budaya di Malaysia yang mungkin berlainan dari budaya negara lain
(Asma, 1996) terutamanya Barat, menekankan perlunya maklumat empirikal diperolehi.
Selain itu, faktor-faktor yang membantu organisasi dan individu dalam mengeluarkan
inovasi perlulah dikaji dan diteliti dan diaplikasi ke dalam budaya organisasi. Tujuannya
adalah untuk membentuk sebuah budaya organisasi yang benar-benar sesuai dan mantap
untuk bersaing dalam era globalisasi dan k-ekonomi. Justeru itu, kajian ini mempunyai
persoalan-persoalan berikut:
1. Apakah budaya organisasi terkini?
2. Bagaimana organisasi membantu mengeluarkan inovasi (pembaharuan)?
3. Apakah keperluan dalam mengeluarkan inovasi?
Kepentingan kajian
Kajian ini menyumbang terhadap penerangan tentang budaya organisasi sebuah
organisasi perisian komputer. Kepantasan teknologi maklumat semasa memerlukan
sebuah budaya organisasi yang benar-benar mantap agar organisasi terus kekal dan
berdaya saing. Oleh itu hasil kajian dari sudut budaya organisasi ini dapat membantu
pembangunan organisasi yang secara tidak langsung terhadap kemajuan perisian
tempatan.
Kajian juga menerangkan bagaimana organisasi dapat membantu dalam mengeluarkan
inovasi. Bagi organisasi yang terlibat dalam teknologi maklumat, inovasi sentiasa
diperlukan bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan keperluan semasa. Selain itu,
kajian juga meneroka keperluan dan pengalaman pekerja organisasi. Data ini didapati
dari pekerja sendiri dan ini merupakan satu peluang bagi mereka menyuarakan pendapat
mereka dalam membangunkan organisasi.
Kajian ini menyediakan sebuah alternatif dari segi pendekatan kajian dan analisis yang
sebenar terhadap organisasi. Ini memandangkan kebanyakan usaha peningkatan prestasi
organisasi dijalankan secara pendekatan objektif. Oleh itu, kajian dapat membantu
pengkaji-pengkaji budaya dan inovasi organisasi pada masa akan datang.
Sorotan Literatur
Riggs (1983) menyatakan bahawa budaya korporat telah dibuktikan sebagai konsep yang
sangat kuat digunakan di dalam syarikat yang berasaskan teknologi. Kebanyakan
perbincangan mengenai budaya korporat berpusat kepada keperluan terhadap budaya
‘yang kuat’ untuk mempertingkatkan prestasi dan pencapaian organisasi. (Katter dan
Heskett, 1992).
Budaya adalah dasar menentukan inovasi. Mempunyai ciri-ciri budaya yang positif
menyediakan organisasi bahan-bahan penting untuk mengeluarkan inovasi. Budaya
mempunyai beberapa elemen yang menyediakan organisasi untuk meningkat atau
164
menghalangi kecenderungan untuk menginovasi (Ahmed,1998). Buckler (1997) melihat
inovasi sebagai persekitaran, sebuah budaya yang sangat hampir dengan kuasa semangat
(spiritual force), yang terdapat dalam syarikat dan mengerakkan nilai untuk penciptaan.
Gundry (1994) menyatakan bahawa bagi mewujudkan kreativiti di kalangan pekerja
dalam organisasi atau kumpulan kerja, mereka mestilah berkongsi dan menunjukkan satu
set nilai peningkat kreativiti, norma-norma, kelakuan yang mana untuk dikekalkan dalam
budaya organisasi.
Menurut Schein (1999), memahami budaya kumpulan, memerlukan kefahaman andaian
asas yang dikongsi dan proses pembelajaran bagi mendapatkan andaian-andaian asas
tersebut. Budaya organisasi dikatakan berada di dalam tiga peringkat. Peringkatperingkat
tersebut adalah artifak, nilai-nilai terselindung dan andaian-andaian asas yang
terdapat pada setiap pekerja organisasi. Budaya organisasi ini berkembang dan bertahan
serta disesuaikan dengan persekitaran organisasi. Kedua-dua nilai dan andaian, akan
menjadi teras dan garis panduan kepada ahli organisasi dalam sebarang pemikiran,
perancangan dan tindakan sama ada jangka pendek ataupun jangka panjang. Budaya
organisasi secara langsung, memberi bayangan kepada corak pemikiran dan nilai-nilai
budaya yang mana ahli organisasi akan memasukkan ke dalam proses membangunkan
budaya yang dihormati oleh mereka. Nilai-nilai dibawa untuk membentuk budaya
organisasi yang akan meneraju dan menguruskan mereka (Schein 1985).
Konsep kreativiti merupakan permulaan kepada inovasi. Kreativiti didefinisikan sebagai
penghasilan idea-idea yang asli dan berguna di dalam berbagai domain dan inovasi
sebagai implimentasi idea yang berjaya dalam organisasi. Dalam kebanyakan sorotan
literatur, kedua istilah ini disamaertikan. Dalam kajian ini, kreativiti merupakan sesuatu
sumber utama dalam menghasilkan inovasi. Inovasi menggambarkan hasil penciptaan,
sistesis dan modifikasi produk, perkhidmatan atau proses yang berjaya. (Cumming, 1998)
Justeru itu, kajian melihat setiap tindakan dan aktiviti yang dijalankan di organisasi
sebagai satu proses mengeluarkan inovasi.
Amabile (1988) membincangkan tiga faktor organisasi yang mungkin memberi kesan
terhadap kreativiti dan inovasi iaitu:
i. Faktor motivasi oleh organisasi untuk menghasilkan inovasi. Ini merupakan
orientasi asas membantu inovasi melalui organisasi.
ii. Faktor Sumber yang disediakan untuk membantu organisasi, termasuk masa,
wang dan latihan yang disediakan.
iii. Faktor Amalan pengurusan yang merujuk kepada kebebasan dalam
