buy now

Monday, February 13, 2012

sukatan baru f6 baasa melayu

Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!
SUKATAN PELAJARAN 910 BAHASA MELAYU Matlamat Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk (a) melahirkan pelajar yang dapat berbahasa Melayu dengan cekap dan berupaya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; (b) menghasilkan lulusan bahasa Melayu yang berdaya saing dan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja; (c) mengukuhkan rasa sayang akan bahasa Melayu dan berbangga menggunakannya. Objektif Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar (a) memahami sejarah, kekeluargaan, dan perkembangan bahasa Melayu; (b) menguasai dan menggunakan sistem bahasa Melayu dengan betul; (c) memahami, menginterpretasi, dan mengulas kandungan bahan bacaan tentang pelbagai bidang; (d) memahami wacana, retorik, variasi, dan laras bahasa dengan betul, dan dapat menggunakannya dengan berkesan; (e) memahami, memilih, dan menggunakan kosa kata mengikut konteks, dan dengan gaya yang sesuai; (f) mengungkapkan fikiran dengan menggunakan bahasa yang betul, baik, dan berkesan, sama ada secara lisan atau tulisan; (g) mengembangkan sesuatu idea secara tersusun, padat, dan meyakinkan, sama ada secara lisan atau tulisan; (h) mengenal pasti kesalahan bahasa, menjelaskan sebab kesalahan, dan membetulkannya; (i) menguasai kemahiran insaniah (seperti kerja secara berkumpulan, kepemimpinan, keupayaan menyelesaikan masalah, keterampilan berkomunikasi, dan lain-lain) dalam konteks penggunaan bahasa.
2
Penggal Pertama
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
1. Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
25
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan asal usul bahasa Melayu; (b) menerangkan konsep Melayu; (c) mengelompokkan bahasa mengikut rumpun, keluarga, atau subkeluarga; (d) menjelaskan hipotesis tentang tempat asal bahasa Melayu.
1.1 Asal Usul Bahasa Melayu
5
1.1.1 Konsep Melayu (a) Definisi awal istilah Melayu (b) Definisi dari segi etimologi (c) Definisi berdasarkan bangsa
1.1.2 Salasilah bahasa Melayu 1.1.3 Hipotesis tentang tempat asal bahasa Melayu (a) Kawasan Asia Tengah (b) Kawasan Nusantara
Huraian salasilah bahasa Melayu dalam rumpun Austronesia menggunakan skema perkembangan bahasa Melayu daripada filum Austris kepada bahasa Melayu moden.
1.2 Bahasa Melayu Kuno
3
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep bahasa Melayu kuno; (b) mengenal pasti ciri bahasa Melayu kuno; (c) menyatakan bahan bukti penggunaan bahasa Melayu kuno.
1.2.1 Konsep bahasa Melayu kuno
1.2.2 Ciri bahasa Melayu kuno dari aspek (a) sistem tulisan dan ejaan (b) kosa kata
1.2.3 Bahan bukti: batu bersurat/prasasti
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Karang Brahi, Kota Kapur, Talang Tuwo, dan Gandasuli
3
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
1.3 Bahasa Melayu Klasik
3
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep bahasa Melayu klasik; (b) mengenal pasti ciri bahasa Melayu klasik; (c) memerihalkan perkembangan aksara Jawi; (d) menyatakan bahan bukti tentang penggunaan bahasa Melayu klasik; (e) menjelaskan fungsi bahasa Melayu klasik.
1.3.1 Konsep bahasa Melayu klasik
1.3.2 Ciri bahasa Melayu klasik dari aspek
(a) sistem tulisan dan ejaan
(b) kosa kata
(c) tatabahasa
1.3.3 Perkembangan aksara Jawi
1.3.4 Bahan bukti
(a) Batu bersurat
Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minye Tujoh, dan Sungai Teresat, Kampung Buloh, Kuala Berang.
(b) Batu nisan
Batu nisan Malik al-Salleh
(c) Hukum Kanun
Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang
(d) Surat awal
Surat Sultan Abu Hayat I dan II (Ternate)
(e) Naskhah sastera klasik
Sejarah Melayu Misa Melayu Hikayat Hang Tuah
1.3.5 Fungsi bahasa Melayu klasik sebagai
(a) lingua Franca
(b) bahasa pentadbiran
(c) bahasa ilmu (agama)
(d) bahasa undang- undang
(e) bahasa persuratan
4
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
1.4 Bahasa Melayu Moden
11
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep bahasa Melayu moden; (b) mengenal pasti ciri bahasa Melayu moden; (c) menjelaskan perancangan taraf dan fungsi bahasa Melayu; (d) menjelaskan perancangan korpus bahasa Melayu; (e) menyatakan peranan institusi dan sumbangan tokoh dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu; (f) menjelaskan fungsi bahasa Melayu berdasarkan perlembagaan dan akta; (g) menjelaskan perkembangan sistem ejaan Rumi; (h) membandingkan ciri bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu moden, dan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden.
1.4.1 Konsep bahasa Melayu moden
1.4.2 Tahap perkembangan bahasa Melayu moden
(a) Bahasa Melayu moden pramerdeka
(i) Sumbangan tokoh asing
Tokoh asing: R. O. Winstedt R. J. Wilkinson O.T. Dussek W. Marsden
(ii) Sumbangan tokoh tempatan
Tokoh tempatan: Raja Ali Haji Abdullah Munsyi Mejar Mohd Said Sulaiman Za’ba Asmah Haji Omar Nik Safiah Karim Hasan Ahmad
(iii) Sumbangan pertubuhan dan institusi
Contoh pertubuhan dan institusi: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College (SITC) Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ASAS 50 Pakatan Belajar Mengajar Bahasa Melayu Jawi Peranakan
(b) Bahasa Melayu moden pascamerdeka
(i) Akta-akta yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu
(i) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (ii) Akta DBP 1959 (Pindaan 1995)
5
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
(iii) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (iv) Akta Hasutan 1970 (v) Akta Pendidikan 1996
(ii) Penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Penekanan kepada peranan DBP sebagai badan perancangan bahasa
(iii) Perancangan bahasa Melayu
Perancangan taraf
bahasa kebangsaan
bahasa rasmi
bahasa pengantar
Perancangan korpus
Sistem Ejaan Wilkinson Ejaan Fajar Asia Ejaan Za’ba Ejaan Malindo Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Baharu
sejarah perkembangan sistem ejaan Rumi
penggubalan dan penyelarasan istilah
pembakuan sebutan
penyusunan kamus
pembakuan tatabahasa
6
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
Fungsi bahasa Melayu moden
bahasa ilmu
bahasa komunikasi
bahasa perpaduan
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
Sumbangan institusi lain
SITC Universiti Malaya PENA Institut Bahasa Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Persatuan Pelajar- pelajar Maktab Perguruan Bahasa (PPMPB) Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK)
1.5 Unsur Asing dalam Bahasa Melayu
3
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti unsur asing/pinjaman dan bahasa sumbernya; (b) mengkategorikan kosa kata asing mengikut bidang; (c) menyenaraikan unsur pinjaman, iaitu konsonan, imbuhan, dan kosa kata; (d) menjelaskan sebab peminjaman unsur bahasa asing.
