Monday, February 13, 2012

sukatan kesusasteraan melayu

Klik untuk dapat extra income SEKARANG!! dijamin mudah!
PRAKATA
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2003. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.
Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akan memberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang aspek penghayatan karya; sastera dan pembangunan; kreativiti, pengurusan, dan multimedia. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan calon. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar sukatan pelajaran ini dapat menghasilkan calon prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kerja kursus. Pentaksirannya dibuat secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui Kerja Projek. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kerja kursus, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kerja kursus tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kerja kursus pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh.
Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Profesor Dr. Haron bin Daud. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka, wakil dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan guru-guru yang berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran ini. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya.
OMAR BIN ABU BAKAR
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
3
KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Halaman
Matlamat
1
Objektif
1
Kandungan
Penggal Pertama
2 – 3
Penggal Kedua
4 – 5
Penggal Ketiga
6 – 7
Teks Kajian
8
Kerja Kursus – Kerja Projek
9
Skim Pentaksiran
10 – 11
Pemerihalan Prestasi
12
Senarai Rujukan
13
Kertas Soalan Contoh
Kertas 1
14 – 17
Kertas 2
18 – 19
Kertas 3
20 – 24
Kertas 4
25 – 30
4
1
SUKATAN PELAJARAN
922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Matlamat
Sukatan pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang Kesusasteraan Melayu Komunikatif melalui penghayatan karya, bina insan, dan pembangunan kreativiti berasaskan teks sastera terpilih. Fokus terasnya adalah untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani; kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; patriotisme, kenegaraan, nilai murni, estetik, budi bahasa, ketahanan diri serta keutuhan pendidikan berasaskan teks sastera terpilih di samping menerokai disiplin, mengkomunikasikan ilmu, penulisan kreatif, prinsip pengurusan, dan elemen multimedia dalam sastera.
Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar
(a) mengapresiasi karya kesusasteraan;
(b) mengkaji dan menelusur ilmu kesusasteraan serta penerapan ilmu bantu;
(c) menghuraikan konsep sastera dan pembangunan meliputi pembangunan insan, masyarakat, dan negara berasaskan teks sastera terpilih;
(d) menghasilkan karya kreatif;
(e) menyunting karya kreatif;
(f) menguasai dan menghuraikan prinsip pengurusan dalam organisasi sastera;
(g) mengkaji dan memahami ilmu pengurusan dalam karya; dan
(h) menguasai dan mengaplikasikan elemen multimedia dalam teks sastera terpilih.
Kandungan
Kandungan sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu:
(a) Penghayatan Karya;
(b) Sastera dan Pembangunan;
(c) Kreativiti, Pengurusan, dan Multimedia.
Untuk aspek penghayatan, pembelajaran berfokus kepada analisis teks prosa dan puisi Melayu. Aspek sastera dan pembangunan pula ditelusuri melalui teks karya agung dan novel terpilih. Aspek kreativiti memberi fokus kepada penulisan kreatif, pengurusan, dan multimedia dalam sastera.
Bilangan waktu pembelajaran untuk sukatan pelajaran ini diagihkan berdasarkan tiga penggal persekolahan, iaitu 120 waktu pengajaran bagi setiap penggal.
2
Penggal Pertama
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
PENGHAYATAN KARYA
1
Puisi
1.1
Puisi tradisional
20
1.1.1
Pantun
1.1.2
Syair
1.1.3
Seloka
1.1.4
Gurindam
1.1.5
Talibun
1.1.6
Teromba
1.1.7
Mantera
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi tradisional;
(f) menganalisis karya.
1.2
Puisi moden: Sajak
20
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam puisi moden terpilih;
(b) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(c) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(d) menganalisis karya.
2
Prosa Tradisional
2.1
Epik
10
2.2
Cerita rakyat
10
2.3
Keagamaan
10
2.4
Ketatanegaraan
10
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menjelaskan watak dan perwatakan;
(d) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
3
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
(e) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(f) menghuraikan kandungan karya;
(g) menganalisis karya.
3
Prosa Moden
3.1 Cerpen
35
3.2 Drama
5
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam prosa moden terpilih;
(b) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(c) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(d) menghuraikan kandungan karya;
(e) menganalisis karya.
4
Penggal Kedua
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
SASTERA DAN PEMBANGUNAN
1
Pembangunan Insan
1.1
Keagamaan
10
Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan nilai Islam dan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah.
1.2
Ilmu
10
Calon seharusnya dapat:
(a) menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan.
1.3
Jati Diri
10
