buy now

Saturday, January 5, 2013

contoh kajian tentang perniagaan

klk di sini untuk tengok contoh kajian kantin d sebuah sekolah di Johor
http://eprints.utm.my/11044/1/Persepsi_Guru_Terhadap_Perkhidmatan_Makanan_Di_Kantin_Sekolah_Di_Sekolah_Kebangsaan_Kempas.pdf




contoh penyelidikan tentang kantin sekolah

http://eprints.utm.my/10649/1/Tinjauan_Masalah_Ahli_Jawatankuasa_Kantin_Dalam_Memantau_Kantin_Sekolah_Di_Zon_Banting.pdf

http://eprints.utm.my/11380/1/Faktor3.pdf

http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/06/faktor-faktor_yang_mempengaruhi_jualan_peniaga_pasar_malam.pdf

http://eprints.uitm.edu.my/5622/1/AZYYATI%20BT.%20ANUAR%2009_24.pdf

http://eprints.utm.my/11597/1/Penglibatan_Pelajar_Sebagai_Ejen_Multi_Level_Marketing.pdf


KAJIAN TENTANG BUDAYA KEUSAHAWANAN DI KALANGAN BELIA

 

Lee Pei Chin1) dan Supli Effendi Rahim2)

 

1) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup FPTV UPSI,

Tanjung Malim, Perak, Malaysia


 

2) Profesor Penyelidikan Ilmiah Kemahiran Hidup FPTV UPSI,

Tanjung Malim, Perak, Malaysia


 

ABSTRAK

 

Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Satu kajian akan dilaksanakan untuk mengenalpasti pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan, mengenalpasti potensi, kompetensi, sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia mengikut kumpulan etnik, mengenalpasti sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan dan mengenalpasti strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Bagi mengkaji permasalahan ini, sebanyak empat persoalan kajian yang berkaitan telah dibentuk. Kaedah kuantitatif akan digunakan dengan menyediakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 40 responden belia dari golongan yang berbeza kerjaya dan kumpulan etnik.

 

Kata kunci: budaya keusahawanan belia

 

ABSTRACT

 

Entrepreneurial culture is the expression of positive social attitudes towards business and should be nurtured in order to strengthen the process of human development in the business sector and company. A study was conducted to determine the views of youth on entrepreneurial activities, identifying potential, competencies, attitudes, characteristics and aspirations of youth entrepreneurship by ethnic group, to identify the source of motivation in youth entrepreneurship and identify strategies to strengthen entrepreneurial culture among youth. To investigate this problem, four research questions that have been established. Quantitative methods will be used to prepare the questionnaire. The sample consisted of 40 respondents from the different youth career and ethnic groups.

 

Key words: youth entrepreneurship culture

 

 

 

 

 

 

                                                        PENDAHULUAN

                                                                       

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah pemantapan budaya keusahawanan di kalangan belia. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti budaya keusahawanan yang sedia ada di kalangan usahawan di Malaysia dan memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Di dalam kajian ini juga, pengkaji beranggapan bahawa kategori, peringkat belia yang berbeza dan pembabitan secara terus atau tidak di dalam bidang keusahawanan akan memberi jawapan dan pendapat yang berbeza yang mana ini akan memberi satu hasil penyelidikan atau panduan yang baik mengenai kerjaya belia.

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu usaha kecil dalam menyumbang kepada bidang ilmu keusahawanan dalam menerangkan fenomena yang membina kecenderungan kepada keusahawanan dan memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Cadangan yang dikemukakan adalah dari perspektif individu, iaitu tertumpu kepada belia dan pihak lain seperti sekolah, IPT dan kerajaan yang berkepentingan dalam hal-hal berkaitan pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah apakah pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan? Apakah ciri-ciri keusahawanan yang ada dalam diri belia mengikut kumpulan etnik? Apakah faktor-faktor yang mendorong belia menceburi bidang perniagaan?Apakah strategi yang sesuai bagi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia? Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan; potensi, sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia mengikut kumpulan etnik; sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan; dan strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia.