1.5.1 Latar belakang peminjaman unsur bahasa asing
1.5.2 Bahasa sumber
Contoh bahasa daerah Indonesia: bahasa Jawa bahasa Sunda bahasa Banjar bahasa Minangkabau
(a) bahasa Sanskrit
(b) bahasa Arab
(c) bahasa Parsi
(d) bahasa-bahasa daerah Indonesia
(e) bahasa Cina
(f) bahasa Tamil
(g) bahasa Portugis
(h) bahasa Belanda
(i) bahasa Inggeris
7
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
2 Bidang Fonologi
35
2.1 Definisi Fonetik dan Fonemik 2.1.1 Konsep bunyi 2.1.2 Konsep fonem 2.1.3 Konsep alofon 2.1.4 Konsep huruf 2.1.5 Konsep suku kata
7
Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan definisi bidang fonetik dan fonemik; (b) menjelaskan dan membezakan konsep bunyi, fonem, huruf, dan suku kata; (c) menentukan fonem dan alofon. Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan definisi vokal, konsonan, dan diftong; (b) mengkategorikan bunyi bahasa mengikut cara penghasilan dan daerah artikulasi; (c) menghuraikan cara bunyi bahasa dihasilkan; (d) membezakan bunyi konsonan asli dengan konsonan pinjaman; (e) mengenal pasti jenis-jenis diftong, cara penghasilannya, dan perbezaannya dengan vokal rangkap artikulasi sertaan; (f) melukis dan melabelkan rajah alat pertuturan; (g) mengenal pasti lambang fonetik dan mentranskripsikan perkataan dengan menggunakan lambang fonetik;
2.2 Penggolongan dan penghasilan bunyi bahasa
16
2.2.1 Vokal 2.2.2 Konsonan asli dan konsonan pinjaman 2.2.3 Diftong
8
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
(h) melukis rajah alat pertuturan mengikut cara pengeluaran bunyi-bunyi bahasa; (i) menilai ketepatan penggunaan lambang fonetik dalam mentranskripsikan bunyi bahasa.
2.3 Struktur suku kata bahasa Melayu
Calon seharusnya dapat:
2.3.1 Struktur suku kata asli
(a) mengenal pasti struktur suku kata bahasa Melayu; (b) membezakan struktur suku kata asli dan suku kata pinjaman dalam bahasa Melayu.
2.3.2 Struktur suku kata pinjaman
2.4 Sistem ejaan bahasa Melayu
9
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep keselarasan vokal; (b) mengenal pasti pola keselarasan vokal dan kekecualiannya; (c) mengeja perkataan yang pelbagai bentuk dengan betul; (d) membezakan pengejaan “di” dan “ke” sama ada sebagai imbuhan atau sebagai kata sendi nama.
2.4.1 Pola keselarasan vokal
2.4.2 Pengejaan
(a) kata pinjaman
(b) kata berimbuhan
(c) kata majmuk
(d) kata ganda
(e) klitik
Klitik: ku mu kau nya
(f) frasa sendi nama dengan kata sendi “di” dan “ke”
Contoh: di sana di samping ke rumah ke atas diambil dimakan ketua keluar
9
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
2.5 Tanda baca
3
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti jenis-jenis tanda baca; (b) menggunakan tanda baca dengan betul.
3 Pembacaan Kritis dan Analitis
24
Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan maksud perkataan, frasa, ayat, atau perenggan yang terdapat dalam teks; (b) mengenal pasti idea dan mesej penulis; (c) membezakan fakta dengan pendapat penulis; (d) menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan; (e) membuat inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan; (f) memberikan pandangan, ulasan, atau kritikan terhadap kandungan teks; (g) menggunakan bahasa yang baik dan berkesan.
Teks prosa: 300350 patah perkataan
10
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
4 Penulisan Esei Tidak Berformat Bidang tajuk esei ekonomi pendidikan sukan dan rekreasi bahasa/seni/budaya/sastera sains dan teknologi kemanusiaan dan kemasyarakatan
36
Calon seharusnya dapat:
Bentuk tugasan soalan esei bincangkan huraikan jelaskan berikan ulasan/ pandangan/ pendapat berikan cadangan berikan penilaian bahaskan sejauh manakah
(a) mengembangkan isi secara tersusun, padat, dan meyakinkan supaya terhasil sebuah wacana yang utuh; (b) menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan; (c) memberikan pandangan, ulasan, atau kritikan tentang sesuatu tajuk; (d) menghasilkan esei yang isinya menepati tajuk dengan menggunakan bahasa yang baik dan berkesan.
Esei individu: 600-650 patah perkataan
11
Penggal Kedua
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
1 Morfologi
24
1.1 Definisi Bidang Morfologi
2
Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan definisi bidang morfologi; (b) menjelaskan konsep morfem, alomorf, morfofonem, dan kata.
1.1.1 Konsep morfem
1.1.2 Jenis morfem
(a) morfem bebas
(b) morfem terikat
Contoh morfem terikat: Kata akar Imbuhan
1.1.3 Konsep alomorf
1.1.4 Konsep morfofonem
1.1.5 Konsep kata
1.2 Bentuk kata
2
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti dan mengkategorikan kata mengikut bentuknya; (b) menganalisis bentuk kata; (c) membezakan jenis kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk.
1.2.1 Kata tunggal
Contoh: Kata nama tunggal Kata kerja tunggal Kata adjektif tunggal
1.2.2 Kata terbitan
1.2.3 Kata majmuk
1.2.4 Kata ganda
1.3 Golongan kata
8
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti golongan kata; (b) mengkategorikan kata mengikut golongan dan jenisnya; (c) menggunakan kata daripada pelbagai golongan dengan betul mengikut konteks.