melaksanakan kerja, cabaran dalam kerja, matlamat yang spesifik terhadap
keperluan inovasi dan menggunakan kumpulan kerja dengan kepelbagaian
kemahiran dan perspektif.
Amabile et. al (1996), menunjukkan persekitaran kerja berkait secara signifikan terhadap
kreativiti kerja yang mereka lakukan dan secara tidak langsung mempengaruhi
penghasilan inovasi. Hasil kajian tersebut mendapati, lima dimensi persekitaran kerja
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kelakuan kreatif di dalam organisasi,
165
iaitu cabaran, galakan organisasi, sokongan dari kumpulan kerja, galakan dari penyeliaan
dan halangan dari organisasi.
Pembelajaran membantu meningkatkan kapasiti kreativiti seseorang. Kreativiti bersyarat
kepada implimentasi terhadap pembelajaran organisasi. (Morgan,1993). Kepakaran
adalah asas kepada semua tugasan kreatif. Ia telah dilihat sebagai satu jalan kognitif
yang membantu dalam menyelesaikan masalah atau menjalankan tugas. (Newell dan
Simon,1972)
Metodologi Kajian
Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian kes ini. Bagi mendapatkan data yang
tepat, penyelidik telah menjalankan pemerhatian beserta (participant observation) selama
dua bulan di organisasi berkenaan dan menjalankan temubual mendalam (in-depth
interview) bersama sembilan orang informan. Ini turut dibantu dengan data pra temubual
yang dijalankan sebelumnya oleh penyelia kajian di samping analisis-analisis bahan
bertulis seperti nota lapangan yang dicatatkan semasa pemerhatian, brosur organisasi,
dokumen biodata pekerja, borang kehadiran pekerja dan laman web organisasi. Informan
untuk temubual dipilih berdasarkan kaedah persampelan ‘snowball’. Menurut kaedah ini,
selepas informan ditemubual beliau akan mencadangkan informan seterusnya.
Data didapati dari temubual yang ditranskrip sendiri oleh penyelidik ke dalam bentuk
verbatim. Bagi memperolehi tema-tema yang diperlukan untuk menjawab persoalan
kajian, data dianalisis menggunakan teknik analisis perbandingan `constant comparative’.
Proses analisis yang berselang seli dengan pengumpulan data ini membolehkan
penyelidik menyedari corak-corak dan maklumat-maklumat lain yang membentuk hasil
kajian ini. Tema yang berulang-ulang dalam data dijadikan kategori. Sepanjang proses
pengumpulan dan analisis data, tema-tema tersebut dimodifikasi bagi membolehkan ia
mewakili sepenuhnya apa yang didapati dari informan. Proses pengumpulan dan analisis
data ini dilakukan sehingga mencapai tahap ketepuan.
Penemuan Kajian
Bahagian ini membentangkan penemuan utama kajian ini. Sebahagian dari petikan
temubual digunakan untuk menyokong penemuan dan perbincangan hasil kajian. Secara
umumnya penemuan kajian dilihat menurut persoalan kajian.
Kajian mendapati `situasi tidak formal’ dalam waktu bekerja dan masa yang fleksibel
merupakan budaya organisasi di Maltrex Sendirian Berhad. `Tidak formal’ boleh dilihat
dari berbagai segi sama ada pengurusan mahupun semasa bekerja. Ini dilihat dari segi
kelakuan, cara berpakaian, cara berinteraksi antara ahli-ahli organisasi, pertalian di antara
ketua dan pekerja, kerjasama antara individu mahupun secara berkumpulan dan kaedah
penyelesaian masalah. Menurut Nazri, salah seorang ketua unit Maltrex,
“Di Maltrex takda formality. Basically because kita buat R & D. R & D ni tak
banyak formality. Cuma on administrative matter kita buat formal lah. Other
than that saya rasa takda masalah.”
166
Situasi `Tidak formal’ ini turut diperakui oleh Mas, informan yang hampir empat
tahun berkhidmat dengan Maltrex, “persekitaran kerja relaxed, sebab antaranya pakaian
tidak formal sangat, informal, kasual, relaxed environment, kira boss fight for that.”
Menurut Nazri, ketidakformalan ini bermula pada tahun 1999.
“Maltrex actually dulu kita formal juga. Pakai tie semua, tetapi starting last year
1999 kita start jadi informal. Saya ingat masa project ASN Malaysia tu. Masa
itu, project was given dalam masa dua bulan so kerja siang malam. Masa itu
dah start dah kerja all hours. So dia secara automatik, dia jadi informal after
that because dia macam tukar culture kerja instead of 9 to 5 bila kita dah buat
projek tu, stay sampai pukul 12. Besok pagi datang lambat so automatik macam
dia change working culture”.
Ini ditambah dengan masa yang fleksibel di mana pekerja dibenarkan menguruskan masa
mereka sendiri. Menurut Badrul, “dekat sini memang bebas nak makan apa semua, nak
keluar masuk sini, tak ada restriction. Di sini flexible hour , the thing is because kita
treat them as a matured person” . Beliau menambah lagi,
“Of all things is because kita treat them as a matured person so dia takda
pressure, so sometimes kalau ada kongkongan dari apa semua itu, dari situ
sometimes diaorang asyik risau mengenai benda tu aja kan. Tu yang jadi
masalahkan sedangkan masalah lain yang buat masalah sebenarnya. Masalah yang
dia orang hadapi tu masalah lain tapi kita rasa ini masalah kerja so sekarang kita
rasa kita release diaorang dari masalah. Kata orang tekanan kerja formality dia,