 

METODOLOGI

 

Tempat dan Masa Kajian

 

Kajian ini dijalankan di Tanjong Malim, Perak. Para responden adalah terdiri daripada individu yang berlainan latar belakang yang berbeza kerjaya dan kumpulan etnik.

 

Reka Bentuk Kajian

 

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperlukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis.

 

Populasi dan Sampel Kajian

 

Dalam kajian ini, populasi kajian adalah golongan belia yang bekerja dan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) Tanjong Malim, perak.  Saiz sampel bagi kajian ini adalah 40 orang responden yang dipilih secara rawak. Maka, jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 40 orang belia di sekitar Tanjong Malim, Perak.

 

Instrumen Kajian

 

Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, kajian rintis telah dijalankan. Sebanyak 40 borang soal selidik akan diedarkan kepada para responden. Bahagian dalam set soal selidik ini dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu maklumat peribadi, penilaian pandangan belia, penilaian kompetensi keusahawanan diri, penilaian sumber dorongan, dan penilaian strategi pemantapan budaya keusahawanan.

 

Prosedur Kajian

 

Kajian yang dijalankan ini melibatkan golongan belia yang bekerja dengan kerajaan atau bukan kerajaan dan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Responden akan diberi soalan yang terkandung dalam soal selidik dan mereka dikehendaki menjawab semua soalan.

 

Analisis Data dan Penulisan Laporan Kajian

 

Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik. Dalam kajian ini, data-data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terpilih. Selain itu, sumber bagi data sekunder ini juga turut diperolehi daipada jurnal-jurnal, buku rujukan dan juga maklumat daripada laman web. Tempoh yang diberikan untuk memulangkan borang soal selidik adalah selama 3 hari. Hasil kajian itu kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting dan dianalisis.

 

 

 

 

 

 

 

 

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

 

Pandangan Belia Terhadap Aktiviti Keusahawanan

 

Jadual 1: Mengenalpasti pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan

BIL
ITEM SOALAN
TAHAP KEBERKESANAN
 
1
2
3
4
5
Min
1
Untuk memulakan satu perniagaan dan mengekalkannya adalah sangat mudah bagi saya
2
 
5%
4
 
10%
10
 
25%
16
 
40%
8
 
20%
3.6
2
Kerjaya sebagai seorang usahawan sama sekali tidak menarik minat saya
10
 
25%
16
 
40%
7
 
17.5%
5
 
12.5%
2
 
5%
2.325
3
Saya bersedia untuk melakukan apa saja untuk menjadi seorang usahawan
3
 
7.5%
6
 
15%
13
 
32.5%
10
 
25%
8
 
20%
3.35
4
Saya ragu-ragu sama ada saya mampu untuk memulakan perniagaan baru
5
 
12.5%
14
 
35%
10
 
25%
7
 
17.5%
4
 
10%
2.775
5
Saya berminat untuk memulakan perniagaan sekiranya diberi peluang dan sumber yang diperlukan
1
 
2.5%
4
 
10%
8
 
20%
15
 
37.5%
12
 
30%
3.825
6
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memulakan dan mengendali perniagaan saya
1
 
2.5%
3
 
7.5%
10
 
25%
15
 
37.5%
11
 
27.5%
3.8
7
Saya yakin saya tidak mampu untuk memulakan sesuatu perniagaan
10

25%
15
 
37.5%
9
 
22.5%
2
 
5%
4
 
10%
2.375
8
Saya mampu mengawal proses pembentukan suatu perniagaan yang baru
-
6
 
15%
22
 
55%
8
 
20%
4
 
10%
3.25
9
Ahli keluarga dan rakan saya akan bersetuju dengan keputusan saya untuk memulakan perniagaan
-
2
 