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jati diri mulia dalam konteks pembangunan masyarakat.
1.4
Kemanusiaan
10
Calon seharusnya dapat:
(a) menganalisis nilai kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat.
2
Pembangunan Masyarakat
2.1
Pendidikan
12
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat.
2.2
Sosial
20
2.2.1
Budaya
2.2.2
Perpaduan
2.2.3
Mobiliti
2.2.4
Susun lapis masyarakat
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan menghubungkaitkan budaya setempat dalam kehidupan seharian;
(b) mengenal pasti elemen pemantapan perpaduan masyarakat majmuk;
(c) menghuraikan mobiliti sosial dalam pembangunan masyarakat;
(d) menghuraikan susun lapis masyarakat dalam konteks pembangunan.
2.3
Cinta akan Alam Sekitar
8
Calon seharusnya dapat:
(a) menyatakan rasa cinta akan alam sekitar.
5
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
3
Pembangunan Negara
3.1
Politik
20
3.1.1
Kepemimpinan
3.1.2
Nasionalisme
3.1.3
Peraturan dan undang-undang
Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam pembangunan negara;
(b) menghuraikan kepentingan nasionalisme dalam pembangunan negara;
(c) menyatakan sejauh mana pentingnya peraturan dan undang-undang dalam pembangunan negara.
3.2
Ekonomi
20
3.2.1
Pertanian
3.2.2
Usahawan
3.2.3
Perdagangan
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti bidang ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara.
6
Penggal Ketiga
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
KREATIVITI, PENGURUSAN, DAN MULTIMEDIA
1
Penulisan Kreatif
1.1
Puisi tradisional
10
1.2
Sajak
10
1.3
Cerpen
10
Calon seharusnya dapat:
(a) menghasilkan puisi dan cerpen secara berpandu;
(b) menghasilkan puisi dan cerpen berdasarkan kreativiti sendiri.
1.4
Asas penyuntingan
10
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti simbol dan teknik penyuntingan;
(b) menyunting karya.
2
Pengurusan
2.1
Prinsip asas pengurusan
10
2.1.1
Perancangan
2.1.2
Pengorganisasian
2.1.3
Tenaga kerja (Staffing)
2.1.4
Kepimpinan
2.1.5
Kawalan
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan maksud dan konsep asas pengurusan;
(b) menghuraikan prinsip asas pengurusan organisasi.
2.2
Terapan terhadap teks
14
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti unsur pengurusan daripada teks kajian;
(b) menganalisis asas pengurusan dalam organisasi yang wujud dalam teks kajian.
2.3
Organisasi sastera
16
2.3.1
Pengurusan organisasi
2.3.2
Pengurusan projek
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan aspek perancangan kerja dalam organisasi sastera;
(b) menghuraikan aspek pengurusan projek seperti seminar, kursus, pertandingan, dan pementasan.
7
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
3
Multimedia dalam Sastera
3.1
Pengenalan multimedia dalam sastera
4
3.1.1
Konsep
3.1.2
Fungsi
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan konsep, fungsi dan ciri-ciri multimedia dalam sastera;
(b) menghuraikan kelebihan atau kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan.
3.1.3
Ciri-ciri
3.2
Prinsip asas multimedia dalam sastera
8
3.2.1
Teks
3.2.2
Grafik
3.2.3
Audio visual
3.2.4
Animasi
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti prinsip asas multimedia dalam sastera;
(b) menjelaskan maksud tentang teks, grafik, animasi dan audio visual dalam konteks multimedia;
(c) menghuraikan ciri-ciri teks, grafik, animasi dan audio visual yang sesuai digunakan dalam menghasilkan projek multimedia.
3.3
Pembinaan papan cerita
10
3.3.1
Konsep
3.3.2
Fungsi
3.3.3 Format
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan konsep dan fungsi papan cerita;
(b) menyatakan ikon asas dalam pembinaan papan cerita untuk menghasilkan projek multimedia;
(c) menjelaskan panduan penulisan papan cerita dalam aplikasi multimedia;
(d) membina arahan dalam papan cerita berdasarkan prinsip multimedia;
(e) menghasilkan papan cerita yang menerapkan aspek multimedia.
3.4
Aplikasi multimedia dalam sastera
18
3.4.1
Prosa
3.4.2
Puisi
Calon seharusnya dapat:
(a) menyenaraikan langkah untuk menghasilkan projek multimedia;
(b) mengaplikasikan prinsip asas multimedia dalam teks sastera terpilih untuk menghasilkan projek multimedia.
8
Teks Kajian
1. A. Samad Ahmad (Penyelenggara), 2003. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Edisi Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Keris Mas, 2003. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Majlis Peperiksaan Malaysia (Penyelenggara), 2012. Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9
Kerja Kursus – Kerja Projek
1 Pengenalan
Kerja projek ini merupakan antara komponen dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja projek sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk sepanjang penggal kedua dan penggal ketiga. Kerja projek ini tidak diperuntukkan waktu yang khusus kerana dilaksanakan serentak dengan waktu pengajaran. Kerja projek untuk calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan ditaksir menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah manakala kerja projek untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian individu ditaksir oleh pemeriksa yang dilantik. Wajaran markah bagi kerja projek ini adalah sebanyak 20%. Panduan dan arahan tugasan kerja projek akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
2 Objektif
(a) Kerja projek dilaksanakan untuk membolehkan calon