so that biar dia more relaxed dalam kerja.”
Menurut COO sendiri, “we are removed from the main corporate body. Environment we
can modify. Flexible. Lantaklah you nak mai pukul berapa. As long as you put in 8
hours.”
Ini ditambah dengan kepimpinan yang prihatin dengan teknologi semasa kebajikan
pekerja. Menurut Badrul, “macam COO tu, kita memang tau dia memang up- to-date.
You boleh tengok kat e mail dia, dia memang wide coverage. Dia tahu pasal
management, dia tahu pasal technology”.
Amalan serta aktiviti di dalam dan di luar organisasi seperti jamuan dan bersukan turut
diadakan bagi mempereratkan lagi hubungan antara pekerja.
“We try to have once in a week that we like to call ‘hump day’. Macam camel
back. Kita orang buat every Wednesday so tengah-tengah minggu tu, we go for
lunch tapi that is for my group only. So kita orang try to go anywhere and eat.
The idea is about apa yang nak share-share benda yang outside benda daripada
kerjalah. It’s time to relax”
Persekitaran organisasi membantu mengeluarkan inovasi iaitu dari segi sumber dan
persekitaran organisasi itu sendiri. Tiga jenis sumber yang telah dikategorikan ialah
sumber maklumat, sumber latihan dan sumber material. Menurut Onn, seorang yang
167
bertanggungjawab dalam bidang pemasaran Maltrex, mengatakan bahawa seminar
merupakan satu sumber utama maklumat kepada Maltrex. “We try to attend as many
microsoft seminar, dia ada banyak seminar. That is our first source”. Bagi
mengemaskinikan kemahiran teknologi, pekerja biasanya dihantar menjalani latihan.
Menurut Nazri, “biasanya kalau nak upgradekan skill staf kita biasanya hantar mereka
untuk menjalani latihan. Di mana pekerja akan menjalani latihan tersebut mengikut
giliran dan specialisation masing-masing.”
Selain itu, Maltrex juga membiayai pembelian buku-buku rujukan. Nazri menambah,
“mostly kalau teknologi tu datang kita belilah buku. Syarikat akan support lah. Kat sini
whatever kita buy kita boleh claimkan, dari segi tu takda masalah lah. So staff takda
barrier untuk belajar.”
Dari segi persekitaran organisasi pula terbahagi kepada empat iaitu struktur organisasi
yang mendatar dan penglibatan dalam pelbagai tugasan, penerimaan idea dari semua ahli
organisasi, peluang dalam mempelajari sesuatu yang baru bagi pekerja, ‘empowerment’
dan cara komunikasi antara ahli organisasi. Nazri memberitahu, salah satu kebaikan
struktur yang mendatar mengurang perasaan rendah diri pekerja.
“di sini takdalah masalah sebab sini, macam kita takda macam level, dengan
komunikasi tu takda masalah la, structure dia flat..that means kita nak cakap pun
kita tak takut lah. Kita boleh cakap, kalau takut nak cakap kita boleh send e mail
ke”.
Menurut Firdaus, Maltrex menerima idea dari semua anggota organisasi. Beliau
memberi contoh,
“ok sometimes cara management is open. Either I define atau my subordinate
define. Apa yang dia nak buat, this thing can be commercialised to make sure
that it is in line with our business model. Kalau dia in line, demand is there, it
can be of benefit to the company so we can proceed with the idea”
Maltrex memberi kebebasan untuk menerokai dan mempelajari sesuatu yang baru.
Menurut Intan,
“here bos kita, dia flexible, dia bagi you chance untuk explore yourself. Memang
susah. It is like people throw you in the sea or in the dark, you don’t know which
way to go, you don’t how to go, what you should do, that is where you learn all
those things lah. I mean the bos gives you freedom to do things. You learn a lot
definitely, you learn a lot compared to others yang buat other pengkhususan”
168
Bagi mereka yang mempunyai idea dan kesungguhan, Maltrex turut memberi peluang.
Menurut Azrul,
“environment kat sini ok. Siapa yang ada idea kita boleh, dia bagi chance pada
kita untuk build up the idea. Tapi kena elaborate lebih lah sikitkan. So bagi
chance, macam company lain takda chance.”
Zalian menceritakan dengan adanya komunikasi yang berkesan seperti e-mail dan egroup
dapat mempercepatkan penyelesaian masalah dan mengetahui maklumat penting.
“kita kat office kat sini ada e-group, apa message, berita ke letak dalam e- group semua
orang boleh baca. Sapa ada masalah, nak bagi idea, atau nak beritahu meeting ke
senang. Tiap-tiap hari mesti buka, update dari apa berlaku.”
Kajian mendapati pembelajaran merupakan keperluan untuk mengeluarkan inovasi.
Terdapat tiga cara pembelajaran yang digunakan untuk memperlengkapkan diri dengan
pengetahuan teknologi terkini iaitu pembelajaran kognitif, pembelajaran dari pengalaman
dan pembelajran kolaboratif. Latihan dan pembelajaran arah kendiri merupakan
pembelajaran kognitif, sebagaimana yang diceritakan oleh Zalina tentang latihan yang
diberikan,
“Latihan yang diberi, macam contoh kena pergi latihan ke, memang banyak
membantu terutama macam saya fresh, tak pernah kerja mana-mana lagi.
Dengan latihan banyak juga membantu. Pada saya banyak yang perlu saya
belajar lagi. Tambahan pulak, IT ini selalu berubah. Kalau tak update susah
lah.”