5%
12
 
30%
16
 
40%
10
 
25%
3.85
10
Di antara pilihan kerjaya yang ada, saya sanggup menceburi apa jua bidang daripada menjadi seorang usahawan
6
 
15%
8
 
20%
18
 
45%
5
 
12.5%
3
 
7.5%
2.775
11
Saya berazam untuk menjalankan suatu perniagaan pada masa hadapan
-
2
 
5%
12
 
30%
17
 
42.5%
9
 
22.5%
3.825
12
Saya kurang berminat untuk memulakan perniagaan baru
5
 
12.5%
20
 
50%
11
 
27.5%
2
 
5%
2
 
5%
2.4
13
Adalah amat sukar bagi saya untuk membangunkan sesuatu idea perniagaan
5
 
12.5%
18
 
45%
10
 
25%
4
 
10%
3
 
7.5%
2.55
14
Saya mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya sekiranya saya menjalankan sesuatu perniagaan
1
 
2.5%
4
 
10%
12
 
30%
12
 
30%
11
 
27.5%
3.7
15
Menjadi seorang usahawan akan memberikan saya suatu kepuasan yang tinggi
1
 
2.5%
2
 
5%
11
 
27.5%
14
 
35%
12
 
30%
3.85
16
Matlamat utama saya adalah untuk menjadi usahawan
2
 
5%
5
 
12.5%
8
 
20%
13
 
32.5%
12
 
30%
3.7
17
Menjadi usahawan memberikan saya lebih banyak kebaikan daripada keburukan
-
6
 
15
9
 
22.5%
15
 
37.5%
10
 
25%
3.725
18
Saya tahu selok belok yang diperlukan untuk memulakan perniagaan baru
2
 
5%
5
 
12.5%
15
 
37.5%
11
 
27.5%
7
 
17.5%
3.4
 
PURATA KESELURUHAN
7.5%
19.44%
28.75%
25.97%
18.33%
3.28

 

Berdasarkan Jadual 1, hasil kajian dari persoalan pandangan para belia terhadap bidang keusahawanan, secara keseluruhannya menunjukkan majoriti responden mempunyai pandangan positif terhadap aktiviti keusahawanan. Terdapat juga responden yang memandang tinggi dan mempunyai kecenderungan minat untuk menceburi bidang ini. Walaubagaimanapun bagi sesetengah responden yang mempunyai pandangan negatif ataupun mitos terhadap aktiviti keusahawanan dengan melihat bidang keusahawanan adalah suatu kerjaya yang berisiko tinggi dan tiada jaminan kejayaan serta mempuyai pandangan bahawa hanya orang yang tercicir dalam akademik akan menceburi bidang keusahawanan.

 

Ciri-ciri Keusahawanan Belia Yang Merangkumi Semua Etnik

 

Jadual 2: Mengenalpasti potensi, sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia yang merangkumi semua etnik

BIL
PERKARA
TAHAP KEBERKESANAN
 
1
2
3
4
5
Min
1
Adakah anda mempunyai inisiatif yang tinggi?
-
5
 
12.5%
13
 
32.5%
15
 
37.5%
7
 
17.5%
3.6
2
Adakah anda sanggup mengambil risiko yang tinggi?
2
 
5%
6
 
15%
16
 
40%
12
 
30%
4
 
10%
3.25
3
Adakah anda sanggup berkorban?
3
 
7.5%
9
 
22.5%
13
 
32.5%
9
 
22.5%
6
 
15%
3.15
4
Adakah anda seorang yang berfikiran kreatif dan inovatif?
1
 
2.5%
5
 
12.5 %
15
 
37.5%
12
 
30%
7
 
17.5%
3.475
5
Adakah anda mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah?
-
 
5
 
12.5%
14
 
35%
13
 
32.5%
8
 
20%
3.6
6
Adakah anda sentiasa mencari dan merebut peluang perniagaan?
-
8
 
20%
16
 
40 %
13
 
32.5%
3
 
7.5%
3.275
7
Adakah anda seorang yang berkeyakinan diri?
-
-
12
 
30%
21
 
52.5%
7
 
17.5%
3.875
8
Adakah anda bertindakbalas secara positif kepada cabaran
dan sentiasa cekal menghadapi rintangan?
3
 