mencari dan mengumpul maklumat;

menjalankan kerja lapangan;

menyuburkan budaya pencarian ilmu pengetahuan;

mengembangkan bakat dan kreativiti;

memantapkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam budaya ilmu;

mempersembahkan maklumat dalam bentuk esei, portfolio atau projek.
(b) Calon akan dinilai berdasarkan keupayaan mereka:

memahami dan menghayati karya sastera;

merealisasi pembangunan insan, pembangunan masyarakat dan pembangunan negara dalam karya sastera;

menghasilkan karya kreatif;

menghasilkan persembahan multimedia berasaskan teks sastera;

memahami asas pengurusan organisasi sastera.
Skim Pentaksiran
Kod dan Nama Kertas, Jenis Ujian, Markah (Wajaran), Masa, dan Pentadbiran Ujian adalah seperti yang berikut:
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Pertama
922/1
Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1
Ujian Bertulis
Bahagian A: Puisi
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
Bahagian B: Prosa Tradisional
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
Bahagian C: Prosa Moden
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
75 (26.67%)
25
25
25
2 jam
Pentaksiran berpusat
Penggal Kedua
922/2
Kesusasteraan Melayu Komunikatif 2
Ujian Bertulis
Bahagian A: Pembangunan Insan
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
Bahagian B: Pembangunan Masyarakat
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
Bahagian C: Pembangunan Negara
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
75 (26.67%)
25
25
25
2 jam
Pentaksiran berpusat
10
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal Ketiga
922/3
Kesusasteraan Melayu Komunikatif 3
Ujian Bertulis
Bahagian A: Penulisan Kreatif
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
Bahagian B: Pengurusan
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
Bahagian C: Multimedia Dalam Sastera
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
75 (26.67%)
25
25
25
2 jam
Pentaksiran berpusat
Pentaksiran
berasaskan
sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan
922/4
Kesusasteraan Melayu Komunikatif 4
Kerja Kursus
(Kerja Projek)
Pilih 1 soalan daripada 3 soalan yang diberikan dan hasilkan satu tugasan daripada soalan yang dipilih.
Tugasan adalah berdasarkan sama ada daripada tajuk Penggal Pertama, Penggal Kedua atau Penggal Ketiga.
60 (20%)
Sepanjang penggal kedua dan ketiga
Pentaksiran
oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu
11
12
Pemerihalan Prestasi
Gred A

Calon menjawab soalan dengan amat tepat dan fakta yang cukup.

Calon memperlihatkan kemahiran kognitif, afektif, dan insaniah yang tinggi.

Calon mengemukakan hujah dengan amat matang.

Calon menjawab dengan gaya bahasa yang amat meyakinkan.

Calon membuat rumusan dengan amat tepat.
Gred C

Calon menjawab soalan dengan tepat tetapi kurang fakta.

Calon memperlihatkan kemahiran kognitif, afektif, dan insaniah yang sederhana.

Calon mengemukakan hujah dengan sederhana matang.

Calon menjawab dengan gaya bahasa yang sederhana.