Intan pula mengakui antara pembelajaran arah kendiri yang dilakukan adalah membaca.
Menurut beliau, “inisiatve to learn is to read a lot is also important in IT.”
Pembelajaran dari pengalaman juga dilihat sebagai satu bentuk pembelajaran di mana
pengalaman membantu dalam tugasan yang diberikan. Menurut Badrul, “actually idea
selalunya based on experience kita tau lah apa kita nak buat, propose kan, kalau
setengah kalau kita takda experience, kita tak tahu nak letak apa.”
Sementara pembelajaran kolaboratif, menurut Zalina diperolehi dengan perbincangan
yang diadakan dengan rakan sekerja. Menurut Zalina, “mostly, saya tanya pada senior,
untuk tunjuk ajar tentang satu-satu teknologi tu. Di sini ramai juga yang saya boleh
tanya kerana diaorang ok juga, kira boleh tolong macam saya yang kira baru ni,” ujar
beliau.
Perbincangan
Budaya organisasi
Kajian mendapati bahawa budaya organisasi mempunyai hubungan yang rapat dengan
produktiviti pekerja iaitu dalam mengeluarkan inovasi-inovasi baru bagi organisasi.
169
Penekanan terhadap situasi yang `tidak formal’ dari berbagai segi memberi keselesaan
dari segi cara berpakaian, membantu mempercepatkan sesuatu tindakan diambil untuk
menyelesaikan masalah, penyampaian idea, cadangan atau sebarang komen dari pekerja
kepada ketua ataupun sebaliknya. Ia juga mengurangkan perasaan rendah diri pekerja
dan sekaligus merapatkan jurang antara ketua dan pekerja. Ia juga menarik lebih ramai
anggota untuk bersuara.
Manakala fleksibiliti pula menunjukkan bahawa Maltrex memberi kepercayaan dan
amanah kepada pekerja untuk menjalankan tugas dengan mengandaikan bahawa semua
pekerja adalah mampu untuk mengurus dan menjalankan tugas sendiri tanpa ada
pengawalan yang ketat dari pihak pengurusan. Kepercayaan penuh yang diberikan
memberi andaian bahawa organisasi menganggap semua pekerja sebagai matang dan
amanah terhadap tanggungjawab kepada organisasi.
Nilai yang terdapat di dalam budaya organisasi seperti `tidak formal’ dan fleksibiliti
merupakan nilai penting yang mempunyai kaitan dalam membantu pekerja mengeluarkan
inovasi. Di sebalik dua nilai yang ditonjolkan ini, wujudnya perasaan saling percaya
mempercayai antara anggota organisasi. Kepercayaan yang wujud akan mengurangkan
konflik dan menjadikan persekitaran kerja bertambah selesa.
Keprihatinan COO terhadap pekerja menyebabkan pekerja merasakan diri mereka
dihargai. Penekanan-penekanan yang diberikan terhadap pembelajaran dalam organisasi
sekaligus memberikan andaian kepada pekerja tentang kepentingan pembelajaran di
dalam organisasi.
Amalan bersukan bersama rakan sekerja pada sebelah petang, dapat merehatkan minda
dari bebanan tugas, merapatkan hubungan sesama rakan sekerja serta memupuk semangat
berkumpulan. Jamuan-jamuan kecil yang sering diadakan membantu mengeratkan
keakraban rakan setugas. Memperingati hari lahir pekerja membuatkan pekerja merasa
dihargai dan menunjukkan keprihatinan organisasi terhadap pekerjanya. Aktiviti-aktiviti
ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mewujudkan semangat komuniti di dalam
organisasi.
Organisasi membantu dalam mengeluarkan inovasi
Penyediaan Sumber Terdapat tiga sumber yang diperlukan iaitu dari segi
sumber maklumat, sumber latihan dan sumber material. Sumber maklumat didapati
dengan menghadiri seminar-seminar dan majlis pelancaran produk yang dianjurkan oleh
syarikat lain. Menghadiri seminar membolehkan anggota mengikuti perkembangan dan
mengadaptasikan teknologi terbaru. Manakala menghadiri pelancaran produk, dapat
memberikan pendedahan meluas dari segi potensi-potensi perniagaan. Latihan yang
disediakan memantapkan lagi kemahiran pekerja dan membolehkan penyebaran dan
pertukaran maklumat berlaku. Pembiayaan terhadap bahan rujukan seperti buku-buku,
majalah-majalah dan CD-CD perisian dan penyediaan surau dan ruang makan untuk
kesenangan dan keselesaan merupakan sumber yang berbentuk material.
170
Persekitaran organisasi Struktur organisasi Maltrex yang mendatar mengurangkan
jarak pergaulan antara ahli-ahli organisasi. Ia memendekkan pengaliran arahan dan
komunikasi, mengurangkan jarak kawalan dan kuasa orang tengah, mempercepatkan
proses pembuatan keputusan dan penyampaian maklumat. Penglibatan pekerja yang sama
dalam beberapa projek secara amnya membolehkan pekerja-pekerja meningkatkan
pengetahuan serta mengembangkan kemahiran pekerja melalui pendedahan kepada
berbagai pengalaman.
Penerimaan idea dari semua pihak, membolehkan pekerja merasakan diri mereka turut
dihargai sebagai ahli. Galakan organisasi supaya pekerja mempelopori sebarang input
baru terutama dalam bidang tugasan mereka dapat membantu mempertingkatkan
pengetahuan dan kreativiti. Ini merupakan satu cara membantu untuk membangunkan
organisasi selain mewujudkan perasaan dimiliki oleh organisasi.
Memberi peluang dari segi autonomi dan pengupayaan (empowerment) kepada pekerja
akan meningkatkan keprihatinan kepada perasaan, kemampuan dan kehendak pekerja. Ini
secara tidak langsung mencungkil bakat yang ada.
Selain berkomunikasi secara bersemuka, penggunaan internet seperti e-group dan e-mail