7.5%
9
 
22.5%
14
 
35%
13
 
32.5%
1
 
2.5%
3
9
Adakah anda rajin dan bersungguh-sungguh?
-
-
5
 
12.5%
25
 
62.5%
10
 
25%
4.125
10
Adakah anda jujur dan amanah?
-
-
2
 
5%
30
 
75%
8
 
20%
4.15
 
PURATA KESELURUHAN
2.25%
11.75%
30%
40.75%
15.25%
3.55

 

Berdasarkan penganalisisan data pada Jadual 2, hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa mereka mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang positif itu. Ini menunjukkan responden mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang keusahawanan. Hanya segelintir responden tidak setuju bahawa mereka mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang ada dalam diri mereka. Manakala ada juga responden yang tidak pasti sama ada mereka mempunyai ciri-ciri keusahawanan tersebut atau tidak. Ini menunjukkan ciri keusahawanan berlainan mengikut etnik.

 

Sumber Dorongan Belia Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan

 

Jadual 3: Mengenalpasti sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan.

BIL
PERKARA
TAHAP KEBERKESANAN
 
1
2
3
4
5
Min
1
Ingin mencapai cita-cita menjadi seorang usahawan
1
 
2.5%
5
 
12.5%
15
 
37.5%
16
 
40%
3
 
7.5%
3.375
2
Ingin cepat kaya/ menikmati cara hidup mewah
-
 
2
 
5%
5
 
12.5%
22
 
55%
11
 
27.5%
4.05
3
Ingin menawarkan khidmat kepada masyarakat
-
 
2
 
5%
27
 
67.5%
10
 
25%
1
 
2.5%
3.25
4
Ingin melakukan kerja kebajikan yang diredhani Tuhan dengan menggunakan keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti keusahawanan
-
 
1
 
2.5%
15
 
37.5%
18
 
45%
6
 
15%
3.725
5
Ketidakpuasan terhadap pekerjaan dahulu
1
 
2.5%
2
 
5%
6
 
15%
17
 
42.5%
14
 
35%
4.025
6
Saya ingin berdikari dan tidak suka bekerja makan gaji
-
 
2
 
5%
10
 
25%
20
 
50%
8
 
20%
3.85
7
Ingin mendapatkan kepuasan kerja daripada aktiviti keusahawanan
-
6
 
15%
22
 
55%
8
 
20%
4
 
10%
3.25
8
Perasaan kecewa akibat sukar mendapat sebarang pekerjaan
-
-
1
 
2.5%
14
 
35%
25
 
62.5%
4.6
9
Peluang mendapat pekerjaan terbatas
-
-
3
 
2.5%
20
 
50%
17
 
42.5%
4.2
10
Kehilangan pekerjaan
-
-
2
 
5%
25
 
62.5%
13
 
32.5%
 
4.275
11
Ahli keluarga dan rakan mendorong saya untuk menceburi bidang perniagaan
-
2
 
5%
9
 
22.5%
19
 
47.5%
10
 
25%
3.925
12
Membantu menyara keluarga
-
5
 
12.5%
10

25%
13
 
32.5%
12
 
30%
3.8
13
Mengambil alih perniagaan keluarga
-
2
 
5%
8
 
20%
18
 
45%
12
 
30%
 
4
14
Memperolehi peluang untuk berniaga
-
2
 
5%
14
 
35%
15
 
37.5%
9
 
22.5%
3.775
15
Rasangan daripada kejayaan orang lain
-
-
8
 
20%
18
 
45%
14
 
35%
4.15
 
PURATA KESELURUHAN
0.33%
5.17%
25.5%
42.17%
26.5%
3.8836

 