Calon membuat rumusan yang longgar.
13
Senarai Rujukan
1. Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif. Teori dan Proses. Bentong: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
2. Gaya Dewan, 1995. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Haron Daud, 1989. Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Harun Mat Piah, 1999. Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Harun Mat Piah et al., 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Jais Sahok, 2008. Penulisan Cereka Cerpen. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2005. Multimedia Konsep dan Praktis. Batu Caves: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
8. Juhary Ali dan Ishak Ismail, 2004. Prinsip dan Amalan Pengurusan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Misran Rokimin, 2006. Isu Pendidikan dan Pembangunan Insan Menerusi Novel. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
10. Poon, June M.L., 2006. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14
KERTAS SOALAN CONTOH
922/1 STPM
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 1
(Dua jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, dan C.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
__________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
© Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 922/1
15
Bahagian A: Puisi
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
1 Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri-ciri yang terdapat dalam puisi tersebut. [7]
(b) Bincangkan tiga gambaran masyarakat Melayu sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas. [12]
(c) Terangkan kesan puisi itu kepada diri anda. [6]
2 Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Aku Tak Mahu Lagi
T. Alias Taib
Aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi.
Aku tidak mahu lagi 5
jadi saksi kepada kepalsuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi.
Aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada pembunuhan 10
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang.
Aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan 15
hingga penipu bersiul riang.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Jelaskan tiga gambaran kehidupan manusia yang negatif yang dikemukakan oleh penyair. [9]
(b) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [16]
922/1
16
Bahagian B: Prosa Tradisional
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
3 Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5]
(b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan? [20]
4 Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]
922/1
17
Bahagian C: Prosa Moden
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
5 Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutnya.
“Orang tua memerlukan kasih sayang anak-anaknya. Mendapat tempat tinggal yang wajar yang mereka boleh melanjutkan ibadatnya, bukan tersorok bagai barang yang tidak berguna dalam bilik sempit dengan lampu 15 wat. Sebab kebanyakan orang yang sudah lanjut usia ingin menggunakan sisa-sisa hidup mereka untuk beribadat secara konsisten, mahu menebus ketinggalan pada masa mudanya,” kata Cikgu Baharum dalam suratnya yang agak panjang. “Kasih Sayang itulah yang mereka perlukan. Dan hanya orang tua yang tidak mempunyai anak sahaja yang patut disantuni di rumah kebajikan, tempat mereka boleh mendapat kasih Sayang yang jujur dan ikhlas di samping makan minum yang teratur.” Masya-Allah. Terlalu tinggi falsafahnya, Saya terlalu kagum dan mahu memeluknya jika dia ada bersama-sama waktu itu.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. [4]
(b) Berdasarkan cerpen “Usia Emas”, huraikan tiga falsafah yang dipegang oleh watak Cikgu Baharum sehingga menjadikan watak “saya” terlalu mengaguminya. [9]
(c) Cerpen “Usia Emas” banyak menggunakan teknik imbas kembali dalam menggerakkan plot ceritanya. Huraikan tiga peristiwa yang digambarkan melalui teknik imbas kembali. [12]
6 Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas. [9]
(b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. [16]
922/1
18
KERTAS SOALAN CONTOH
922/2 STPM
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 2
(Dua jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, dan C.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
__________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
© Majlis Peperiksaan Malaysia
STPM 922/2
19
Bahagian A: Pembangunan Insan
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
1 Agama merupakan asas penting dalam pembangunan insan.
(a) Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan watak Maulana Abu Bakar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [10]
(b) Sebagai seorang pembaca Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas? [15]
2 Pengarang Saudagar Besar dari Kuala Lumpur mengungkapkan pembangunan nilai kemanusiaan dalam novelnya.
Bincangkan bagaimana pembangunan nilai kemanusiaan yang diungkapkan itu dapat dilihat secara realiti dalam masyarakat Malaysia hari ini. [25]