merupakan satu cara untuk berkomunikasi. Ia membolehkan sebarang maklumat didapati
dan diperbaharui dengan cepat dan mudah serta merupakan cara efektif untuk
berkomunikasi. Pertukaran dan penyebaran maklumat kepada sekumpulan pekerja yang
ramai dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Kebanyakan perbincangan atau
pertukaran maklumat yang dijalankan secara tidak formal memberi lebih manfaat kerana
ia mendapat lebih penyertaan. Bagi mengeratkan semangat berkumpulan dalam
organisasi, kem jati diri turut diadakan. Aktiviti ini memberi manfaat kerana ia
merupakan satu cara untuk mengenali rakan sekerja dengan lebih rapat, di samping
mengurangkan tekanan kerja.
Keperluan dalam mengeluarkan inovasi.
Hasil analisis menunjukkan bahawa pembelajaran membantu dalam mempertingkatkan
diri pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan teknologi baru. Terdapat tiga bentuk
pembelajaran yang dijalani iaitu pembelajaran kognitif, pembelajaran dari pengalaman
dan pembelajaran kolaboratif.
Pembelajaran kognitif Pembelajaran formal dan pembelajaran arah kendiri
merupakan dua bentuk pembelajaran kognitif. Menghadiri latihan dan membaca seperti
buku, majalah dan bahan internet menambah dan mengemaskinikan kemahiran serta
pengetahuan terhadap teknologi terbaru untuk diaplikasikan dalam tugasan. Selain itu,
pembelajaran secara praktikal merupakan kaedah yang pantas bagi memahami dan
mempelajari serta mengetahui ciri-ciri dan kelebihan teknologi dengan lebih mendalam.
Kombinasi pemahaman asas dan aplikasi secara praktikal merupakan cara yang terbaik
untuk mendalami sesuatu teknologi. Anggota organisasi juga berpeluang melanjutkan
pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Peluang ini merupakan pilihan lain bagi
pembelajaran arah kendiri.
171
Pembelajaran pengalaman Terdapat dua bentuk pembelajaran daripada
pengalaman, iaitu pembelajaran dari pemerhatian dan pengalaman yang dialami.
Pemerhatian terhadap projek-projek dapat memberi penerangan dan sekaligus pekerja
dapat mengetahui bagaimana aliran kerja itu berlaku. Maklumat ini membantu
kefahaman dan memberikan sedikit idea dalam tugasan. Pengalaman sebagai pengguna
memberikan idea-idea dan panduan terhadap ciri-ciri yang diperlukan untuk
memperkemaskan lagi ciri-ciri sesebuah sistem yang dibina. Pengalaman dari projek
lepas dan pengalaman selama bekerja, berguna untuk dijadikan panduan dan idea untuk
projek-projek seterusnya serta digunakan untuk mewujudkan peluang-peluang
perniagaan.
Pembelajaran kolaboratif Pembelajaran kolaboratif adalah pembelajaran yang
didapati dari pertalian dengan orang lain seperti berinteraksi dan berbincang dengan
rakan sejawat. Perbincangan didapati mempercepatkan proses pembelajaran seseorang
selain memastikan pekerja tidak ketinggalan dan sentiasa mendapat maklumat semasa
dan terkini.
Kesimpulan
Tiga kesimpulan dapat dibuat dari kajian kes ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa:
i. Budaya organisasi terkini membantu dalam mengeluarkan inovasi.
ii. Sumber dan persekitaran kerja merupakan antara faktor yang terlibat dalam
membantu mengeluarkan inovasi.
iii. Pembelajaran merupakan keperluan dalam mengeluarkan inovasi.
Rujukan
Abdullah, A. (1996). Going Glocal. Cultural Dimensions In Malaysian Management. Kuala Lumpur :
Institut Pengurusan Malaysia.
Ahmed, K. A. (1998). Culture and Climate for Innovation. European Journal of Innovation Management.
(1); 30-43. MCB University Press.
Amabile, T.M. (1988). A model of creativity and innovation in organization. Research in Organizational
Behavior. Vol 10. Greenwich, CT: JAI Press.
Amabile, T.M., Conti, R., Coon, H., Lazenby, J., and Herron, M.(1996) Assessing the work environment
for creativity. Academy of Management Journal, 39; 1154-1184.
Ayob, A.(2000, 8 Ogos). Malaysia perlu tingkat daya saing, kecekapan. Buletin Ekonomi. Berita Harian.
8 Ogos.
Buckler, S. A.(1997). The spiritual nature of innovation. Research-Technology Management, March-April;
43-47.
Cumming, B. S.(1998) Innovation overview and future challenges. European Journal of Innovation
Management. Vol. 1 (1); 21-29.
Gundry, L. (1994). Promoting innovation through social control. Academy of Management Journal. Vol. 33
(1); 105-115.
Levy, S. N. (1998). Managing High Technology and Innovation. New-Jersey: Prentice Hall.
Kotter, J. P., and Heskett, J.L. (1992). Corporate culture and performance. New York: The Free Press.
Morgan, G. (1993). Imaginazation: the art of creative management. London:Sage.
Negroponte, N. (1995). Being Digital.US: Vintage.
Newell, A. and Simon, H., (1972). Human problem solving. US: Prentice Hall.
Riggs, H.E. (1983). Managing High-Tech Companies. Belmont, CA: Wadworth.
Sathe, V. (1985). Culture and related corporate realities. New York: Homewood.
172
Schein, E. H. (1999). The Corporate Culture Survival Guide. San Francisco: Jossey-Bass.
Schein, E. H. (1985). Organizational Culture and Leadership. A Dynamic View. San Francisco: Jossey-
Bass.