1.3.1 Kata nama
(a) am
(b) khas
(c) ganti nama
1.3.2 Kata kerja
(a) transitif
(b) tak transitif
12
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
1.3.3 Kata adjektif
(a) sifatan atau keadaan
(b) warna
(c) ukuran
(d) bentuk
(e) waktu
(f) jarak
(g) cara
(h) perasaan
(i) pancaindera
1.3.4 Kata tugas
(a) kata penyambung ayat
(b) kata praklausa
(c) kata prafrasa dan pascafrasa
(d) kata pascakata
1.4 Proses pembentukan kata
12
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti jenis, fungsi, dan makna imbuhan dan gandaan; (b) mengenal pasti jenis kata majmuk; (c) menganalisis binaan kata; (d) membina perkataan berdasarkan proses morfologi yang betul; (e) mengenal pasti akronim dan jenisnya; (f) menggunakan unsur-unsur morfologi dengan betul; (g) menilai ketepatan penggunaan sesuatu unsur morfologi.
1.4.1 Pengimbuhan
(a) jenis imbuhan
(i) imbuhan kata nama
(ii) imbuhan kata kerja
(iii) imbuhan kata adjektif
(b) fungsi dan makna imbuhan
1.4.2 Pemajmukan
(a) jenis kata majmuk
(i) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas
(ii) kata majmuk daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah
13
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
(iii) kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa
1.4.3 Penggandaan
(a) jenis penggandaan
(i) penggandaan penuh
(ii) penggandaan separa
(iii) penggandaan berentak
(b) Fungsi dan makna penggandaan
1.5.4 Pengakroniman
(a) jenis akronim
(i) cantuman huruf awal
(ii) cantuman suku kata awal
(iii) cantuman huruf dan suku kata
(iv) cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
2 Sintaksis
38
2.1 Definisi bidang sintaksis
4
Calon seharusnya dapat:
Frasa endosentrik dan frasa eksosentrik
2.1.1 Konsep ayat 2.1.2 Konsep klausa 2.1.3 Konsep frasa 2.1.4 Konsep subjek dan predikat
(a) menyatakan definisi bidang sintaksis; (b) menjelaskan konsep ayat, klausa, dan frasa; (c) menjelaskan konsep subjek dan predikat.
14
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
2.2 Jenis dan binaan frasa
4
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti jenis frasa; (b) mengenal pasti rumus frasa dan unsur yang membina frasa; (c) membina frasa berdasarkan rumus dengan betul.
2.2.1 Frasa nama
2.2.2 Frasa kerja
2.2.3 Frasa adjektif
2.2.4 Frasa sendi nama
2.3 Jenis dan binaan klausa
2
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti jenis klausa; (b) mengenal pasti unsur-unsur yang membina klausa; (c) membina klausa berdasarkan rumus yang betul.
2.3.1 Klausa bebas
2.3.2 Klausa tak bebas
2.4 Pola ayat dasar
2
Calon seharusnya dapat:
2.4.1 FN + FN
(a) mengenal pasti ciri- ciri ayat dasar dan rumusnya; (b) membezakan ayat dasar dengan ayat tunggal; (c) membina ayat dasar berdasarkan pola tertentu; (d) menganalisis binaan ayat dasar.
FN: Frasa nama FK: Frasa kerja FA: Frasa adjektif FS: Frasa sendi nama
2.4.2 FN + FK
2.4.3 FN + FA
2.4.4 FN + FS
15
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
2.5 Susunan konstituen ayat
4
Calon seharusnya dapat:
2.5.1 Susunan biasa
(a) mengenal pasti susunan konstituen ayat; (b) menukarkan ayat susunan biasa kepada susunan songsang atau sebaliknya; (c) menganalisis binaan ayat.
2.5.2 Susunan songsang
(a) pendepanan seluruh predikat (b) pendepanan sebahagian predikat
2.6 Ragam ayat
4
Calon seharusnya dapat:
2.6.1 Ayat aktif
(a) mengenal pasti ayat aktif dan ayat pasif; (b) menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya; (c) membezakan jenis ayat aktif transitif dengan ayat aktif tak transitif; (d) mengkategorikan jenis ayat aktif tak transitif; (e) membezakan jenis dan binaan ayat pasif; (f) membina ayat aktif dan pasif dengan betul.
(a) ayat aktif transitif
(b) ayat aktif tak transitif
2.6.2 Ayat pasif
(a) Jenis ayat pasif
(i) ayat pasif dengan kata kerja berimbuhan pasif
(ii) ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan orang kedua
(iii) ayat pasif dengan perkataan “kena”
2.7 Jenis ayat
4
Calon seharusnya dapat:
Penjenisan ayat ini berdasarkan intonasi dan tujuan.
2.7.1 Ayat penyata
(a) mengenal pasti dan membezakan ayat mengikut jenis; (b) membina pelbagai jenis ayat dengan betul.
2.7.2 Ayat tanya
2.7.3 Ayat perintah
2.7.4 Ayat seruan
16
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
2.8 Bentuk ayat
8
Calon seharusnya dapat:
2.8.1 Ayat tunggal
(a) mengenal pasti dan membezakan bentuk ayat; (b) menganalisis bentuk dan binaan ayat; (c) mengenal pasti pelbagai bentuk ayat majmuk; (d) membina pelbagai bentuk ayat dengan betul.
2.8.2 Ayat majmuk
(a) ayat majmuk gabungan
(b) ayat majmuk pancangan
(i) ayat pancangan relatif
(ii) ayat pancangan komplemen
(iii) ayat pancangan keterangan
(c) ayat majmuk campuran
2.9 Proses penerbitan ayat
6
Calon seharusnya dapat:
2.9.1 Konsep ayat terbitan
(a) menjelaskan konsep ayat terbitan; (b) mengenal pasti proses penerbitan ayat; (c) menganalisis ayat terbitan; (d) menganalisis dan membina ayat berdasarkan rajah pohon; (e) membina ayat terbitan mengikut proses yang betul.
2.9.2 Proses penerbitan ayat
(a) pengguguran
(b) penyusunan semula (c) peluasan
17
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
3 Analisis Kesalahan Bahasa
18
Calon seharusnya dapat:
Kesalahan bahasa meliputi:
(a) mengenal pasti kesalahan bahasa; (b) menjelaskan sebab kesalahan bahasa; (c) membetulkan kesalahan bahasa.