Hasil pungutan data tentang persoalan ketiga ini dapat dilihat pada Jadual 3, keseluruhan faktor-faktor yang mendorong belia menceburi bidang keusahawanan adalah ingin berdikari, kepuasan kerja, rasangan kejayaan orang lain, peluang pekerjaan yang terhad dan lain-lain. Responden yang menceburi bidang keusahawanan adalah didorong oleh faktor keperluan hidup di mana peluang pekerjaan yang kurang, kehilangan pekerjaan, perasaan kecewa akibat sukar mendapat pekerjaan. Pilihan kerjaya keusahawanan adalah pilihan terakhir sebagai pilihan kerjaya meeka. Selain itu, terdapat responden yang ingin berdikari dan kebebasan akan terdorong dalam menceburi bidang keusahawanan yang mempunyai kebebasan dan kepuasan kerja yang tinggi kerana segala kuasa membuat keputusan di tangan mereka. Rasangan usahawan berjaya dan dorongan keluarga dan rakan juga salah satu faktor yang penting kerana ini akan memberi inspirasi dan menjadi matlamat utama kehidupan kepada mereka.

 

Strategi Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan Belia

 

Jadual 4: Mengenalpasti strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia

BIL
PERKARA
TAHAP KEBERKESANAN
1
2
3
4
5
Min
1
Memberi pendedahan awal ilmu keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat bermula pada alam persekolahan
-
-
-
22
 
55%
18
 
45%
4.25
2
Menganjurkan program-program keusahawanan siswa untuk dimanfaat oleh siswa
-
-
4
 
10%
21
 
52.5%
15
 
37.5%
4.275
3
Menyediakan bantuan kewangan dan kemudahan asas kepada usahawan terutamanya usahawan belia
-
-
2
 
5%
11
 
27.5%
27
 
67.5%
4.625
4
Menyediakan kemudahan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada usahawan belia yang berkelayakan
-
-
2
 
5%
13
 
32.5%
25

62.5%
4.575
5
Menggalakkan belia menghadiri kursus pengurusan kewangan dan perniagaan
-
-
2
 
5%
14
 
35%
24
 
60%
4.55
6
Menggalakkan interaksi antara kaum terutamanya usahawan belia tentang kemahiran menguruskan perniagaan
-
-
1
 
2.5%
9
 
22.5%
30
 
75%
4.725
7
Menggiatkan kempen kesedaran tentang isu-isu keusahawanan dan pembangunan keusahawanan
-
-
1
 
2.5%
12
 
30%
27
 
67.5%
4.65
8
Memperbanyakkan program pembangunan keusahawanan
-
-
2
 
5%
10
 
25%
28
 
70%
4.65
9
Meningkatkan penawaran kursus-kursus keusahawanan
-
-
4
 
10%
11
 
27.5%
25
 
62.5%
4.525
10
Meningkatkan jaringan dan kerjasama dengan badan yang berkepentingan yang boleh menyokong minat belia menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
-
-
6
 
 
15%
23
 
 
57.5%
11
 
 
27.5%
4.125
 
PURATA KESELURUHAN
-
-
6%
36.5%
57.5%
4.495

 

Hasil kajian yang didapati pada Jadual 4, keseluruhannya majoriti responden memilih jawapan setuju dan sangat setuju. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia yang disenarai dalam kajian ini. Strategi pemantapan budaya keusahawanan perlu dilaksanakan bagi memupuk kesedaran belia dan mendedahkan kebaikan menceburi bidang keusahawan kepada belia. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting dalam pembangunan usahawan. Melalui proses pembudayaan ini akan membolehkan seseorang individu terutamanya usahawan belia dapat bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau masa akan datang.

 

 

KESIMPULAN DAN CADANGAN

 

Secara keseluruhannya, bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan pembangunan usahawan. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting dalam pembangunan usahawan.