kajian ...apa itu, objektif dan lain2




Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!

PENGENALAN KEPADA KAJIAN

1. Konsep Kajian
Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang kajian. Kajian bukanlah sekadar melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, kajian boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik. Jadual 1 menunjukkan perbezaan ini.

Jadual 1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik
_____________________________________________________________________________
Bukan Saintifik Saintifik

Pendekatan am: Intuitif Empirikal

Pemerhatian: Tidak terkawal Sistematik, terkawal

Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased, objektif

Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaan Definisi yang jelas,
operational specificity

Instrumen: Kurang tepat, imprecise Tepat, precise

Pengukuran: Tiada keesahan atau Ada keesahan dan kebolehpercayaan kebolehpercayaan

Hipotesis: Tidak dapat diuji (Untestable) Boleh diuji (Testable)

Sikap (Attitude): Uncritical, accepting Critical, skeptical
Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology. N.Y.: McGraw-Hill, pp 7.

Oleh sebab itu, kajian boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, kajian menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru.

Dalam konteks pendidikan pula, kajian boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk memperoleh pengetahuan baru. Kajian pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru.

2 Perkembangan Kajian Pendidikan
Kajian pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja.

Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam kajian. Dalam tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet.

Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik dalam kajian pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat “Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek kajian pendidikan.

Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi kajian pendidikan berlaku dengan pesatnya antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta yang membekalkan alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian (multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian.
Usaha-usaha untuk menilai semula kajian pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuran kajian pendidikan dibina melalui pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk kajian untuk menghasilkan maklumat kajian yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap kajian pendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam kajian pendidikan bagi menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik.

3 Ciri-ciri Kajian
Kajian sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.

3.1 Langkah-langkah logikal
• Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.
• Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.
• Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah.
• Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
• Membuat kesimpulan dan generalisasi.

3.2 Kajian perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.
• Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum.
Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.
• Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus
“Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar”



4 Jenis-Jenis Kajian
Terdapat pelbagai cara melaksanakan kajian berdasarkan tujuan atau matlamat dan kaedah yang hendak digunakan untuk melaksanakannya. Berikut adalah antara jenis-jenis kajian yang biasa digunakan oleh pengkaji:

4.1 Kajian Tinjauan (Survey research)
Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan.

Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas.

4.2 Kajian Kes
Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi kajian komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988). Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan “bagaimana” atau ` “mengapa” tentang sesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994)

Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh Whyte, 1943) dan, Kajian Kes Penerangan (cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971). Salah satu daripada jenis tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.
Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus. Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai.

Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua, data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu. Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

4.3 Kajian Reka bentuk Eksperimen
Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri “treatment” yang berbeza (rujuk Rajah 1). “Treatment” merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan (manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin.

Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak ciri untuk dipadankan secara seimbang.

Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment). Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara mengawal pembolehubah kawalan dengan teknik ini dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables). Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.

Kumpulan 1 Treatment 1

Agihan
Secara Perbandingan rawak

Kumpulan 2 Treatment 2

Rajah 1 Reka-bentuk Eksperimen

4.4 Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)
Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya, dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara statistikal (statistical control).

Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam "natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment (rujuk Rajah 2). Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan. Cuma “treatment” ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

Kumpulan 1 Pretest Treatment 1 Posttest
Covariate Perbandingan

Kumpulan 2 Pretest Treatment 2 Posttest
Rajah 2: Reka-bentuk Kuasi- eksperimen

4.5 Kajian Ex-pos Facto (After the fact)
Kajian ex-post facto berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:
“Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable”.
Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

4.6 Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan (Kemmis, 1988;42)

Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988: 9)

Kajian tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, kajian tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip khusus.

