buy now

Wednesday, August 28, 2013

MAU PENGAJIAN AM A....IKUT LANGKAH2 NI

.ESEI PENGGAL 3(DASAR LUAR MALAYSIA)WAJIB JAWAB ESEI 2( 50 MARKAH)ESEI PENGGAL 2(DASAR DALAM NEGARA)wajib jawab esei 1 sahaja


1. BILANGAN ISI- 5 ISI

2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN ANDA.

3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan

.4. PERENGGAN. Ada 7 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan ke enam untuk idea dan huraian. Perenggan ke tujuh untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap

.6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 30 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN
  1. Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
  1. Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang tersirat/tersembunyi.
  1. Merangka esei anda.
KATA KUNCI SOALAN

.1.BINCANGKAN.Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut:
  1. PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF


  1. PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
  1. PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF
  1. PRO DAN LAIN-LAIN
  1. PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH
2. SEJAUH MANAKAHCalon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :
  1. PRO DAN KONTRA
  1. PRO DAN LAIN-LAIN
  1. PRO SAHAJA
3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.4. BERIKAN ULASANCalon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGANCalon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan.BAHAGIAN GRAF (PENGGAL 2)Aspek Pemarkahan: (15 Markah)Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markahKesuaian Teknik (KT) 4 markahKetepatan Isi (KI) 4 markahKejelasan (KJ) 3 markahPengkelasan Angkubah(PA)1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)Kesesuaian Teknik (KT)1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.Ketepatan Isi (KI)Maklumat berikut mestilah lengkap:1. Label Paksi X dan Paksi Y2. Unit Paksi3. Tajuk yang lengkap4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta7. Skala / nisbah jejari yang tepat8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi YKejelasan (KJ)Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS1. Tajuk Utama2. Label paksi3. Petunjuk4. Skala5. Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalendar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...