Budaya keusahawanan ialah sifat-sifat positif yang dimiliki oleh seseorang individu seperti tabah, cekal dan sentiasa bersemangat. Sifat-sifat keusahawanan juga boleh menjadi modal dan aset untuk berniaga dan boleh meyakinkan orang lain. Budaya keusahawanan perlu dipupuk bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Budaya ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus, program, seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.

Pembudayaan keusahawanan akan melahirkan usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, usahawan perlu sensitif dan sedia bertanggungjawab terhadap kesan yang akan diterima oleh masyarakat akibat daripada kegiatan keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, melalui pembudayaan keusahawanan akan membolehkan usahawan mengemblengkan serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber-sumber yang ada untuk manfaat diri sendiri, perniagaan, pelanggan dan juga masyarakat keseluruhannya.

Bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih baik, dicadangkan supaya para penyelidik pada masa hadapan dapat mengasingkan responden mengikut jantina iaitu memberi tumpuan kepada wanita dalam keusahawanan kerana wanita mampu untuk memajukan diri dalam bidang keusahawanan. Selain itu, penyelidik juga dapat mengasingkan responden mengikut program pengajian untuk meningkatkan lagi kualiti hasil kajian kelak. Selain itu, pengkaji pada masa hadapan dapat memperluaskan lagi pengambilan sampel kajian ke institusi-institusi yang lain selain daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan belia yang tinggal di kawasan yang lain selain daripada Tanjong Malim. Perbezaan antara lokasi juga boleh menghasilkan dapatan yang berguna.

Kajian seterusnya boleh ditumpukan kepada perbezaan-perbezaan aspirasi kerjaya keusahawanan di kalangan pelajar institusi latihan di Malaysia dengan negara-negara lain. Ianya bertujuan untuk melihat aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar di Malaysia dengan pelajar negara lain bagi membandingkan faktor-faktor lain yang menarik minat pelajar untuk memilih kerjaya sebagai usahawan.

Selain itu, kajian juga boleh dilakukan dengan menggunakan teknik temubual bagi memahami secara lebih mendalam lagi terhadap sikap, minat dan amalan kerjaya keusahawanan dan faktor-faktor penolakan dan pemilihan kerjaya keusahawanan di kalangan belia serta mencari strategi yang sesuai bagi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Ini kerana secara temubual, pengkaji pada masa hadapan dapat memerhatikan cara gaya responden menjawab soalan dan maklumat jawapan yang diberikan adalah lebih tepat dan jitu.

Diharapkan juga pengkaji pada masa hadapan dapat menjalankan kajian yang lebih terperinci lagi untuk melihat dan membandingkan usahawan dan budaya keusahawanan antara etnik tidak kira usahawan muda, usahawan belia dan usahawan berjaya supaya dapat mengenalpasti perbezaan budaya keusahawanan mengikut etnik. Maka, dapat membantu memupuk dan memantapkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan dan peningkatan aspirasi kerjaya keusahawanan pelajar-pelajar di Malaysia.

 

RUJUKAN

 

A. Shapero and L. Sokol, “Social Dimensions of Entrepreneurship,” in Encyclopedia of Entrepreneurship, eds. C. A. Kent, D. L. Sexton, and K. H. Vesper ( Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, 1982).

Ab. Aziz Yusof (2003). Prinsip Keusahawanan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Clapham Christopher (1985). Third World Politics, An Introduction. London: Croom Helm.

Curran, J. & Stanworth, J. (1989). Education and training for enterprise: Some problems of classification, evaluation, policy and research. International Small Business Journal, 7(2), 11-22.

Dewan  Bahasa dan Pustaka (1970). Kamus Dewan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2000). Kamus Dewan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur.

Gartner, W.B. (1985). A conceptual framework for describing the phenomenon of new venture creation. Academy of Management Review, 10(4).

Gartner, W.B. (1985). A conceptual framework for describing the phenomenon of new venture creation. Academy of Management Review, 10(4).

Greene, C.L (2000). Entrepreneurship, business 2000. New York: South-Western Education Publisher.