Bahagian B: Pembangunan Masyarakat
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
3 Sesebuah masyarakat boleh membangun meskipun anggotanya terdiri daripada pelbagai lapisan asalkan anggota setiap lapisan itu memainkan peranan dengan baik.
Bincangkan penyataan ini berdasarkan susun lapis masyarakat dan peranan anggota setiap lapisannya seperti yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]
4 Bincangkan mobiliti sosial dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, karya Keris Mas. [25]
Bahagian C: Pembangunan Negara
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
5 Pemimpin yang berwawasan berupaya membangunkan negara. Bincangkan penyataan ini dengan mengambil contoh Sultan Mansur Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]
6 Berdasarkan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, karya Keris Mas,
(a) nyatakan tiga bidang ekonomi dan huraikan setiap bidang tersebut yang dititikberatkan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara pada hari ini. [9]
(b) sejauh manakah generasi muda di negara ini memanfaatkan dua daripada bidang ekonomi tersebut dalam kehidupan seharian mereka? [16]
922/2
KERTAS SOALAN CONTOH
922/3 STPM
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 3
(Dua jam)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, dan C.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
__________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
© Majlis Peperiksaan Malaysia
20
S
TPM 922/3
21
Bahagian A: Penulisan Kreatif
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
1 Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
Simbol
Simbol
Aku benar-benar mengharapkan Cikgu Haron ada di majlis ini. Guru itu penting bagi menghadirkan diri, di samping anugerah yang patut di terimanya, ada makna yang tidak dapat ditimbal dengan kehadiran orang lain. Kehadiran-nya tidak juga dapat menganti oleh perkara yang lain atau oleh kehadiran-nya dalam waktu yang lain. Kepentingan itu menyangkut Cikgu Haron sendiri.
Dengar khabarnya Cikgu Haron juga mendapat jemputan ke majlis peringkat Kebangsaan, tetapi aku tidak pasti. Maklumat yang ku terima tidak resmi. Bagi ku, mempecayai maklumat yang tidak rasmi, yang tidak pasti pangkalnya hujung, yang tidak pasti juga benar tidaknya merupakan perbuatan orang yang tak sekolah.
Jangan percaya kepada khabar angin, kata Cikgu Haron sendiri ketika dia mengajar kami empat belas tahun yang lalu.
Namun, biarlah aku menerimakannya sebagai khabar angin sahaja. Di sini, kami dilarang mempercayai berita angin atau maklumat yang tentu belum punca dan betul salahnya. Sememangnya cara aku berfikir sudah dicanai begitu. Selagi aku tidak melihat wajah cikgu Haron, selagi itulah aku tidak percaya akan kedatangannya sebagai jemputan dan bakal menjadi tokuh guru.
Yang penting diriku sendiri. Aku ada sebab yang sangat berharga untuk mengharapkan Cikgu Haron menghadiri majlis ini. Kalau anugerah yang kuterima ini tidak kuberikan kepadanya, sekurangkurangnya aku perlu bergambar bersamanya. Akan adalah kenangan aku bersama-sama Cikgu Haron.
(Dipetik dan diubahsuai daripada cerpen “Anugerah”,
Utusan Borneo, 16 Julai 2007)
Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul. [25]
922/3
2 Sajak ialah kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik. Berdasarkan gambar di bawah, hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme. Panjang sajak hendaklah lebih kurang 30 baris dengan tidak kurang tiga patah perkataan sebaris. [25]
922/3
22
23
Bahagian B: Pengurusan
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
3 Anda sebagai pengarah Projek Majlis Deklamasi Puisi peringkat daerah bertanggungjawab menguruskan majlis tersebut. Huraikan lima langkah pengurusan projek yang perlu anda lakukan.
[25]
4 Encik Muhammad ialah pemimpin sebuah syarikat yang berjaya dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Jika anda pengganti Encik Muhammad, bincangkan lima ciri kepimpinan berkesan yang akan anda laksanakan. [25]
922/3
24
Bahagian C: Multimedia Dalam Sastera
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
5 Multimedia dapat digunakan sebagai medium untuk menyebarkan karya sastera.
(a) Nyatakan empat prinsip asas multimedia interaktif dalam sastera. [4]
(b) Huraikan ciri setiap prinsip asas tersebut untuk menghasilkan persembahan multimedia interaktif yang menarik. [12]
(c) Jelaskan tiga peranan prinsip asas untuk menghasilkan persembahan multimedia interaktif yang berkesan. [9]
6 Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya
Di Titian Kemerdekaan
Dharmawijaya
Telah datang angin kemerdekaan
melambai tanah air berlagu sentosa
telah gemilang sumpah kerelaan
membelai bangsa sepanjang usia.
Setiap menjelang kemerdekaan ini 5
bergemalah di hati anak peribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menatang keagungan.
Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihmu dijunjung 10
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.