Kajian tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik tentang masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara lingkaran berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, kajian tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses kajian tindakan, penyelidik bertindak sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh.

Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga dipentingkan. Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Kajian tindakan juga hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil kajian tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah kajian dijalankan, perubahan kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama kajian tindakan.

Kajian tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan yang menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan, pelbagai aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan bahan, penerapan kemahiran berfikir umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah pelaksanaan. Di samping itu, kajian juga sesuai sekiranya masa yang boleh diperuntukkan untuk kajian agak terbatas. Oleh sebab kajian bertumpu kepada suatu aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. Kajian memerlukan peruntukan kewangan. Sebagai suatu kajian yang khusus tentang suatu skop yang lebih kecil, kajian tindakan dapat berperanan apabila peruntukan kewangan untuk kajian adalah terhad. Di samping itu, kajian tindakan juga sesuai apabila usaha kolaboratif di kalangan guru diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina kolaborasi antara guru.

Kajian tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya, kajian tindakan juga bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri refleksi amalan kendiri ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama bagi menggalakkan kajian dengan guru dan, bukannya ke atas guru.

5 “Tuntutan Ilmu” dalam Kajian
Bila membuat kajian, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji. Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan kajian. Dapatan ini merupakan satu “claim” atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itu benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claim tersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam kajian, iaitu keesahan dan kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian.

Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat:

• Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity’.
• Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity’.

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect’. Dengan demikian sebelum kita membuat “claim” pastikan data yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi) dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna claim itu harus dipercayai.

Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan “claim” yang dibuat.

Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.

6 Tujuan Kajian
Menurut Borg &Gall (1989), kajian mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), kajian dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, tujuan membuat kajian adalah berasaskan sebab-sebab berikut.

a. Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction).
i. Kajian dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

b. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)
i. Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

c. Memberi penjelasan (explanation)
i. Kajian dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

d. Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)
i. Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
ii. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers.

e. Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)
i. Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul.

7 Pendekatan Kajian Pendidikan
Dalam dunia kajian pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepada dua tradisi kajian, iaitu kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Kajian kuantitatif adalah kajian di mana data yang dikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam kajian kualitatif, datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-dua bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan saintifik dan berdasarkan pada data empirikal.

Strategi pemilihan tradisi kajian tersebut bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian. Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan kepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh dijalankan menggunakan kedua-dua tradisi kajian tersebut.

Kajian kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai angkubah tersebut ialah persekitaran/ latar belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika dilihat dari sudut kajian kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan.

Kajian kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian (hipotesis) dengan menggunakan angkubah-angkubah tertentu manakala kajian kualitatif merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya kajian kualitatif tidak bermula dengan pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah.

7.1 Pemilihan Pendekatan Kajian
Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan kajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang digunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan kajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yang berkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut.

a Kajian Kuantitatif
i Menguji teori
ii Melihat hubungkait angkubah
iii Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab”
iv Membuat ramalan

b Kajian Kualitatif
i Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya
ii Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
iii Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih
iv Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam
v Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

7.2 Perbezaan ciri-ciri kajian kuantitatif dan kajian kualitatif
Jadual 2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