Ejaan
Tanda baca
Diksi
Morfologi
Sintaksis
Penanda wacana
4 Penulisan Esei Berformat
40
Calon seharusnya dapat:
Dinilai dalam Penilaian Berasaskan Sekolah Esei individu Panjang esei berformat: 600 hingga 650 patah perkataan Panjang surat kiriman rasmi: tidak kurang daripada 250 patah perkataan Markah: 25 Wajaran: 10%
Bentuk format:
(a) menulis esei mengikut bentuk format yang dikehendaki; (b) mengembangkan isi secara tersusun, padat, dan meyakinkan supaya terhasil sebuah wacana yang utuh; (c) menghasilkan esei yang isinya menepati tajuk dengan menggunakan bahasa yang lancar dan berkesan.
Laporan
Syarahan/Ceramah/Teks ucapan
Memorandum
Minit mesyuarat
Kertas cadangan Surat kiriman rasmi
18
Penggal Ketiga
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
1 Wacana
12
1.1 Konsep wacana
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep wacana.
1.2 Ciri wacana
3
Calon seharusnya dapat:
1.2.1 Kohesi
(a) menjelaskan ciri wacana; (b) mengenal pasti kohesi dan koheren dalam teks; (c) menggunakan kohesi dan koheren dalam penulisan.
1.2.2 Koheren
1.3 Jenis penanda wacana
8
Calon seharusnya dapat:
1.3.1 Penanda penghubung
(a) mengkategorikan penanda wacana mengikut jenis; (b) menggunakan penanda wacana dalam konteks yang betul; (c) menganalisis sesebuah wacana; (d) menghasilkan wacana yang utuh.
1.3.2 Penanda rujukan
1.3.3 Penanda penggantian
1.3.4 Penanda leksikal
1.3.5 Penanda elipsis/ pengguguran
2 Retorik
12
2.1 Konsep retorik
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep retorik.
2.2 Jenis retorik dan cirinya
5
Calon seharusnya dapat:
2.2.1 Pemerian
(a) mengenal pasti dan membezakan jenis retorik dan ciri-cirinya; (b) menghasilkan retorik mengikut jenisnya.
2.2.2 Pemujukan
2.2.3 Penceritaan
19
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
2.2.4 Pendedahan
2.2.5 Penghujahan
2.3 Teknik penyampaian idea
6
Calon seharusnya dapat:
2.3.1 Deduksi
(a) mengesan teknik penyampaian idea dalam teks; (b) menyampaikan idea berdasarkan teknik yang sesuai.
2.3.2 Induksi
2.3.3 Analogi
2.3.4 Eklektik
3 Variasi bahasa
16
3.1 Konsep variasi bahasa
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep variasi bahasa.
3.2 Jenis variasi bahasa dan cirinya
15
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti dan membezakan jenis variasi bahasa dan cirinya; (b) mengemukakan contoh variasi bahasa yang betul.
Istilah yang berkaitan yang perlu diajarkan: Isoglos Diaglosia Subdialek Dwibahasa Multibahasa
3.2.1 Dialek
3.2.2 Idiolek
3.2.3 Pijin
3.2.4 Kreol
3.2.5 Slanga
3.2.6 Bahasa formal
3.2.7 Bahasa tak formal
3.2.8 Bahasa halus
3.2.9 Bahasa kasar
3.2.10 Bahasa istana/dalam
3.2.11 Bahasa basahan
3.2.12 Bahasa baku
3.2.13 Bahasa mesra
3.2.14 Bahasa pasar
20
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
4 Laras bahasa
8
4.1 Konsep laras bahasa
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep laras bahasa.
4.2 Jenis dan ciri laras
7
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan ciri laras bahasa; (b) mengenal pasti dan membezakan jenis laras bahasa dan cirinya berdasarkan teks; (c) mengemukakan contoh laras yang betul; (d) merumuskan jenis laras berdasarkan cirinya; (e) menghasilkan pelbagai laras.
Tumpuan diberikan pada laras bahasa yang berikut: Laras sains Laras ekonomi Laras undang- undang Laras agama Laras sukan Laras sastera Laras resipi Laras iklan (termasuk penggunaan bahasa pada papan tanda)
5 Semantik
12
5.1 Konsep semantik
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep semantik.
5.2 Makna denotatif dan makna konotatif
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan maksud dan memberikan contoh “makna denotatif” dan “makna konotatif”.
5.3 Konsep, perkataan, dan rujukan
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan pengertian makna/konsep, perkataan, dan rujukan.
21
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
5.4 Perkaitan makna perkataan dari segi leksikal
7
Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti dan membezakan perkaitan makna perkataan dari segi leksikal; (b) memberikan contoh yang betul bagi kata yang mempunyai pertalian leksikal; (c) membina ayat yang betul dengan menggunakan perkataan yang mempunyai pertalian leksikal; (d) merumuskan jenis-jenis perkaitan makna dari segi leksikal.
(a) sinonim
(b) antonim
(c) hiponim
(d) homonim
(e) polisemi (f) mironim
Homonim meliputi homograf dan homofon.
5.5 Perubahan makna
2
Calon seharusnya dapat:
5.5.1 Peluasan makna
(a) menjelaskan maksud perubahan makna; (b) memberikan contoh perkataan yang mengalami perubahan makna.
Contoh: Saudara Abang
5.5.2 Penyempitan makna
Contoh: Madrasah Pondok Khalwat Tuan Cik
22
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
6 Pragmatik
20
6.1 Konsep pragmatik
1
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep pragmatik.
6.2 Bahasa dalam konteks budaya
12
Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan makna peribahasa; (b) mengenal pasti dan membezakan ragam bahasa; (c) mengemukakan contoh peribahasa dan ragam bahasa yang betul; (d) menentukan atau memadankan sesuatu peribahasa dengan situasi yang sesuai; (e) menggunakan sesuatu peribahasa atau ragam bahasa dalam konteks yang sesuai.
6.2.1 Peribahasa
Peribahasa: Perumpamaan Pepatah/bidalan Kiasan Kata hikmat Simpulan bahasa Perbilangan
6.2.2 Ragam bahasa
Ragam bahasa: bahasa sindiran bahasa menggiat bahasa mengejek bahasa terbalik bahasa merajuk bahasa tempelak bahasa herdik bahasa besar/melampau bahasa kecil/merendah bahasa naik bahasa turun pertanyaan ingkar bahasa seruan atau keluhan bahasa berulang bahasa bertimbal bahasa bukan bahasa jenaka
23
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
6.3 Kesantunan berbahasa
7
Calon seharusnya dapat:
6.3.1 Konsep kesantunan berbahasa
(a) menjelaskan konsep kesantunan berbahasa dan cirinya; (b) mengenal pasti dan membezakan bentuk sapaan dan gelaran mengikut konteks dan situasi; (c) mengemukakan contoh dan menggunakan ungkapan bertatasusila, kata ganti nama diri, dan kata sapaan dengan betul; (d) merumuskan jenis-jenis ungkapan bertatasusila, kata ganti nama diri, dan kata sapaan; (e) bertutur dengan menggunakan intonasi dan gaya (bahasa badan) yang sesuai.