Tanah air tercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita 15
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Penghasilan multimedia interaktif bermula dengan pembinaan papan cerita. Berdasarkan pernyataan tersebut,
(a) jelaskan panduan penulisan sesebuah papan cerita yang akan anda gunakan untuk menghasilkan pemindahan sajak di atas dalam bentuk multimedia; [10]
(b) hasilkan penulisan papan cerita dengan memasukkan elemen utama multimedia interaktif berdasarkan sajak di atas. [15]
922/3
KERTAS SOALAN CONTOH
922/4 STPM
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 4
KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti sebelum memulakan kerja projek anda.
Ada tiga soalan kerja projek yang dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sahaja.
______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
© Majlis Peperiksaan Malaysia
25
STPM 922/4
26
Arahan Umum Penyediaan Portfolio atau Esei atau Projek Multimedia
1 Penyediaan Portfolio
(a) Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan proses penghasilan kerja kursus.
(b) Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
(c) Saiz kertas portfolio ialah A4.
(d) Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
(e) Portfolio hendaklah dijilid.
(f) Kulit portfolio mestilah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau ditampal dengan bahan asing (kolaj).
(g) Satu portfolio sahaja yang perlu dihantar kepada guru.
(h) Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12.
(i) Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau disertakan di bahagian akhir portfolio.
(j) Jumlah muka surat tidak melebihi 30 halaman.
2 Penyediaan Esei
(a) Hasil kerja ditaip pada kertas A4.
(b) Hasil kerja hendaklah ditaip menggunakan jenis huruf Times New Roman bersaiz 12.
(c) Hasil kerja hendaklah ditaip berjarak dua baris (double spacing).
(d) Panjang setiap esei antara 3000 hingga 4000 patah perkataan.
(e) Hasil kerja hendaklah dijilid.
(f) Kulit esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
(g) Kulit esei mestilah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau ditampal dengan bahan asing (kolaj).
922/4
27
3 Penyediaan Projek Multimedia
(a) Hasil projek hendaklah asli dan merupakan kreativiti pelajar sendiri.
(b) Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio-visual.
(c) Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
(d) Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD).
(e) Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, hendaklah dinyatakan.
(f) Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan.
(g) Laporan tersebut hendaklah ditaip menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang mengandungi sinopsis projek, papan cerita projek (story board) atau maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
(h) CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau sampul surat berukuran A4.
(i) Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan spesifikasi yang digunakan.
922/4
28
Soalan Kerja Kursus – Kerja Projek
Calon hendaklah memilih satu daripada tiga soalan yang berikut:
1 Tulis sebuah esei tentang gambaran masyarakat berdasarkan cerita rakyat.
Arahan
Esei ini hendaklah mengandungi
(a) Pengenalan
(b) Objektif kajian
(c) Metode kajian
(d) Isi kajian
(e) Penutup
(f) Senarai rujukan
(g) Sinopsis cerita/cerita sepenuhnya
Esei hendaklah disusun mengikut urutan di atas.
922/4
29
2 Kemukakan satu portfolio seorang tokoh perniagaan yang menyerupai watak Encik Muhammad dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
Arahan
Portfolio ini hendaklah mengandungi
(a) Pengenalan
(b) Objektif kajian
(c) Metode kajian
(d) Kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
(e) Penyampaian dalam bentuk foto, lakaran, carta, graf atau bentuk-bentuk lain yang sesuai berserta dengan catatan atau ulasan
(f) Penutup
(g) Rujukan
922/4
30
3 Hasilkan satu persembahan multimedia berdasarkan episod Meminang “Puteri Gunung Ledang” dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).
Arahan
(a) Hasil kerja tersebut mengandungi elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio-visual.
(b) Tempoh lama persembahan multimedia antara tiga hingga lima minit.
(c) Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam cakera padat (CD). Sila nyatakan spesifikasi yang anda gunakan dalam menghasilkan tugasan tersebut. (Contoh: PowerPoint - Windows 2007), Mikromedia Flash Mx, dan sebagainya.
(d) Calon perlu menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan. Laporan tersebut mengandungi perkara-perkara yang berikut.
(i) Sinopsis projek
(ii) Papan cerita (story board) projek
922/4

2 comments:

  1. salam cikgu boleh bagi saya maksud mantera ulek mayang setiap rangkap,,

    ReplyDelete
  2. wsalam Eycha....maaf, cikgu sebenarnya mengajar Pengajian Am...ttg ulek mayang ni..cikgu rasa subjek sastera...mungkin kamu beloh berbincang dgn guru subjek sastera......

    ReplyDelete

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...