Jadual 2 Perbezaan Ciri-ciri Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF
Istilah yang berkaitan dengan pendekatan • Eksperimental
• ‘Hard data’
• Perspektif luaran
• Empirikal
• Positivist
• Fakta sosial
• Statistik
• ‘Etic’ • Etnografi
• Kerja lapangan
• ‘Soft data’
• ‘Symbolic Interaction’
• Perspektif dalaman
• ‘Naturalistic’
• Ethnomethodologi
• Diskriptif
• Pemerhatian turut serta
• ‘Phenomenological’
• Dokumentari
• Riwayat hidup
• Kajian kes
• Ekologikal
• ‘Emic’
Konsep utama • Pemboleh ubah
• Mengoperasi Definisi
• Kebolehpercayaan
• Hipotesis
• Kesahan
• Kesignifikanan statistik
• Replikasi
• ramalan • Makna
• Pemahaman sejagat
• Definisi situasi
• Kehidupan harian
• Pemahaman
• Proses
• Rundingan
• bertujuan praktikal
• pembinaan sosial
• ‘Grounded Theory’
Gabungan teori • Structural functionalisim
• Realism, Positivism
• Behavioralisme
• ‘Logical Empiricm’
• ‘Systems Theory’ • ‘Symbolic Interaction’
• ‘Ethnomethodology’
• ‘Phenomenology’
• Budaya
• Idealisme
Gabungan Akademik • Psikologi
• Ekonomi
• Sosiologi
• Sains politik • Sosiologi
• Sejarah
• Anthropologi
Matlamat • Menguji teori
• Memperjelaskan fakta
• Perihalan statistik
• Hubungan antara pemboleh ubah
• Ramalan • Membina konsep
• Memerihal realiti pelbagai
• ‘Grounded Theory’
• Meningkatkan pemahaman
Reka bentuk • Berstruktur
• Ditentukan lebih awal
• Formal
• Spesifik
• Prosedur kajian yang terperinci • Terbuka kepada perubahan
• Fleksibel
• Umum
• Membuat tekaan terhadap cara kajian
Penulisan cadangan kajian • Panjang lebar
• Terperinci dan jelas fokusnya
• Prosedur spesifik dan terperinci
• Tinjauan bahan kajian yang mendalam
• Ditulis sebelum data dipungut
• Menyatakan hipotesis • Ringkas
• Spekulatif
• Mencadangkan bidang kajian yang hendak dikaji
• Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data
• Tinjauan bahan kajian tidak mendalam
• Pernyataan pendekatan yang umum
Data • Kuantitatif
• Koding boleh dikira
• Kiraan dan ukuran
• Pembolehubah yang boleh didefinisikan
• Statistik • Diskriptif
• Dokumen peribadi
• Nota kerja lapangan
• Gambar
• Pendapat perseorangan
• Dokumen rasmi
• Bahan-bahan artifak
Sampelan • Besar
• Berstrata
• Kumpulan kawalan
• Tepat
• Pemilihan secara rawak
• Mengawal pengganggu pembolehubah • Kecil
• Tidak mewakili populasi
• Persampelan teoritikal
Teknik / kaedah • Eksperimen
• Tinjauan
• Temubual berstruktur
• Kuasi eksperimental
• Pemerhatian berstruktur
• Set data • Permerhatian
• Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak
• Pemerhatian turut serta
• Temubual tidak berstruktur
Hubungan dengan responden • Jangka pendek
• Hubungan tidak akrab
• Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden
• Empati
• Menekankan unsur kepercayaan
• Kesamarataan
• Hubungan mesra
• Responden sebagai rakan
• Mengutamakan keobjektifan
Alat Kajian • Inventori
• Soal selidik
• Indeks
• Komputer
• Skala
• Skor ujian • Alat perakam suara
• ‘Transciber’
• Penyelidik bertindak sebagai alat kajian
Analisis data • Deduktif
• Dilaksanakan selepas pungutan data
• Statistikal • Berterusan
• Model, tema dan konsep
• Induktif
• Analisis bersifat induktif
• ‘Constant Comparative method’
Permasalahan dalam menggunakan pendekatan • Mengawal pemboleh ubah yang lain
• Terlalu rigid
• Kesahan • Mengambil masa panjang
• Kesukaran menyaring data
• Kebolehpercayaan
• Prosedur tidak rigid
• Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya

(Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52)

8 Proses Kajian
Tanpa mengira apakah kaedah kajian yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam aktiviti kajian yang agak sama. Secara amnya sesuatu kajian melibatkan 5 langkah asas seperti dalam Jadual 3:

Proses Asas
Proses Catatan
Mengenal pasti focus/
isu/masalah
Pernyataan masalah kajian
Persoalan kajian /hipotesis
Definisi istilah
Tinjauan literatur
Kerangka konsep kajian
Bacaan awal dan tinjauan awal yang luas perlu dilakukan untuk memahami isu /focus/masalah yang ingin dikaji atau difahami. Perbincangan dan pemikiran perlu fokus, khusus dan perinci atau didefinisikan sendiri
Pembinaan kerangka konsep menentukan skop kajian dan akan memudahkan perbincangan kelak.

Merancang strategi kajian Metodologi kajian
-rekabentuk kajian
-persampelan
-instrumentasi
-prosedur kajian
-kaedah analisis data

(Langkah 1 & 2 terkandung dalam kertas cadangan kajian) Komponen perancangan adalah standard dan boleh berubah mengikut jenis kajian atau rekabentuk yang dibina.
Rekabentuk kajian harus berpotensi menjawab semua persoalan dan hipotesis kajian dengan menyakinkan.


Melaksanakan strategi Melaksanakan kerja lapang mengikut rancangan sambil mengumpul data
Prosedur kajian mungkin perlu diubahsuai mengikut reality dan keadaan kerja lapang
Pengumpulan data harus mengikut prosedur yang tepat dan sah

Mengumpul dan Analisis data Data dikumpul, disusun dan dianalisis mengikut kaedah analisis yang sesuai
Pengumpulan dan penyusunan sebaik-baiknya setelah dikumpul semasa kerja lapang. Data dianalisis mengikut kaedah yang dikenal pasti.
Membuat intepretasi.

Membuat kesimpulan / generalisasi
(Mereflek) Membuat taksiran dan kesimpulan
Menjawab soalan kajian
Membincangkan implikasi dapatan kajian
Mencadangkan tindakan atau kajian lanjutan
Kesimpulan harus berdasarkan dapatan kajian sahaja

Rajah 3 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan proses kajian secara keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan komponen-komponen yang biasanya terdapat dalam cadangan kajian (proposal) atau laporan kajian. Urutan ini juga merupakan langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu kajian. Anak panah yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalam amalan biasa, proses kajian tidak semestinya mengikut urutan yang tetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan mengambil kira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasa merancang sesuatu kajian.























Rajah 3: Proses Kajian

Rujukan
Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. 1980. Rethinkng Case Study: Notes from the Second Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular. Norwich, U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia.

Borg, W. R. & Gall, M. D. 1989. Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York & London: Longman

Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An Introduction to Theory and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon

Kemmis, S. (1988). Action research. Dalam Keeves, J.P.,ed., Educational research, Methodology and measurement, (m.s. 42-49). Oxford: Pergamon Press.

McNiff. J. (1994). Action research: principles and practices. London: Routledge.

Stake, R. E. 1994. Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247.

Yin, R. 1994. Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage.

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...