6.3.2 Ciri kesantunan berbahasa dalam konteks lisan dan tulisan
(a) Penggunaan ungkapan bertatasusila
Penggunaan bahasa halus Contoh: Terima kasih Sila masuk Jemput duduk
(b) Penggunaan kata ganti nama diri mengikut konteks dan situasi
Jenis-jenis gelaran kekeluargaan keturunan anugerah ikhtisas
(c) Penggunaan bentuk sapaan, gelaran, dan rujukan kehormat mengikut situasi
(d) Penggunaan intonasi dan gaya (bahasa badan) yang sesuai
24
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
Catatan
7 Penulisan Ilmiah
40
Calon seharusnya dapat:
Dinilai secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Penulisan esei ilmiah (hasil penyelidikan)
(a) menulis esei ilmiah mengikut format yang betul; (b) mengembangkan isi secara tersusun, padat, dan meyakinkan supaya terhasil sebuah wacana yang utuh; (c) menghasilkan esei yang isinya menepati tajuk dengan menggunakan bahasa yang lancar dan berkesan; (d) membentangkan esei secara berkumpulan dengan menggunakan intonasi dan bahasa badan yang sesuai.
Panjang esei ilmiah: 2000-2500 patah perkataan
Waktu pengajaran: 24
Waktu pembentangan: 16 Esei berkumpulan Wajaran esei ilmiah: 60% penulisan 40% pembentangan
25
Kerja Kursus 1 Pengenalan Dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Bahasa Melayu yang baharu, komponen pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) diterapkan kepada calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu. Melalui PBS, calon dikehendaki menyediakan dua kerja kursus, iaitu kerja kursus pada penggal kedua dan kerja kursus pada penggal ketiga. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus sepanjang pengajian tingkatan enam ialah 25%. Markah bagi komponen kerja kursus ini dijumlahkan dengan markah peperiksaan yang dikendalikan oleh MPM dalam setiap penggal bagi menentukan gred mata pelajaran dan Purata Nilai Gred Keseluruhan.
Pada penggal kedua, calon dikehendaki mengarang esei berformat manakala pada penggal ketiga, calon dikehendaki menghasilkan penulisan ilmiah. Panduan dan arahan tugasan akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. 2 Objektif Tujuan kerja kursus ini diadakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon dalam (a) memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu (b) menerapkan dan mengaplikasi domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini (c) menerapkan kesedaran calon bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal (d) mengaplikasi pembelajaran dengan kaedah, teknik, dan strategi yang ilmiah seperti dengan memperoleh ilmu melalui sumber kajian, pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber, dan menyampaikan dapatan dan maklumat dalam bentuk komunikasi yang teratur, jelas, dan sahih. 3 Kerja kursus Penggal Kedua – Penulisan Esei Berformat 1 Pelajar dikehendaki menyediakan esei berformat secara individu. 2 Guru hendaklah menyediakan tajuk soalan esei berformat kepada pelajar. 3 Pelajar dikehendaki menulis sekurang-kurangnya tujuh esei, iaitu satu esei bagi setiap format. Ketujuh-tujuh esei tersebut hendaklah disemak dan markah purata akan dihantar kepada MPM. 4 Pelajar dikehendaki menulis esei berformat dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu.
26
4 Kerja kursus Penggal Ketiga – Penulisan Esei Ilmiah
1 Esei ilmiah dihasilkan secara berkumpulan dan dibentangkan oleh setiap ahli kumpulan mengikut bahagian masing-masing. Guru mentaksir pembentangan esei tersebut secara individu.
2 Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama lima minit. Lima minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan.
3 Bagi calon persendirian individu, esei ilmiah dihasilkan dan dibentangkan secara individu. 4 Dalam sesi soal jawab, satu soalan daripada guru dan dua soalan daripada pelajar hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. 5 Calon digalakkan untuk menggunakan alat bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting pembentangan. 6 Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian. 7 Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa membuat pembentangan. 8 Markah penuh pembentangan sebanyak 50 markah diberikan untuk aspek kerelevanan, kelancaran, keterampilan, kebahasaan, dan penggunaan alat bantu. Wajarannya ialah 40%. Pemberian markah kepada setiap individu adalah berdasarkan prestasi pembentangannya. 9 Markah penuh penulisan esei sebanyak 50 markah diberikan untuk tajuk kajian, senarai kandungan, penghargaan, pendahuluan, objektif kajian, kaedah kajian, dapatan kajian, rumusan kajian, lampiran, dan bibliografi/rujukan. Wajarannya ialah 60%. Setiap ahli kumpulan diberikan markah yang sama bagi penulisan esei yang dihasilkan.