Hisrich, R.D., & Peter, M.P (1998). Entrepreneurship, (4th ed.) US: Irwin McGraw Hill.

Hoe Chee Hee [et al.]. (2004). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Thomson Learning Pte Ltd.

Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman (2009). Melangkah Ke Alam Keusahawanan. Rawang: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kao, J.J. (1991). The entrepreneur. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Kuratko, D.F., & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary approach, (5th ed.) The Dryden Press.

Kuratko, D.F., & Hodgetts, R.M., (2004). Entrepreneurship: A contemporary approach. (6th ed.) Harcourt College Publishers.

M.B. Muda, Wan Madznah Wan Ibrahim, Jumaat Abd. Moen, Hawati Janor, Azimon Abdul Aziz & Noor Azuan Hashim (2003). Pengajian Perniagaan 2. Edisi Kedua. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (2006). Laporan tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2006. 

McClelland, D.C. (1961). The achieving society. New York: D. Von Nostrand Co., Inc.

Mohd Salleh Din, Hoe Chee Hee, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Norita Deraman, Rosli Mahmood, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, & Mohamad Nasri Md Hussain (2005). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Mohd. Fadzilah Kamsah & Muhammad Zakaria (2008). Langkah Bijak Usahawan Terbilang. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd. Salleh Hj. Din (1992). Entrepreneurship and enterprise: The influence of work experience on enterprising tendency: An empirical evidence. Malaysian Managemant Journal, Vol. 1(1).

Mohd. Salleh, D. & Gibb, A.A (1991). Universities, small business and entrepreneurship education: Towards a holistic approach. Small Enterprise Development: An International Journal, 1(4).

Scarborough, N.M., & Zimmerer, T.W. (1999). Effective small business management: An entrepreneurial approach. (6th ed.) Prentice Hall.

Shaver, K.G., & Scott, L.R. (1991). Person, process, choice: The psychology of new venture creation. Entrepreneurship, Theory and Practice, Winter.

Utusan Malaysia ( 28 Februari 2010) FAMA sasar 4,000 usahawan kalangan belia.

Ven de Ven, A.H. (1993). The development of an infrastructure for entrepreneurship. Journal of Business Venturing, May.

Zafir Khan bin Mohd Makhbul & Fazilah binti Mohamad Hasun (2003). Menjadi usahawan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias (1997). Keusahawanan & Motivasi Diri. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

4 comments:

  1. Usahawan, perniaga itu adalah Fardhu Kifayah dan prosesnya mengamalkan sistem muamalat iaitu sistem memberi. Namun setiap usahawan wajib berlandaskan moral dan peraturan yang telah ditetapkan. Sesiapa sahaja akan pandang tinggi pada peniaga dan usahawan. Sentiasa berdoa dan bersedekah, insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan.

    Lagi Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia 2013
    Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan
    Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis
    Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil
    Tip-tip Usahawan Kecil Internet

    ReplyDelete
  2. salam cg,sy skrng buat tesis pasal perkhidmatan banner.Jd ape yg perlu sy buat?Objektif agak blur atau kabur bg saya skrng.Harap cg dpt bntu

    ReplyDelete
  3. salam perpaduan cikgu saya sedang buat kajian tentang cabaran yang dihadapi oleh pengusaha gedung perniagaan econsave,tetapi malangnya pengusaha tersebut tidak membenarkan kami membuat kajian di tempat beliau..Jadi,saya ingin satu contoh yang lengkap tentang gedung perniagaan supaya dapat membantu saya melengkapkan kajian saya yang tergendala ini..terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  4. wsalam,dan selamat pai, maaf kepada semua yan memberi komen dalam blo ini. hari ni baru ada kesempatn untuk tengok balik blog. ciku rasa anda semua telah pun selesai menjalankan kajian. maaf sangat-sangat sebab baru nampak mesej pada pagi ni

    ReplyDelete

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...