27
Skim Pentaksiran Skim Pentaksiran bagi mata pelajaran ini terbahagi kepada lima kertas, iaitu Kertas 910/1, Kertas 910/2, Kertas 910/3, Kertas 910/4, dan Kertas 910/5. Semua calon sama ada dari sekolah kerajaan, sekolah swasta, atau calon persendirian individu dikehendaki mengambil kelima-lima kertas ini. Pentaksiran bagi mata pelajaran ini diadakan dalam tiga penggal, iaitu pada Penggal Pertama, Penggal Kedua, dan Penggal Ketiga. Pentaksiran dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu pentaksiran berpusat yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan pentaksiran berasaskan sekolah. Kerja kursus bagi calon sekolah kerajaan akan ditaksir mengikut kaedah PBS oleh guru di sekolah masing-masing, manakala kerja kursus bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu akan ditaksir oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Penggal Pertama Kertas 910/1 Pentaksiran Berpusat (2 jam) Kertas pentaksiran untuk penggal ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengandungi 20 soalan aneka pilihan yang merangkumi tajuk Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu, serta Fonetik dan Fonologi. (20 markah) Bahagian B mengandungi satu petikan yang menguji kemahiran calon dari segi pembacaan kritis dan analitis. (30 markah) Bahagian C mengandungi soalan esei tidak berformat. Calon dikehendaki menulis esei berdasarkan salah satu daripada tiga tajuk yang dikemukakan. Panjang esei antara 600 hingga 650 patah perkataan. (50 markah) Penggal Kedua Kertas 910/2 Pentaksiran Berpusat (1½ jam) Kertas pentaksiran untuk penggal ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 30 soalan aneka pilihan yang merangkumi tajuk Morfologi dan Sintaksis. (30 markah) Bahagian B mengandungi soalan berstruktur dan soalan jawapan pendek yang merangkumi tajuk Morfologi dan Sintaksis dan Analisis Kesalahan Bahasa. (30 markah) Kertas 910/4 - Pentaksiran Berasaskan Sekolah Calon dikehendaki menulis esei berformat berdasarkan tajuk yang ditetapkan. Panjang esei antara 600 hingga 650 patah perkataan. (25 markah) Penggal Ketiga Kertas 910/3 Pentaksiran Berpusat (1½ jam) Kertas pentaksiran untuk penggal ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 20 soalan aneka pilihan yang merangkumi tajuk Wacana, Retorik, Variasi Bahasa, Laras Bahasa, Semantik, dan Pragmatik. (20 markah) Bahagian B mengandungi soalan berstruktur dan soalan jawapan pendek yang merangkumi tajuk pada Bahagian A. (40 markah)
28
Kertas 910/5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Calon dikehendaki menulis esei ilmiah secara berkumpulan (bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah swasta) dan secara individu (bagi calon pensendirian individu) berdasarkan tajuk yang ditetapkan. Panjang esei adalah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan. (50 markah)
29
Skim Pentaksiran
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Pertama
910/1 Bahasa Melayu 1
Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan aneka pilihan 20 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: Soalan berstruktur Jawab semua soalan Bahagian C: Soalan esei tidak berformat Jawab 1 soalan daripada 3 soalan
100 (35%) 20 30 50
2 jam
Pentaksiran berpusat
Penggal Kedua
910/2 Bahasa Melayu 2
Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan aneka pilihan 30 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: Soalan berstruktur Jawab semua soalan
60 (20%) 30 30
1½ jam
Pentaksiran berpusat
910/4 Bahasa Melayu
Kerja Kursus Esei berformat Calon dikehendaki menulis sekurang-kurangnya tujuh esei, iaitu satu esei bagi setiap format.
25 (8%) 25
Sepanjang penggal kedua
Pentaksiran berasaskan sekolah bagi calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu.
Pentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu.
30
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Ketiga
910/3 Bahasa Melayu 3
Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan aneka pilihan 20 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: Soalan berstruktur Jawab semua soalan
60 (20%) 20 40
1½ jam
Pentaksiran berpusat
910/5 Bahasa Melayu 5
Kerja Kursus Kerja Projek − Penulisan ilmiah Pilih satu tema daripada dua tema yang diberikan dan hasilkan satu penulisan ilmiah daripadanya Tugasan sama ada daripada tajuk dalam penggal pertama, penggal kedua, atau penggal ketiga
50 (17%) 50
Sepanjang penggal ketiga
Pentaksiran berasaskan sekolah bagi calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu.
Pentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu.
31
Pemerihalan Prestasi Gred A Calon mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa Melayu, sistem bahasa Melayu, serta aspek sosial dan budaya bahasa Melayu. Calon dapat menguasai dan mengamalkan kesemua kemahiran berbahasa dengan baik dan berkesan. Calon peka akan kesalahan bahasa dan berupaya untuk membetulkannya. Calon mampu berfikir secara kreatif, kritis, dan analitis, seterusnya berupaya untuk mengungkapkan idea yang bernas dengan berkesan. Calon memperlihatkan kemahiran insaniah yang tinggi dalam penggunaan bahasa Melayu. Calon mampu menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dalam pelbagai laras mengikut format yang betul dan dengan wacana yang utuh. Gred C Calon mempunyai pengetahuan yang umum tentang sejarah dan perkembangan bahasa Melayu, sistem bahasa Melayu, aspek sosial, dan budaya bahasa Melayu. Calon dapat menguasai dan mengamalkan sebahagian daripada kemahiran berbahasa dengan baik. Calon peka akan kesalahan bahasa dan dapat membetulkan sebahagian daripadanya. Calon masih dapat berfikir secara kreatif, kritis, dan analitis, dan berupaya untuk mengungkapkan idea dengan baik. Calon memperlihatkan kemahiran insaniah yang sederhana dalam penggunaan bahasa Melayu. Calon dapat menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dalam pelbagai laras mengikut format yang betul dalam wacananya.
32
Senarai Rujukan 1. Abdul Razak Ab Karim, 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 2. Ahmad Khair Mohd Nor, 2008. Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. Amat Johari Moin, 1996. Perancangan Bahasa: Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 5. Asmah Hj Omar, 2007. Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Nik Safiah Karim, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Noriah Mohamed, 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Penerbit USM, Pulau Pinang. 8. Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Dinamika Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. 9. Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur. 10. Za’ba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
33
KERTAS SOALAN CONTOH Nombor kad pengenalan: ................................... Nombor pusat/angka giliran: ............................. 910/1 STPM BAHASA MELAYU KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Untuk kegunaan pemeriksa
Bahagian A
20 soalan
Bahagian B
Soalan 1−3
Bahagian C
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Jumlah
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 910/1
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B dan satu soalan dalam Bahagian C.
Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan bulatkan pada jawapan anda pada kertas soalan ini.
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C pada helaian jawapan. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.
Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
34
Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Yang manakah padanan yang betul bagi cabang bahasa dengan contoh bahasa dalam rumpun Austronesia?
Cabang bahasa
Contoh bahasa
A
Melanesia
Hawaii, Tonga, dan Maori
B
Nusantara
Tagalog, Irian, dan Aceh
C
Mikronesia
Kepulauan Marianna, Marshall, dan Carolina
D
Polinesia
Kepulauan Fiji, New Caledonia, dan Gilbert
2 Menggunakan huruf India Menggunakan bahasa Melayu kuno Batu bersurat pertama yang menunjukkan bahasa Melayu telah menerima pengaruh Islam
Pernyataan di atas merujuk kepada batu bersurat di A Gandasuli B Minye Tujoh C Pagar Ruyung D Sungai Teresat 3 Yang manakah pernyataan yang tidak benar tentang bahasa Melayu klasik? A Tidak wujud pendepanan predikat dalam binaan ayat B Banyak menggunakan partikel dalam ayat C Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan D Penggunaan kata pangkal ayat meluas
4
Sebermula adapun Raja Kecik lepaslah ia ke Riau maka waktu hendak lalu maka berjumpalah ia dengan perahu Bugis Pendewakan tiga buah.
Ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan di atas ialah I pengguguran objek II penggunaan ayat songsang III penggunaan kata pangkal ayat IV penggunaan ayat tunggal yang panjang A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 910/1
35
5 Pejabat Karang Mengarang telah mencapai beberapa kejayaan dalam usaha untuk memajukan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah I menggubal istilah II menerbitkan buku bacaan sekolah III menterjemah karya sastera dari Barat IV menuntut agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6 Yang manakah aktiviti yang tergolong dalam perancangan korpus bahasa? A Menggubal istilah dalam pelbagai bidang ilmu B Memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu C Merancang penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran D Mensyaratkan kelulusan bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
7
“… penyerapan variasi bahasa dari segi daerah dan sosial melalui penyediaan tatabahasa, kamus, panduan ejaan, dan sebagainya…”
Pernyataan di atas merujuk kepada konsep A penilaian B pemupukan C pengekodan D pemasyarakatan bahasa 8 Yang manakah perkataan yang boleh menerima akhiran daripada bahasa Sanskrit? A Cara B Pulau C Lazim D Karya 9 Yang manakah kumpulan bunyi yang kesemuanya tergolong dalam bunyi geseran? A [l, r, š] B [f, s, z] C [h, t, k] D [v, z, g] 910/1
36
10 Yang manakah kumpulan bunyi yang kesemua penghasilannya melibatkan dua bibir? A [m, b, p] B [p, k, g] C [w, l, r] D [b,v,z] 11 Bunyi [l] ialah bunyi A sisian B letupan C getaran D geseran 12 Ejaan bagi perkataan manakah yang tidak mematuhi sistem keselarasan vokal bahasa Melayu? I Tulen II Sorong III Gelung IV Lakonan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13 Yang manakah perkataan yang mengandungi suku kata pinjaman yang strukturnya KKVK? A Muflis B Kastam C Canggih D Komplot 14 Yang manakah perkataan yang menggunakan tanda sempang dengan betul? I Ke-empat II Rahmat-Mu III Ko-kurikulum IV Pukul-memukul A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 910/1
37
15 Hujung lidah diangkat ke gusi. Udara dari paru-paru keluar melalui sempitan dalam rongga mulut. Pita suara tidak bergetar.
Huraian di atas menerangkan cara penghasilan bunyi A [f] B [s] C [h] D [š]
16 Berdasarkan rajah di atas, yang manakah kedudukan vokal belakang sempit? A I B II C III D IV 17 Alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi [p] ditandai oleh A I, II, V B I, II, III C III, IV, V D IV, V, VI 910/1
I
II
III
IV
38
18 Yang manakah perkataan yang mengandungi diftong? I Kait II Balai III Cairan IV Hairan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 19 Yang manakah pasangan minimal yang dapat menentukan status fonem letupan dua bibir bersuara dan letupan dua bibir tak bersuara? A [abu] [alu] B [balu] [palu] C [pətaŋ] [pədaŋ] D [karam] [garam] 20 Yang manakah transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan “terutamanya”? A [terutamaŋa]
B [tərutamaɲa] C [tərutamanya]
D [terutamaɲa] 910/1
39
Bahagian B [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.
Kini, kita menyaksikan bahawa dunia terus dibelenggu oleh pelbagai polemik. Antaranya ialah krisis kenaikan harga minyak, krisis kenaikan harga barangan, dan krisis kekurangan bekalan makanan. Kita seharusnya sedar bahawa setiap sesuatu yang berlaku ini merupakan petanda bahawa dunia semakin hampir ke penghujung jalan. Pada hakikatnya, sesuatu kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian dan kealpaan kita dalam hal mengurus alam dengan bijaksana. Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan gas rumah hijau peringkat global dicabuli, malah ada yang enggan untuk menandatanganinya atas kepentingan ekonomi. Akibatnya, bumi menjadi semakin panas dan penderitaan penduduk bumi, terutamanya di negara-negara miskin semakin dirasai. Kegilaan negara besar untuk menakluki dunia dengan melepaskan pelbagai jenis bom, menambahkan derita penghuni planet ini. Pembangunan senjata nuklear dan pelbagai senjata baharu bukan dengan tujuan untuk mengamankan dunia, sebaliknya telah menjadikan dunia semakin tidak aman. Di Malaysia, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Tuhan. Kita dilimpahi dengan pelbagai sumber alam yang mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragut puluhan ribu nyawa manusia di negara ini belum pernah lagi berlaku. Belum ada daerah yang musnah seratus peratus akibat dilanda oleh bencana alam. Walaupun krisis makanan berlaku dengan peningkatan harga beras dan tepung, namun keadaan masih terkawal tanpa berlaku apa-apa rusuhan dan huru-hara. Perpaduan dan keharmonian kaum harus dipertahankan, manakala sumber alam perlu dijaga dan diuruskan dengan bijaksana. Amalan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar perlu dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab untuk menjaga persekitaran seharusnya disemai sejak seseorang itu kecil lagi. Penjagaan alam sekitar harus dilakukan umpama menjaga diri sendiri. Janganlah setelah alam ini musnah dan kita mula merasai kesan buruknya, barulah kita mula berusaha untuk menjaganya. Kita perlu sedar bahawa bencana alam tidak mengenal tempat dan masa. Pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, bencana boleh berlaku. Malang akan menimpa kita, sekiranya kita terus leka dan berbalah serta tuduh-menuduh mengenai punca pemusnahan alam sekitar. Sudah tiba masanya untuk kita mengelakkan perbalahan yang boleh mengundang permusuhan, sedangkan dalam masa yang sama alam terus musnah. Kita perlu menghargai nilai-nilai kemanusiaan, di samping menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita.
5 10 15 20 25 30
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 14 Mei 2008) 1 Jelaskan maksud frasa (a) …dunia semakin hampir ke penghujung jalan (baris 4 dan 5) [2] (b) …menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita (baris 34) [2] 2 Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas? [6]
3
“Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan menimpa.” (baris 7 dan 8)
Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20]
910/1
Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus ini.
40
Bahagian C [50 markah] Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah. 1 Salah satu budaya yang semakin kurang diamalkan dalam kehidupan yang serba moden pada hari ini ialah budaya hidup berjiran. Pada pandangan anda, mengapakah hal ini berlaku? Cadangkan langkah-langkah untuk menyuburkan kembali budaya hidup berjiran dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. 2 Sungai merupakan salah satu punca air di Malaysia, tetapi kini wujud pencemaran sungai pada tahap yang agak membimbangkan. Pada pandangan anda, apakah kesan negatif yang mungkin timbul sekiranya masalah tersebut tidak ditangani dengan segera dan apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut? 3 Cetak rompak merupakan suatu kegiatan yang sukar dibanteras walaupun usaha membanterasnya telah dijalankan oleh pihak berkuasa. Bincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan tersebut dan kesan negatif yang timbul daripadanya. 910/1
Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus ini.
41
KERTAS SOALAN CONTOH Nombor kad pengenalan: ................................... Nombor pusat/angka giliran: ............................. 910/2 STPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Untuk kegunaan pemeriksa
Bahagian A
30 soalan
Bahagian B
Soalan 1 − 8
Jumlah
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 910/2
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B.
Ada tiga puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan bulatkan pada jawapan anda pada kertas soalan ini.
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian B pada kertas soalan ini.
Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
42
Bahagian A [30 markah] Jawab semua soalan. 1 Yang manakah kata tunggal? I Jejari II Rujukan III Kelmarin IV Kosmopolitan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2 Yang manakah ayat yang mengandungi kata majmuk kiasan? A Nasi minyak yang dihidangkannya itu sungguh sedap. B Pelajar harus berterima kasih kepada guru yang telah mendidik mereka. C Selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan itu berbulan madu di Langkawi. D Penceramah itu membentangkan kertas kerja dalam seminar yang diadakan semalam. 3 Perkataan berhuruf condong yang manakah yang terdiri daripada kata kerja pasif?
Ramlah terpesona melihat pertunjukan silap mata itu. A Ketika keluar dari tempat itu, bahunya terlanggar oleh B seorang pemuda menyebabkan dia terjatuh. Ramlah C cepat-cepat bangun dan dia tersenyum memandang D pemuda itu.
4 Yang manakah ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan betul? A Awak terima surat itu dari siapa? B Kedai itu disewanya sejak dari dulu lagi. C Kempen itu dijalankan dari rumah ke rumah. D Pada siapakah anak-anak yatim itu akan mengadu nasib? 910/2
43
5 Yang manakah pasangan kata tunggal? A Berdikari, gelisah B Berenang, gelojoh C Berlatih, gelanggang D Berdamping, gerodak 6 Yang manakah perkataan yang mempunyai empat morfem? A Meratapi B Berserabut C Bermuafakat D Menyelerakkan 7 Yang manakah ayat yang menggunakan kata berimbuhan peR-...-an dengan betul? I Tempoh pelucutan senjata antara puak yang bertelagah telah dilanjutkan. II Perceraian antara ibu bapa akan membawa kesan psikologi kepada anak-anak. III Perlaksanaan kaedah techprep dalam pengajaran sains mendapat sokongan semua pihak. IV Kita hendaklah mengenal pasti permasalahan yang wujud dalam melaksanakan program tersebut. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 8 Perkataan yang tergolong dalam kata terbitan ialah I seteru II ekawarna III setinggan IV sasterawan A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 910/2
44
9
Jenis kata tugas
Contohnya
I
Kata penguat
P
sebab, sambil
II
Kata bantu
Q
begitu, nian
III
Kata penghubung ayat
R
memang, pun
IV
Kata penegas
S
masih, ingin
Padanan yang manakah yang betul bagi jenis kata tugas dengan contohnya?
I
II
III
IV
A
R
Q
S
P
B
Q
S
P
R
C
S
R
Q
P
D
Q
R
P
S
10
I
Menunjukkan maksud lokatif
Cahaya lampu gasolin terang biliknya.
II
Melakukan sesuatu perbuatan seperti yang dimaksudkan dalam kata dasar
Guru terang maksud istilah inflasi.
Padanan imbuhan yang manakah yang sesuai diberikan untuk perkataan bergaris dalam ayat I dan II?
I
II
A
meN-...-kan
meN-...-i
B
mempeR-...
meN-...-kan
C
meN-...-i
meN-...-kan
D
meN-...-i
mempeR-...-kan
910/2
45
11 Yang manakah pernyataan yang betul tentang ayat dasar? I Terdiri daripada ayat tanya II Terdiri daripada ayat pasif III Terdiri daripada satu klausa IV Terdiri daripada ayat penyata A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 12 Yang manakah ayat tunggal? A Ramli membaca buku yang baru dibelinya. B Pegawai itu akan datang lagi sekiranya dijemput. C Kebanyakan pelajar sekolah itu berasal dari kawasan luar bandar. D Pak Samad mendapat berita bahawa anaknya telah memenangi peraduan itu. 13 Padanan yang manakah yang betul antara jenis ayat dengan contohnya?
Jenis ayat
Contoh ayat
A
Ayat suruhan
Buka buku pada halaman 30.
B
Ayat silaan
Harap anda dapat berbuka puasa di rumah saya.
C
Ayat permintaan
Dia dijemput merasmikan pelancaran buku itu.
D
Ayat larangan
Guru menegah pelajar membuka kasut di dalam kelas.
14
Pihak akhbar melaporkan bahawa terdapat lebih seratus orang warganegara asing telah diselamatkan dalam tragedi kapal karam itu.
Ayat di atas ialah ayat A majmuk campuran B majmuk gabungan C majmuk keterangan D majmuk pancangan komplemen 15 Yang manakah ayat yang tidak menepati pola FN + FK? A Sungai itu mengalir lesu. B Adik saya tidur sungguh nyenyak. C Warna pakaian persatuan kami hijau muda. D Keluarga seniman itu hidup sangat sederhana. 910/2
46
16 Yang manakah ayat pasif? I Buku adik Fauzi belum lagi berbalut. II Pemburu itu tertembak oleh rakannya. III Badrul terlanggar orang tua itu ketika berbasikal. IV Beberapa orang kanak-kanak berlari di padang bola. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 17 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif sebagai predikat? A Buku itu lebih tebal daripada buku saya. B Bunyi bising tersebut dari kantin sekolah. C Orang kaya itu telah membeli rumah besar di atas bukit. D Soalan yang sukar itu telah dijawab oleh pelajar tingkatan lima. 18 Yang manakah ayat yang mengalami pendepanan predikat? I Ke rumah baharu Akil. II Cantik anak Pak Abu itu. III Adik bongsunya guru matematik. IV Bersukan menjadi kegemarannya. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa sendi nama sebagai predikat? I Saya pun hendak ke pejabat pagi ini. II Ke pasar agaknya, penghuni rumah itu. III Pelajar-pelajar asrama itu sedang bersiar-siar di taman bunga. IV Jawapan daripada peserta, pada fikiran saya, amat munasabah. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 910/2
47

No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...